Apakah yang diperlukan untuk menemui Tuhan dan memulakan hubungan dengan Tuhan?
Menunggu pengalaman rohani? Menyerahkan diri kepada perbuatan agama yang tidak mementingkan diri sendiri? Menjadi orang yang lebih baik supaya Tuhan akan menerima anda?
TIADA satu pun daripada ini. Tuhan telah menjelaskan dengan sangat jelas dalam Alkitab bagaimana kita boleh mengenali-Nya. Artikel ini akan menerangkan bagaimana anda boleh secara peribadi memulakan hubungan dengan Tuhan, sekarang juga…
Prinsip Pertama: Tuhan mengasihi anda. Anda boleh menemui Tuhan dan mula merasai kasih-Nya terhadap anda.
Tuhan menciptakan anda. Bukan sahaja itu, Dia mengasihi anda begitu banyak sehingga Dia mahu anda mengenali-Nya sekarang dan menghabiskan kekekalan bersama-Nya. Yesus berkata, "Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal."1
Yesus, yang adalah Tuhan dalam bentuk manusia, datang supaya setiap daripada kita dapat mengenali dan memahami Tuhan dengan cara yang peribadi. Yesus boleh membawa kebaikan, kebenaran dan tujuan kepada kehidupan kita.
Apa yang Menghalang Kita dari Mengenali Tuhan?…
Prinsip Kedua: Kita Semua Berdosa dan Dosa Kita Telah Memisahkan Kita dari Tuhan.
Kita merasakan pemisahan itu, jarak dari Tuhan kerana dosa kita. Alkitab memberitahu kita bahawa "Kita semua tersesat seperti domba, setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri."2
Jauh di lubuk hati, sikap kita mungkin berupa pemberontakan aktif atau ketidakpedulian pasif terhadap Tuhan dan cara-cara-Nya, tetapi semuanya adalah bukti dari apa yang disebut dalam Alkitab sebagai dosa.
Hasil daripada dosa dalam hidup kita adalah kematian -- pemisahan rohani dari Tuhan.3 Walaupun kita mungkin berusaha mendekati Tuhan melalui usaha kita sendiri, kita pasti gagal.
Ada jarak, satu jurang antara kita dan Tuhan. Anak panah menunjukkan usaha kita untuk mencapai Tuhan…melakukan kebaikan untuk orang lain, upacara agama, berusaha menjadi orang yang baik, dan sebagainya. Tetapi masalahnya ialah tidak ada satu pun usaha baik ini yang sebenarnya menutup dosa kita atau menghapuskannya.
Dosa kita diketahui oleh Tuhan dan berdiri sebagai penghalang antara kita dan Tuhan. Selain itu, Alkitab mengatakan bahawa hukuman untuk dosa adalah kematian. Kita akan dipisahkan secara kekal dari Tuhan.
Kecuali…untuk apa yang Tuhan lakukan untuk kita.
Jadi, bagaimana kita boleh memiliki hubungan dengan Tuhan?…
Prinsip Ketiga: Yesus Kristus Membayar Hukuman untuk Dosa Kita. Dia Sekarang Menawarkan Pengampunan Sepenuhnya dan Hubungan Rapat dengan-Nya.
Yesus Kristus mengambil semua dosa kita, menderita dan membayar dosa-dosa itu dengan hidup-Nya di kayu salib. Yesus mati untuk kita, menggantikan kita. Dia melakukan ini kerana kasih-Nya yang luar biasa untuk kita.
“Tuhan menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatani benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya.”4 Kerana kematian Yesus di kayu salib, dosa kita tidak perlu lagi memisahkan kita dari Tuhan.
“Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.”5
Yesus bukan sahaja mati untuk dosa kita, tetapi setelah kematian di kayu salib, Dia bangkit semula secara fizikal tiga hari kemudian, seperti yang Dia katakan.
Ini adalah bukti akhir bahawa segala yang Yesus katakan tentang diri-Nya adalah benar. Mengenali-Nya adalah mengenali Tuhan; mengasihi-Nya adalah mengasihi Tuhan. “Aku dan Bapa adalah satu.”6
Yesus berkata Dia boleh menjawab doa, mengampuni dosa, menghakimi dunia, memberi kita hidup yang kekal. Mukjizat-Nya yang tak terhitung banyaknya menyokong kata-kata-Nya.
Yesus dengan jelas mengatakan, “Akulah jalan, kebenaran, dan hidup; tidak seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”7
Daripada berusaha untuk mencapai Tuhan, Dia memberitahu kita bagaimana kita boleh memulakan hubungan dengan-Nya sekarang. Yesus berkata, “Datanglah kepada-Ku.” “Jika seseorang haus, biarlah dia datang kepada-Ku dan minum...dari hatinya akan mengalir sungai-sungai air hidup.”8
Kasih Yesus kepada kita yang menyebabkan-Nya menanggung salib. Dan sekarang Dia mengundang kita untuk datang kepada-Nya, supaya kita dapat memulakan hubungan peribadi dengan Tuhan.
Mengetahui apa yang telah Yesus lakukan untuk kita dan apa yang Dia tawarkan kepada kita tidak cukup. Untuk memiliki hubungan dengan Tuhan, kita perlu menyambut-Nya ke dalam hidup kita…
Prinsip Keempat: Kita Mesti Secara Individu Menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan.
Alkitab mengatakan, “Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Tuhan kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.”9
Kita menerima Yesus dengan iman. Alkitab mengatakan, “Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Tuhan.”10
Menerima Yesus bermakna mempercayai bahawa Yesus adalah Anak Tuhan, kemudian mengundang-Nya untuk membimbing dan mengarahkan hidup kita.11 Yesus berkata, “Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.”12
Dan inilah undangan Yesus. Dia berkata, “Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya.”13
Bagaimana anda akan menjawab undangan Tuhan?
Pertimbangkan dua lingkaran ini:
Kehidupan yang Dikuasai oleh Diri Sendiri
Aku bertakhta dalam hidup
Yesus di luar hidup
Terpisah dari Tuhan, hidup sering kali mengakibatkan perselisihan dan kekecewaan
Kehidupan yang Dikuasai oleh Kristus
Yesus bertakhta dalam hidup
Aku menyerah kepada Yesus
Seseorang mengalami kasih, bimbingan, dan pertolongan Tuhan dalam hidup
Lingkaran mana yang paling menggambarkan hidup anda?
Lingkaran mana yang anda ingin menggambarkan hidup anda?
Mulakan hubungan dengan Yesus…
Anda boleh menerima Kristus sekarang. Ingatlah bahawa Yesus berkata, "Lihat, Aku berdiri di muka pintu dan mengetuk; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya."14 Adakah anda ingin menjawab undangan-Nya? Inilah caranya.
Kata-kata yang tepat yang anda gunakan untuk menyerahkan diri kepada Tuhan tidaklah penting. Dia mengetahui niat hati anda. Jika anda tidak pasti apa yang hendak didoakan, ini mungkin dapat membantu anda menyusunnya dalam kata-kata:
“Yesus, saya ingin mengenal-Mu. Saya ingin Engkau masuk ke dalam hidup saya. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk dosa saya supaya saya boleh diterima sepenuhnya oleh-Mu. Hanya Engkau yang boleh memberi saya kekuatan untuk berubah dan menjadi orang yang Engkau ciptakan saya untuk menjadi. Terima kasih kerana mengampuni saya dan memberi saya hidup yang kekal. Saya menyerahkan hidup saya kepada-Mu. Tolong lakukanlah apa yang Engkau kehendaki dengan hidup saya. Amin.”
Jika anda dengan ikhlas meminta Yesus masuk ke dalam hidup anda sebentar tadi, maka Dia telah masuk ke dalam hidup anda seperti yang dijanjikan-Nya. Anda telah memulakan hubungan peribadi dengan Tuhan.
Nota Kaki: (1) Yohanes 3:16 (2) Yesaya 53:6 (3) Roma 6:23 (4) Titus 3:5 (5) Yohanes 3:16 (6) Yohanes 10:30 (7) Yohanes 14:6 (8) Yohanes 7:37,38 (9) Yohanes 1:12 (10) Efesus 2:8,9 (11) Yohanes 3:1-8 (12) Yohanes 10:10 (13) Wahyu 3:20 (14) Wahyu 3:20