×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Mengenal Tuhan

Bagaimana Rupa Syurga?

Lihat bagaimana Alkitab menggambarkan syurga dan bagaimana rupanya…

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Soalan: "Bagaimana rupa syurga dan di mana ia berada? Adakah ia benar-benar wujud?"

Ya, syurga memang ada.

Apa yang kebanyakan orang panggil "syurga" sebenarnya adalah sebuah kota abadi yang disebut dalam Alkitab sebagai "Yerusalem Baru."1 Ia akan menjadi luar biasa. Sebagai contoh, berikut adalah bagaimana rupa syurga.

Sebatang sungai yang jernih seperti kristal, akan mengalir dari takhta Tuhan dan Anak Domba [Yesus] di tengah-tengah kota. Di setiap sisi sungai, akan ada pohon kehidupan, yang menghasilkan dua belas jenis buah setiap bulan. Jalan akan diperbuat daripada emas tulen, seperti kaca yang bening. Dinding kota akan dihiasi dengan pelbagai jenis permata, zamrud, oniks, batu kecubung, topaz, dan sebagainya. Tidak akan ada keperluan untuk matahari atau bulan, dan tidak perlu kuil atau gereja. Kehadiran Tuhan akan menjadi cahayanya.2

Namun, keindahan sebenar syurga adalah ini:

“‘…tempat kediaman Tuhan sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Tuhan sendiri akan bersama mereka sebagai Tuhan mereka. Tuhan akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.’ Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, 'Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.’”3

Syurga adalah milik Yesus. Dia yang menciptanya. "Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya."4

Walaupun Yesus pada mulanya datang ke bumi sebagai Juruselamat, suatu hari nanti Dia akan duduk sebagai Hakim. Semua orang akan mengalami kebangkitan tubuh dari kematian, dan semua akan muncul di hadapan takhta penghakiman Kristus.5

Oleh itu, ini mungkin boleh membantu untuk melihat apa yang Yesus katakan tentang bagaimana seseorang boleh masuk ke syurga.

Ramai orang berfikir bahawa ianya adalah dengan menjalani kehidupan yang terpuji, atau sekurang-kurangnya cuba menghindari dosa-dosa besar seperti pembunuhan.

Namun inilah yang Yesus katakan tentang bagaimana untuk masuk ke syurga. "…melainkan kebenaranmu melebihi kebenaran ahli-ahli Taurat dan orang Farisi, kamu tidak akan masuk ke dalam kerajaan syurga." Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi adalah teladan agama yang dikagumi. Mereka adalah orang yang baik, orang yang "suci"!

Yesus menegaskan semula apa yang dikatakan oleh nabi Yesaya. Tiada siapa yang layak untuk syurga. Tiada siapa yang cukup baik. Itu bukan cara kita untuk masuk ke syurga. Itulah sebabnya Yesus datang...supaya kita dapat memiliki hidup yang kekal.

Dan begini caranya. Syurga diberikan kepada semua yang percaya kepada Yesus. "Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. Tuhan mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan."6

Apabila kita memulakan hubungan dengan Yesus, ia adalah hubungan yang kekal abadi. Nama kita ditulis dalam kitab kehidupan-Nya. Yesus berkata, "sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar."7

Berkenaan dengan syurga, ini adalah keputusan kita sekarang sama ada untuk menjawab panggilan Yesus dan menerima pemberian hidup yang kekal.

Yesus berkata, "Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir."8

Kita diberitahu dalam Kitab Suci bahawa di syurga akan ada sejumlah besar orang dari setiap suku, bahasa, bangsa dan negara yang akan memiliki hidup yang kekal kerana iman mereka kepada Yesus.

Apakah maksud percaya kepada-Nya?

Ia bukan sekadar mempercayai perkara tentang Yesus. Ada perbezaan antara anda mempercayai bahawa Justin Bieber adalah artis muzik yang hebat, berbanding dengan mengenalinya secara peribadi. Dengan cara yang sama, anda mungkin percaya bahawa Yesus adalah Tuhan, tanpa pernah memiliki-Nya dalam hidup anda.

Berikut adalah bagaimana anda boleh percaya kepada-Nya dan memastikan bahawa anda memiliki hidup yang kekal. Sila lihat, Mengapa Yesus adalah Tuhan.

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Wahyu 21:2 (2) Wahyu 21 dan 22 (3) Wahyu 21:3-5 (4) Kolose 1:16 (5) Wahyu 20:11-13 (6) Yohanes 3:16,17 (7) Yohanes 5:24 (8) Yohanes 6:40


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email