Terdapat banyak denominasi dan gereja Kristen: Katolik, Presbyterian, Methodist, Baptist, Lutheran, dan sebagainya. Menjadi anggota dari salah satu denominasi tidak menentukan bahawa seseorang itu adalah seorang Kristen.
Masalah yang sebenarnya adalah adakah orang tersebut secara peribadi memiliki Yesus Kristus hidup di dalam dirinya… jika mereka benar-benar memiliki hubungan peribadi dengan Tuhan.
Dalam Injil Yohanes, kita diberitahu, "Namun demikian, dia memberikan hak menjadi anak Tuhan kepada mereka yang menerima-Nya [Merujuk kepada Yesus] dan percaya Kepada-Nya."1
Mengapa kita harus menjadi anak-anak Tuhan? Kerana hingga saat itu, Tuhan terasa jauh. Kita mungkin tahu Dia ada. Kita mungkin tahu bahwa kita harus menyembah Dia. Kita mungkin tahu bahawa pada masa kita memerlukan, kepada Dia kita harus berdoa. Tetapi ada jarak yang kita sedar, dan itu disebabkan oleh dosa kita.
Sekarang, selagi kita hidup dan bernafas, fikirkanlah, kita tidak dapat lari daripada Dosa. Kita akan melakukan hal-hal dengan cara kita sendiri dan bukannya dengan cara Tuhan. Tetapi dosa kita tidak seharusnya menjadi penghalang kita dengan Tuhan. Berikut caranya.
Alkitab mengatakan bahwa ada hukuman untuk dosa, dan itu mungkin lebih besar dari yang Anda duga.
Hukuman untuk dosa adalah kematian. Bukan hanya hukuman untuk dosa-dosa seperti pembunuhan. Ini adalah penghakiman Tuhan terhadap segala dosa. Alkitab mengatakan, "Kerana ganjaran dosa adalah kematian."2
Agar kita tidak harus mati terpisah secara kekal dari Tuhan kerana dosa kita, Yesus mati menggantikan kita. Dia membayar dosa kita sepenuhnya. Dan menawarkan pengampunan yang sempurna kepada kita. Bukan pengampunan sementara. Bahkan untuk dosa-dosa yang akan kita lakukan di masa depan, kita boleh mendapatkan pengampunan-Nya sekarang, kerana Yesus mati untuk semua dosa kita.
Kita dapat segera memulakan hubungan rapat dan peribadi dengan-Nya, dengan penghalang dosa yang telah hilang. Ini bukan bererti kita menjadi sempurna dan tidak lagi berdosa. Tetapi kita telah diampuni ketika kita menyedari bahawa Yesus mati untuk dosa kita, menggantikan kita.
"Namun demikian, dengan kasih kurnia Tuhan yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Tuhan menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Tuhan berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Tuhan bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka."3
Apabila kita menerima Yesus Kristus ke dalam hidup kita, Tuhan menyatakan kita "tidak bersalah" dan mengatakan bahwa kita sekarang "menjalin hubungan baik dengan Tuhan." Hubungan kita dengan Tuhan telah bermula dengan cara yang nyata, di mana kita tidak lagi mengetahui Tuhan "di luar sana," tetapi kita tahu bahawa Dia hidup di dalam kita. Kita memiliki pengampunan Tuhan, hubungan dengan-Nya. "Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Tuhan ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita."4
Jika anda ingin memastikan bahawa anda memiliki hubungan peribadi dengan Tuhan, dosa anda diampuni, dan tidak ada lagi penghalang antara anda dan Tuhan, perkara berikut menjelaskan cara mendapatkannya sekarang:
Cara Mengenal Tuhan Secara Pribadi.
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) Yohanes 1:12 (2) Roma 6:23 (3) Roma 3:24,25 (4) Roma 6:23