Anda dan saya hidup dalam dunia tiga dimensi. Semua objek fizikal mempunyai ketinggian, kelebaran, dan kedalaman yang tertentu. Seseorang individu boleh menyerupai individu yang lain, atau berkelakuan seperti orang lain, atau bahkan mempunyai suara yang serupa dengan orang lain. Tetapi seseorang itu tidak mungkin sama dengan orang lain. Mereka adalah individu yang berbeza.
Tuhan Bapa, bagaimanapun, hidup tanpa batasan alam semesta tiga dimensi. Dia ialah roh. Dan Dia semestinya jauh lebih kompleks daripada kita.
Itulah sebabnya Yesus Tuhan Anak berbeza daripada Bapa. Dan, tetap sama.
Alkitab dengan jelasnya menyebut tentang: Tuhan Anak, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Tetapi menekankan bahawa hanya ADA satu Tuhan.
Jika kita menggunakan matematik, rumus 1+1+1=3 tidak akan terjadi,. Ia akan menjadi 1x1x1=1. Tuhan merupakan Tuhan tritunggal.
Jadi istilah: "Tri" bermaksud tiga, dan "Tunggal" bermaksud satu, Tri+Tunggal = Tritunggal. Ini adalah cara untuk mengakui perkara yang ditunjukkan oleh Alkitab kepada kita tentang Tuhan, iaitu Tuhan merupakan tiga "Peribadi" yang mempunyai intipati yang sama sebagai ketuhanan.
Ada yang telah cuba untuk memberikan ilustrasi kemanusiaan kepada konsep Tritunggal, misalnya H2O yang menjadi air, ais, dan wap (wujud dalam bentuk yang berbeza, tetapi semuanya H2O). Ilustrasi yang lain ialah matahari. Kita menerima cahaya, haba dan radiasi daripada matahari. Ia adalah tiga aspek yang berbeza, tetapi hanya ada satu matahari.
Tiada ilustrasi yang sempurna.
Namun, sejak awal lagi, kita melihat Tuhan sebagai Tritunggal. Dalam kitab Kejadian, kitab pertama dalam Alkitab, Tuhan berkata, "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita… laki-laki dan perempuan."1 Anda boleh melihat campuran kata ganti nama jamak dan tunggal di sini.
Ketika Musa bertanya kepada Tuhan tentang nama-Nya, Tuhan menjawab, "Aku adalah" - wujud secara kekal.
Yesus menggunakan frasa yang sama berkali-kali.
"Aku adalah terang dunia..."
"Aku adalah roti kehidupan..."
"Aku adalah jalan, kebenaran, dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku."
Ibrahim adalah seseorang yang disebut dalam Kejadian, ribuan tahun sebelum Yesus datang ke bumi. Namun, Yesus berkata tentang diri-Nya sendiri, "Sebelum Ibrahim lahir, Aku telah ada." Orang Yahudi memahami perkara yang dikatakan oleh Yesus kerana mereka mengambil batu untuk membunuh-Nya atas dosa "penghujatan" - dakwaan dirinya sebagai Tuhan.2 Yesus telah selalunya wujud.
Perkara ini berlaku berulang kali. Yesus jelas akan hubungan uniknya dengan Bapa. Inilah sebab "pemimpin Yahudi berusaha keras mencari cara untuk membunuh-Nya. Ini kerana, Dia bukan hanya melanggar Hari Sabat, tetapi Dia juga memanggil Tuhan sebagai Bapanya, dan dengan demikian Dia menjadikan diri-Nya setara dengan Tuhan."3
Untuk keabadian berkekalan, Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus selalu berkomunikasi antara sama lain dalam suatu hubungan, bukan sebagai tiga Tuhan … tetapi sebagai satu Tuhan.
Semua tiga peribadi dalam Tritunggal memiliki nama yang berkaitan. Orang Pertama dalam Tritunggal disebut Bapa. Anda tidak dapat dipanggil Bapa jika tidak memiliki anak. Hal yang sama berlaku kepada Orang Kedua dalam Tritunggal. Anda tidak dapat dipanggil anak kecuali jika anda memiliki seorang Bapa. Orang Ketiga dalam Tritunggal dikenali sebagai Roh Bapa (Matius 10:20) maupun Roh Anak (Galatia 4:4-6)."4
Ini menjawab pertanyaan berikut:
Di bumi, Yesus terus berbicara dengan Bapa, dan Bapa serta Roh terus berkomunikasi dengan-Nya.
Meskipun bukan senarai yang lengkap, berikut merupakan beberapa ayat Alkitab yang menunjukkan bahawa Tuhan adalah satu, dalam Tritunggal:
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) Kejadian 1:26,27 (2) Yohanes 8:56-59 (3) Yohanes 5:16-18 (4) Barry Adams, The Kingdom Belongs to Little Children, muka surat 40. (5) Ulangan 6:4 (6) Yesaya 45:5 (7) 1 Korintus 8:4 (8) Matius 3:16-17 (9) Matius 28:19 (10) Yohanes 10:30 (11) Yohanes 14:9 (12) Yohanes 12:45 (13) Roma 8:9 (14) Matius 1:20 (15) Lukas 1:35 (16) Yohanes 14:16-23