Soalan: "Kenapa percaya kepada Yesus? Apa yang Yesus tawarkan kepada saya?"
Jalan Keluar dari Kegelapan – Banyak masalah yang kita hadapi dalam kehidupan disebabkan oleh diri kita sendiri atau orang lain. Banyak masalah kehidupan dapat dielakkan dengan memiliki hikmah dan bimbingan daripada Tuhan.
Tuhan secara peribadi menawarkan diri-Nya untuk menjadi pembimbing, cahaya kita. Yesus berfirman, "Aku ialah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi akan mempunyai terang hidup."1
Dengan memulakan hubungan dengan-Nya, Dia dapat membimbing kita dalam membuat keputusan kehidupan, dalam masalah perhubungan kita, malah dari cara kita melihat kehidupan. Tuhan menciptakan kita dan mengenal kita secara peribadi. Dia mengetahui segala butiran masa lalu, kini, dan masa depan kita. Bimbingan-Nya adalah yang terbaik. Hanya Tuhan, dengan hikmah dan kasihNya yang tidak terbatas, dapat memberi kita bimbingan seperti ini.
Kepuasan, Pengakhiran Kepada Kehausan Dalaman Kita – Kita mencari banyak perkara dalam kehidupan, dengan tujuan berusaha untuk memuaskan kehausan akan ketenangan hidup, mencari makna, dan tujuan kehidupan. Sering kali kita mencari dan berharap kepada harta benda, pengalaman, hubungan, makanan atau minuman, percutian, kedudukan kerja... dan senarai lain yang tidak berkesudahan. Namun, tiak ada yang memberi kepuasan yang kekal. Semuanya hanyalah sementara, bahkan pengalaman terbaik sekalipun.
Apa yang hati dan jiwa kita idamkan ialah hubungan yang sempurna dengan seorang pribadi. Peribadi yang sentiasa ada untuk kita. Peribadi yang pengasih yang sesungguhnya hanya dapat ditawarkan oleh Tuhan sendiri sahaja. Hanya Tuhan satu-satunya yang dapat memenuhi keperluan terdalam kita.
Sekali lagi, Yesus memberikan ini tidak seperti yang lain. Dia berfirman, "Aku ialah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, tidak akan haus selama-lamanya."2
Pembayaran untuk Dosa Kita – Apabila Yesus mati di atas kayu salib, itu bukan sekadar mengalir daripada tindakan kasihNya unruk kita. Sesungguhnya, kematian Yesus di atas kayu salib telah mencapai tujuan terpenting iaitu setiap dosa, setiap pemikiran atau tindakan yang kita tahu salah -- dosa itu telahpun dibayar oleh Yesus di atas kayu salib. Hukuman terhadap dosa adalah maut. Namun, Tuhan Yesus sendiri telah menggantikan tempat kita untuk menerima hukuman atas dosa kita iaitu disalibkan sehingga mati.
"Tetapi Tuhan telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita." Semua dosa yang akan kita lakukan baik dosa-dosa yang kita lakukan tahun lalu, 10 tahun lalu, hari ini, 20 tahun akan datang… semuanya diketahui oleh Yesus semasa Dia tergantung di atas salib hingga mati.
Semua penderitaannya, dipalu berulang kali dengan cemeti yang berduri sembilan, kemudian paku dipalu melalui pergelangan tangan dan kaki-Nya, dan kemudian salib-Nya didirikan tegak, di mana Dia tergantung hingga mati... semuanya itu adalah untuk membayar dosa kita.
Kerana Dia telah membayar hukuman bagi kita, Yesus dengan sukacitanya menawarkan kepada kita pengampunan sepenuhnya dan hubungan yang rapat dengan-Nya yang dipulihkan sepenuhnya.
Hidup kekal – Kita tidak dapat ke syurga melalui usaha kita sendiri dengan cara kehidupan yang baik atau mengelakkan dosa-dosa tertentu. Hal ini dikatakan kerana kita tidak pernah cukup baik untuk dapat ke syurga. Sebaliknya, Tuhan berfirman bahawa hidup kekal adalah hadiah percuma yang ditawarkan-Nya kepada kita. Alkitab sangat jelas tentang ini.
"Kerana upah dosa ialah maut, tetapi karunia Tuhan ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita."3
Rasul Yohanes, pengikut setia Yesus menulis ini tentang Yesus: "Setiap orang yang percaya kepada-Nya boleh mempunyai hidup yang kekal. Kerana Tuhan begitu mengasihi dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal. Kerana Tuhan tidak mengutus Anak-Nya ke dalam dunia untuk menghukum dunia, tetapi untuk menyelamatkan dunia oleh-Nya."4
Yesus berkata bahawa semua yang percaya kepada-Nya menerima hidup yang kekal. Yesus berkata, "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya, barangsiapa mendengar firman-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, mempunyai hidup yang kekal dan tidak akan datang ke dalam penghakiman, tetapi telah berpindah dari maut kepada hidup."5 Dia berkata, "Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka, dan mereka tidak akan binasa selama-lamanya."6
Hidup kekal sesungguhnya hubungan yang berterusan yang kita mulai dengan-Nya sekarang. Ia adalah hubungan yang kekal. Yohanes sekali lagi menulis, "Tuhan telah memberikan kepada kita hidup yang kekal, dan hidup ini ada dalam Anak-Nya. Barangsiapa mempunyai Anak, mempunyai hidup; barangsiapa tidak mempunyai Anak Tuhan, tidak mempunyai hidup ini. Hal-hal ini aku tuliskan kepada kamu yang percaya dalam nama Anak Tuhan [yang percaya kepada Yesus], supaya kamu tahu bahwa kamu mempunyai hidup yang kekall."7
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) Yohanes 8:12 (2) Yohanes 6:35 (3) Roma 6:23 (4) Yohanes 3:15-17 (5) Yohanes 5:24 (6) Yohanes 10:28 (7) 1 Yohanes 5:11-13