×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Soal Jawab

Siapakah Sesungguhnya Si Iblis?

Deskripsi ringkas tentang Si iblis. Siapakah dia dan adakah dia merupakan satu ancaman kepada anda?

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Dalam rancangan kartun dan buku komik, iblis muncul sebagai makhluk yang comel dan tidak berbahaya, bahkan mendorong anda untuk melakukan sesuatu yang seronok atau kesalahan kecil. Namun, kenyataannya, Syaitan jauh daripada makhluk yang comel.

Maka, siapakah sebenarnya iblis? Sesungguhnya, Iblis tidak serupa dengan Tuhan atau rakan kepada Tuhan. Hal ini demikian kerana Tuhan tidak setara dengan siapapun ataupun mempunyai lawan. Bukan itu sahaja, kewujudan Tuhan sentiasa ada sejak dahulu kala, dan segala sesuatu yang lain yang wujud sehingga hari ini, termasuklah malaikat, diciptakan oleh Tuhan sendiri.

Sesungguhnya, Iblis (kadang-kala dirujuk sebagai Syaitan atau Lucifer) ialah malaikat yang telah memberontak terhadap Tuhan. Iblis bukan sahaja musuh kepada Tuhan, tetapi juga kepada umat manusia, yang tidak henti-henti dalam misinya: untuk membunuh, menghancurkan, atau memperhambakan kita. Kita telah diberi amaran untuk "Berwaspadalah kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa."1

Kekuatan iblis boleh diketawakan jika dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Namun, iblis sesungguhnya adalah ancaman yang nyata kepada manusia, dan mempunyai kemampuan untuk memusnahkan kehidupan manusia.

Syaitan mempunyai satu taktik utama: untuk memperdaya/menyesatkan kita. Dia berusaha untuk memperdaya/menyesatkan seluruh negara, dunia, dan semua manusia. Dia memutarbelitkan apa yang benar, dan ada kuasa dalam pembohongannya.

Dr. Neil Anderson membuat pemerhatian yang tajam. Beliau berkata Alkitab menggambarkan Syaitan dalam tiga :
      - Seorang Penggoda
      - Seorang Pemfitnah
      - Bapa segala dusta/penipuan

Dr. Anderson mencatat, "Jika saya menggoda kamu, kamu akan mengetahuinya. Jika saya menuduh kamu, kamu akan mengetahuinya. Tetapi jika saya memperdaya kamu, kamu tidak akan mengetahuinya. Kekuatan Syaitan terletak dalam penyesatan dalam bentuk penipuan/pembohongan. Jika kamu membuang penipuan itu, kamu membuang kekuatannya."

Bagaimanakah Iblis menipu kita?

Berikut merupakan beberapa contoh.

Tuhan menciptakan Adam dan Hawa dengan kehendak bebas untuk memilih dan membuat keputusan, sama seperti manusia hari ini. Taman Eden mungkin mengandungi ratusan pohon yang berbuah. Satu-satunya arahan yang Tuhan berikan kepada Adam dan Hawa adalah untuk tidak makan dari satu pohon terpilih. Ianya merupakan arahan yang mudah untuk diikuti - Jangan makan dari satu pohon itu atau kamu akan mati. Arahan yang cukup mudah.

Namun, Si Iblis meyakinkan Hawa bahawa " Kamu pasti tidak akan mati." Itulah penipuan awal Si Iblis. Kemudian dia terus menipu lagi,
"Sekali-kali kamu tidak akan mati. Memang Tuhan tahu bahwa pada hari kamu memakannya, akan terbukalah matamu dan kamu akan menjadi seperti Tuhan, mengetahui yang baik dan yang jahat."2

Syaitan memperdayakan Hawa, meyakinkannya bahwa Tuhan menyembunyikan sesuatu yang indah dari mereka, bahwa buah ini akan menjadikan mereka seperti Tuhan. Dan bukankah itu perkara yang baik? Masalahnya, itu tidak benar. Adam dan Hawa mempercayai penipuan Syaitan, bukannya apa yang Tuhan katakan kepada mereka, yang membawa kepada akibat yang mengerikan. Itulah cara Syaitan beroperasi. Dia memutarbelitkan kebenaran untuk membahayakan seseorang.

Bagaimana Syaitan Menuduh Tuhan?

Keinginan terbesar Syaitan adalah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan. Dia akan berusaha untuk membuat kamu sama ada menafikan kewujudan Tuhan atau memfitnah, menipu tentang sifat/karakter Tuhan. Berikut adalah contoh.

Tuhan berulang kali menegaskan kasih-Nya kepada kita. “Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal, sebab itu Aku menuntun engkau dengan kasih abadi."3 "…bukannya kita mengasihi TUHAN TUHAN TUHAN mengasihi kita…"4 "Lihatlah betapa besarnya kasih yang Bapa berikan kepada kita…"5 "Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini sehingga Dia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa tetapi beroleh hidup yang kekal."6

Tetapi apa yang Syaitan katakan? "Tuhan tidak mengasihi kamu. Lihat semua masalah yang kamu hadapi. Jika Tuhan mengasihi kamu, kamu tidak akan mempunyai masalah ini." Kedengaran meyakinkan, bukan?

Namun, semua orang menghadapi masalah. Itu adalah sebahagian daripada kehidupan. Apa yang Syaitan tidak beritahu kepada anda adalah jika anda mempunyai hubungan dengan Tuhan dan berharap kepada-Nya, Tuhan dapat memimpin anda melalui masalah-masalah itu. Anda tidak perlu menanggung atau menyelesaikannya sendiri. Tuhan dapat memberi anda kebijaksanaan dan kekuatan yang sebenar di tengah-tengah masalah tersebut. Bukan sahaja itu, tetapi Dia berkata manakala kita menghadapi kesulitan, "…damai sejahtera-Ku Aku berikan kepadamu…"7 Bagaimana ini terjadi? Kerana orang tersebut tahu bahawa Tuhan boleh dipercayai.

Tanpa Tuhan, seseorang digambarkan sebagai "tanpa harapan di dunia ini." Itu bukan kehendak Tuhan untuk sesiapa pun.

Bagaimana Syaitan Menuduh Anda?

Bukan sahaja Syaitan cuba menyesatkan anda tentang kebaikan Tuhan, tetapi Syaitan juga memfitnah anda kepada Tuhan. Syaitan melakukan ini dengan seorang lelaki bernama Ayub. Syaitan berkata jika Ayub menderita, maka Ayub akan mengutuk Tuhan di hadapanNya, yang mana Ayub tidak pernah melakukan. Syaitan berusaha untuk merendahkan anda dan mengutuk anda di hadapan Tuhan.

Tetapi bukan itu sahaja. Syaitan mengarahkan fitnah dan kecamannya kepada anda.

Dia meyakinkan anda, "Tuhan tidak mahukan kamu. Kamu tidak akan pernah cukup suci. Lihat semua sampah dalam hidupmu, semua cara kamu gagal, perkara yang kamu lakukan, ketagihan yang kamu miliki. Tuhan tidak akan menerima atau mahukan kamu. Kamu tidak akan pernah berjaya."

Sekali lagi, semua itu adalah pembohongan. Tuhan sangat jelas menyatakan bahawa tidak seorang pun dari kita perlu menjadi "baik" untuk diterima oleh Tuhan, atau menjadi manusiatanpa dosa untuk mengekalkan hubungan itu dengan Tuhan.

Yesus berkata tentang Syaitan, "Dari mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta."8

Kontras antara Syaitan dan Tuhan sangat menakjubkan. Yesus berkata, "Pencuri datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah."9

Yesus berkata tentang mereka yang percaya kepada-Nya, "Jikalau kamu tetap dalam firman-Ku, kamu benar-benar adalah murid-Ku dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu."10

Daripada ditipu oleh Syaitan, terdapat peluang untuk mengetahui apa yang Tuhan katakan adalah benar berkenaan diri-Nya, tentang hidup anda, tentang hubungan anda. Sementara Syaitan mahu anda diperhamba oleh penipuannya, Tuhan mahu anda mengetahui apa yang benar, dibebaskan dan mengalami kehidupan yang sebenar.

Selain menjadi pendusta dan pemfitnah, Syaitan, melalui penipuannya, menggoda orang ke arah perhambaan dan ketagihan. "Oh teruskanlah. Satu lagi tidak akan menyakiti kamu. Tiada siapa yang akan tahu. Kamu tidak benar-benar menyakiti sesiapa pun. Dan kamu akan berasa lebih baik."

Bagaimana Menghadapi Syaitan?

Jika anda memutuskan untuk memulakan hubungan dengan Tuhan, anda masih akan digoda oleh Syaitan. Anda masih mempunyai kehendak bebas, membuat apa sahaja keputusan yang anda ingin lakukan. Namun, dalam banyak situasi, anda juga akan tahu apa yang benar dan kurang cenderung untuk menyerah terhadap pembohongan Syaitan, kurang cenderung untuk merasa tidak berdaya, keliru atau takut. Lebih-lebih lagi, Tuhan menawarkan bantuannya.

Kita diberitahu bahawa “Setiap cubaan yang kamu alami memang biasa dihadapi orang. Tetapi Tuhan setia menepati janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai melebihi kekuatanmu. Sewaktu kamu dicubai, Tuhan akan memberimu jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan menanggungnya.”11

Siapakah Syaitan? Penggoda, penfitnah, dan pendusta. Niatnya adalah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan, supaya mereka hanya mendengar Syaitan, menyertai pemberontakannya dan mengalami kehancuran. Tidak ada satu pun yang dia katakan tentang Tuhan atau hidup anda yang benar.

Tuhan menginginkan hubungan dengan anda dan meninginkan anda mengalami kasih-Nya. Dia menciptakan anda bukan untuk hidup dalam kegelapan, kekeliruan, tetapi untuk mengetahui apa yang benar. Yesus berkata, “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.”12

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) 1 Petrus 5:8 (2) Kejadian 3:4,5 (3) Yeremia 31:3 (4) 1 Yohanes 4:10 (5) 1 Yohanes 3:1 (6) Yohanes 3:16 (7) Yohanes 14:27 (8) Yohanes 8:44 (9) Yohanes 10:10 (10) Yohanes 8:31 (11) 1 Korintus 10:13 (12) Yohanes 8:12


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email