×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Soal Jawab

Apa yang Terjadi Pada Masa Akan Datang?

Apakah kehidupan sekarang? Apakah kehidupan nanti? Bagaimana kehidupan setelah kematian?

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Kehiduapan hari ini adalah untuk hari ini. Tapi bagaimana dengan kehidupan hari esok?

Anda menamatkan persekolahan menengah, kemudian mungkin akan meneruskan pengajian di kolej dan universiti. Kemudiannaya, anda mendapatkan pekerjaan, berkahwin,dan membina keluarga dengan anak-anak. Kemudian anda juga menukar beberapa pekerjaan lagi dan juga membuat keputusan membeli rumah. Semuanya kelihatan baik dan menyenangkan, namun apakah selepas semua ini?

Anda menghadiri acara perlawanan sepak bola yang disertai oleh anak-anak anda. Kamu dengan sedaya upayanya berusaha menjadi ibu bapa dan pasangan suami isteri yang terbaik. Tanpa disedari, anda kini melihat anak-anak anda meningkat dewasa yang mana hari-hari yang lalu gambaran yang mereka masih memakai lampin masih jelas di minda anda. Anda melakukan dan mengatakan hal-hal yang kedua orang tua pernah lakukan dan katakan kepada anda dulu, namun anda lakukan dan katakan juga walaupun anda bersumpah tidak akan melakukannya.

Anda mengalami krisis pertengahan tahun dalam hidup anda. Anak-anak anda telah menamatkan pengajian di universiti. Kini, anda telah memasuki fasa hidup sebagai seorang datuk atau nenek. Seseorang kini memanggil anda sebagai “datuk” atau “nenek”. Anda menjalani hidup anda dengan begitu santai, yang mana anda menikmati hidup anda melalui duit persaraan anda. Anda kini menikmati hidup anda dengan banyak masa untuk berjalan-jalan ke mana-mana pada waktu pagi. Anda juga mungkin menikmati hidup anda dengan berkebun. Anda dengan santai membaca surat khabar setiap hari tanpa tergesa-gesa. Kamu juga dengan bebas menonton rancangan kesukaan TV anda. Di saat anda merindukan anak dan cucu-cucu anda, anda dengan gembira menelefon dan berbual-bual. Anda juga menikmati hidup persaraan anda dengan melancong.

Namun, sekali lagi, setelah melalui semua ini, apakah yang berikutnya?

Kemudian hari, suatu hari nanti, anda pasti mati. Jika anda beruntung, anda akan menjalani kehidupan yang lebih panjang, iaitu dari tujuh puluh hingga sembilan puluh tahun. Itu pun sekiranya anda tidak akan mati dengan lebih awal disebabkan oleh penyakit barah ataupun kemalangan kenderaan. Tetapi pada akhirnya, anda dan saya pasti akan mati apabila saatnya tiba. Kematian merupakan hari eosk anda dan saya yang menunggu kita semua. Kematian tidak dapat dielak oleh sesiapa pun. Tidak ada yang terkecuali.

Namun, apakah cukup di situ sahaja?Apakah ada lagi yang lain?

Yang pastinya, suatu hari nanti anda dan saya akan menjadi mayat. Mereka akan menguburkan tubuh anda di dalam tanah. Atau membakar tubuh anda dan meletakkan abu mayat anda dalam tempayan. Jadi pertanyaan yang besar adalah, adakah saya akan hilang sepenuhnya selepas itu? Apakah “AKU” masih wujud di suatu tempat? Adakah benar ada kehidupan setelah kematian?

Secara jujurnya, kita semua mempunyai keinginan dan berharap akan ada sesuatu yang datang atau wujud setelah semua itu. Mungkin juga jauh di sudut kecil fikiran kita, kita sedang merancangkannya.

Apa yang kita sedang rancang? Apakah sebuah kehidupan setelah kematian dalam bentuk tertentu? Beberapa orang memanggilnya kayangan. Yang lain pula memanggilnya sebagai kehidupan di surga. Tidak kurang juga berkata tentang neraka.

Ramai orang juga berfikir pada sepanjang hidupnya, sering kali secara tidak sedar, adalah: Saya pada dasarnya adalah orang baik. Oleh kerana itu, saya akan pergi ke surga pada suatu hari nanti.

Apakah cara pemikiran ini betul?

Ramai orang berfikir bahawa mereka "cukup baik" dan mereka layak untuk masuk surga. Inilah adalah andaian yang kita sering buat. Jika kita tidak merompak bank, membunuh seseorang, atau berbuat jahat terhadap seseorang, kita berfikir bahawa kita adalah jenis peribadi yang Tuhan inginkan untuk mengisi rumah-Nya di surga. Nampaknya, kita cukup bijak untuk berfikir sedemikian.

Di surga sepertinya ada kaunter tiket yang mana kita boleh membeli tiket untuk masuk ke dengan menjadi orang yang baik sepanjang kehidupan kita.

Tetapi, bagaimana pula jika pola pemikiran sedemikian salah? Jadi apakah yang terjadi? Betapa besarnya masalah ini kalau ia benar-benar salah!

Jika kamu berfikir bahawa kamu cukup baik untuk ke surga, ada dua hal yang perlu dipertimbangkan:

(1) Jika surga adalah tempat yang sempurna1, bagaimana mungkin seseorang itu cukup baik?

Sebahagian besar dari kita akan mengatakan kita memiliki rahsia dalam hidup kita. Setidaknya satu. Sesuatu yang kita harap tidak ada diketahui oleh sesiapa pun tentang kita. Pastinya kita mempunyai sekurang-kurangnya satu kesalahan pada masa lalu. Mungkinkah ia adalah satu keputusan yang buruk yang telah kita ambil. Juga mungkin waktu-waktu tertentu yang memperlihatkan kelemahan atau kebodohan kita yang kita tidak mahu ingat.

Itu sesuatu yang sudah dikira melampau. Namun, dari semua ini terdapat banyak hal lain lagi yang sepertinya kelemahan biasa yang ada dalam diri kita yang sebolehnya kita tidak mahu orang lain tahu mahupun perhatikan. Mungkinkah "tipu sunat" yang kita katakan. Ataupun mungkin bagaimana kita berbicara mengenai seseorang di belakang dengan orang lain. Atau mungkin kita juga meniru atau menyalin hasil kerja orang lain. Atau mungkin juga kita mengatakan kata-kata yang tidak baik kepada orang lain. Ataupun mungkin kita menyimpan fikiran yang tidak baik mengenai orang lain.

Jauh lebih daripada satu kejadian yang kita sesalkan, jika kita meneliti hidup kita dengan cermat, menunjukkan pelbagai corak kesalahan mahupun ketidaksempurnaan. Pada hakikatnya, kita selalu tidak melakukan perkara yang kita yakini benar, dan kita juga sering melakukan perkara yang pada dasarnya kita benar-benar yakin adalah salah.

Kita semua, bahkan orang-orang yang kita anggap pada dasarnya orang yang baik, sebenarnya pada dasarnya juga seorang yang mementingkan diri sendiri dan pada hakikatnyaadalah sangat tidak sempurna.2

Segala sesuatu yang kita lakukan sebenarnya dilihat oleh Tuhan.3 Jadi ini bermakna kita tidak dapat menipu Dia. Dia sepenuhnya mengetahui dan menyedari akan semua kebaikan yang belum kita lakukan (dan yang kita sepatutnya harus llakukan), serta semua kejahatan yang telah kita lakukan. Dia juga mengetahui semua fikiran kita dan semua motif kita.

Berikut adalah hal kedua yang perlu dipertimbangkan jika kita berfikir kita "cukup baik" untuk surga: (2) Apakah boleh untuk kita menjadi orang yang pada dasarnya baik, namun masih menolak Tuhan?

Mari kita pertimbangkan Ralph. Dia adalah orang yang "baik." Dia seorang yang beretika dalam melakukan pekerjaannya. Dia tidak pernah mencuri barang-barang di pejabatnya walau satu klip kertas pun. Dia adalah ayah dan suami yang setia. Dia menyediakan keperluan untuk anak-anaknya. Dia memberi pengorbanan untuk mereka dan untuk isterinya (yang tidak pernah dia khianti). Dia memberikan sumbangan berbentuk wang kepada banyak badan amal sepanjang hidupnya.

Tetapi Ralph, meskipun kelihatan baik dalam satu sudut tertentu, tidak pernah mengambil keputusan untuk "membiarkan Tuhan masuk dan menguasai hidupnya." Terdapat banyak waktu tertentu yang sebenarnya Ralph telah merasakan bahawa Tuhan ingin masuk ke dalam hidupnya. Seolah-olah Tuhan sedang mengetuk pintu hati Ralph tetapi Ralph tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Tuhan. Dia selalu sahaja mencari alasan untuk tidak melakukannya. Ironinya, salah satu alasan yang sering digunakan adalah, “saya telah menjadi orang baik sepanjang hidup saya. Saya pastinya akan pergi ke surga”.

Ralph ingin pergi ke surga. Pastinya semua kita mempunyai keinginan yang sama. Namun, pada hakikatnya, Ralph tidak ingin mengenal Tuhan. Dan dia tidak berhenti untuk menganalisis implikasi besar dari keputusan itu (keputusan untuk terus membiarkan Tuhan di luar hidupnya).

Fikirkan tentang itu. Surga adalah rumah Tuhan. Sekiranya Ralph tidak ingin mengenal Tuhan selama hidupnya di muka bumi ini, mengapa pula Ralph ingin mengenal Tuhan dalam kehidupannya setelah kematian? Dalam erti kata lain ialah apa yang Ralph tidak membuat pernah membuat perkiraan adalah betapa dia akan MEMBENCI surga.

Surga adalah tempat di mana Tuhan hadir di mana-mana sahaja. Kemungkinan besar setiap aspek surga akan mengingatkan seseorang akan Tuhan, terus-menerus. Betapa tempat yang mengerikan bagi Ralph!

Ralph selalu menganggap surga akan menjadi tempat yang mempunya keselesaan yang muktamad. Namun, dia tidak pernah mempertimbangkan betapa perkara ini tidak pernah pasti baginya, kerana dia tidak ingin mengenal Tuhan atau memiliki hubungan dengan Tuhan. Pada pandangan Ralph, surga pada akhirnya bukan surga seperti yang diinginkan, melainkan semacam neraka.

Pertimbangkan ini: Apakah anda akan membiarkan seseorang yang tidak ada apun kaitan dengan anda masuk ke dalam rumah anda?Walaupun pada hakikatnya mereka selalu ada peluang untuk mengenalimu tetapi mereka tidak pernah mengendahkan anda?

Begitu ramai peribadi seperti Ralph. Mereka mahu surga, tetapi mereka tidak mahu Tuhan. Tanpa mereka menyedari bahawa dalam situasi tersebut, surga akan menjadi tempat yang mengerikan untuk mereka tinggal kerana surga adalah Tuhan dan tidak ada surga tanpa Tuhan.

Kebenarannya adalah bahwa surga adalah untuk orang yang penuh kesedaran bahawa mereka tidak cukup baik atau tidak sempurna untuk berada di sana -- tetapi mempunyai kerinduan dan keinginan yang dalam untuk tetap ingin berada di sana hanya karena Tuhan ada di sana. Mereka ingin mengenal Tuhan dan ingin bersama-Nya untuk selama-lamanya. Hadiah setelah kematian bukanlah surga itu semata-mata, melainkan Penghuni Utamanya, iaitu Tuhan Yesus Kristus sendiri.

Apakah anda ingin mengenal Tuhan secara peribadi? Apakah anda mempunyai keinginan yang dalam untuk belajar bagaimana menjadi "cukup baik" untuk surga? Lihat Cara Mengenal Tuhan Secara Pribadi.

 Saya baru sahaja menerima Yesus dalam hidup saya (maklumat berguna berikut)…
 Bagaimana memulakan hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) "Tiada sekali-kali masuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yang melakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yang masuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya di dalam Kitab Hidup Anak Domba." (Wahyu 21:27)
(2) "Tiada siapa yang baik kecuali Tuhan." (Lukas 18:19); Yesaya 53:6, Roma 3:10, Roma 3:23, Yakobus 2:10
(3) "Tidak ada makhluk yang terlindung daripada penglihatan-Nya. Segala-galanya terdedah dan terbuka kepada mata Tuhan; kepada-Nya nanti kita dipertanggungkan tentang segala perlakuan kita." (Ibrani 4:13); Matius 10:26, 1 Korintus 4:5


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email