×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Persoalan Kehidupan

Hidup dengan Harapan

Steve berubah daripada dikuasai kemarahan kepada memiliki harapan yang besar. Beliau berkongsi bagaimana anda juga boleh memiliki harapan yang besar tidak kira apa pun yang anda lalui di dalam kehidupan.

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Oleh Steve Sawyer

Di luar pantai Maine, terdapat sebuah kapal angkatan laut sedang berlayar di dalam kabut tebal. Pada malam itu, seorang perwira muda melihat cahaya yang tetap dari kejauhan dan segera menghubungi kaptennya. "Ada cahaya kelihatan dari jauh menuju langsung ke arah kita, apa yang harus saya lakukan?" Kapten menyuruhnya untuk mengirimkan isyarat kepada kapal tersebut, memerintahkannya untuk mengubah arah.

Kapal tersebut membalas isyarat, "Tidak, kamu yang perlu mengubah arahmu." Sekali lagi kapten memerintah perwira muda tersebut untuk memberitahu kapal yang datang untuk segera mengubah jalurnya. Sekali lagi, jawabannya adalah, "Tidak, kamu yang perlu ubah." Dengan upaya terakhir, perwira muda itu mengirimkan isyarat kepada kapal tersebut, berkata, "Ini adalah Kapten kapal perang Angkatan Laut AS dan kamu harus segera mengubah kapalmu." Jawabannya adalah, "Tidak, kamu ubah arahmu. Ini adalah rumah api."

Cerita ini menggambarkan bagaimana kita sebagai manusia cenderung menangani rasa sakit dan penderitaan. Kita selalu menginginkan situasi di sekitar kita berubah haluan, daripada mengubah diri kita untuk menghadapi situasi tersebut. Hidup saya merupakan contoh yang sempurna dari hal ini.

Saya lahir dengan hemofilia, gangguan darah yang membuat tulang dan sendi saya bengkak tanpa sebab. Hemofilia diobati dengan protein yang dikumpulkan daripada sumbangan darah. Antara tahun 1980 dan 1983, salah satu penderma darah saya dijangkiti virus HIV.

Akibatnya, semua obat yang saya terima dari sumbangan darah itu (mungkin beratus kali) terjangkiti HIV. Saya juga kemudian tertular hepatitis C dengan cara yang sama.

Sebenarnya, saya tidak diberitahu bahwa saya HIV positif sampai beberapa tahun kemudian. Saya mendapat tahu semasa saya berada di tahun kedua sekolah menengah saya. Ketika saya diberitahu, respon saya sama seperti semasa kita menghadapi waktu yang sukar di dalam kehidupan.

Saya cuba untuk menidakkan kenyataan bahawa saya HIV positif dan berpura-pura yang saya sihat seperti biasa. HIV tidak menyakitkan seperti hemofilia. Hemofilia membuatkan sendi dan otot bengkak dan itu sangat menyakitkan. Tetapi HIV tidak menunjukkan gejala luar jadi sangat mudah untuk kita berpura-pura untuk tidak menghidap HIV. Itulah cara orang tua saya menghadapinya juga. "Kamu terlihat baik, kamu terlihat oke, jadi kamu pasti baik-baik saja," kata mereka.

Penafian Hanyalah membantu untuk Sementara Waktu

Contoh besar dari penafian seperti ini ada dalam filem Monty Python's In Search of the Holy Grail. Di satu adegan, Raja Arthur sedang berjalan-jalan melintasi hutan dan bertemu dengan seorang ksatria yang mengenakan baju besi hitam yang sudah rosak. Ksatria itu menghalangi jalannya, dan Raja Arthur menyadari bahwa dia tidak akan dapat melaluinya kecuali mengalahkan ksatria itu di dalam pertempuran.

Pertempuran dimulakan dan Raja Arthur berhasil memotong lengan ksatria hitam itu. Raja Arthur menyembunyikan pedangnya, memberi hormat, dan mulai berjalan pergi, tetapi ksatria itu berkata, "Tidak!" Dan Raja Arthur menjawab, "Aku telahpun memotong lenganmu!" Ksatria itu melihat ke arah lengan yang terputus dan berkata, "Tidak, kau tidak melakukannya!" Jadi Raja Arthur melihat ke tanah dan berkata, "Lihat, lenganmu ada di sana!" Dan ksatria itu menjawab, "Ini hanya luka daging." Raja Arthur menyadari bahwa dia harus melukai ksatria itu dengan lebih lagi supaya dia boleh melalui jalan tersebut.

Pertempuran pun berterusan dan Arthur menghancurkan semua anggota tubuh badan ksatria itu sehingga tertinggal sebuah tunggul di tanah dengan kepala. Saat Raja Arthur melintas, boleh kedengaran suara ksatria itu di belakangnya berteriak, "Kembalilah kau pengecut, aku akan menggigit lututmu!"

Sudah tentu ksatria tersebut berada di dalam penafian. Dia tidak dapat menghadapi kenyataan bahwa dia kalah dalam pertempuran. Walaupun contoh cerita ini agak lucu, tetapi daripada cerita ini kita dapat melihat bahawa penafian akan sesuatu keadaan adalah sangat bahaya. Jika saya terus menerus menafikan bahwa saya menghidapi HIV positif, mungkin saya tidak akan mengambil langkah-langkah pencegahan yang tepat semasa ada luka kecil di jari-jari saya atau hal-hal seperti itu, dan saya dapat melukai atau bahkan membunuh seseorang.

Tetapi akibat kepada diri sendiri apabila anda menafikan sesuatu seperti itu juga sangat berbahaya dan sangat menyakitkan. Apabila anda menekan sesuatu untuk jangka masa yang lama, dan cuba berpura-pura bahawa ia tidak ada, ia akan bertimbun. Dan pada akhirnya ia akan meletup.

Selama 3 tahun saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya menghidapi HIV positif. Tahun terakhir di sekolah menengah, saya jatuh sakit parah. Saya mulai menunjukkan gejala penyakit tersebut. Sel-sel T adalah sel darah putih yang melawan jangkitan, dan jumlah sel T yang anda miliki dalam tubuh anda menyatakan samada anda menghidapi HIV positif atau AIDS.

Ketika sel T Anda turun di bawah 200, anda dianggap memiliki AIDS yang parah. Pada masa itu, jumlah sel T saya berada di 213 dan ia berterusan menurun. Keadaan saya sangat parah sehingga saya tidak dapat makan. Saya tidak dapat lagi menafikan bahwa AIDS/HIV saya itu tidak nyata -- itu sangat, sangat nyata.

Keinginan untuk Menyalahkan Orang Lain

Penafian bukan lagi pilihan, jadi saya terpaksa mencari cara baru untuk menangani segala yang saya alami. Saya cuba menyalahkan orang lain. Saya berfikir bahwa jika seseorang datang menemui saya dan berkata seperti ini, "Steven, ini salah saya. Maafkan saya." Jadi pada mulanya, saya memutuskan untuk menyalahkan komuniti homoseksual. Sangat mudah untuk saya melepaskan diri.

Tetapi selepas saya berfikir panjang, adalah tidak benar untuk saya menyalahkan sesebuah komuniti. Kemudian saya memutuskan untuk menyalahkan Tuhan. Walaupun pada masa itu saya tidak benar-benar percaya kepada Tuhan, tetapi saya berfikir yang jika ada peribadi yang mampu mengawal segala situasi, itu adalah Tuhan. Jadi saya menyalahkan Tuhan.

Apabila anda mempunyai tempat untuk menumpukan semua kesakitan yang terbina, ia akan berubah menjadi kemarahan. Dan akhirnya ia berubah menjadi amarah. Saya mula menangani segala-galanya dengan kemarahan. Setiap kali seseorang mengatakan sesuatu yang agak mengganggu saya, saya akan melenting kepada mereka. Memukul dinding. Menyelerakkan bilik saya dan banyak lagi.

Tetapi saya dapati bahawa kemarahan mempunyai keupayaan untuk mengaburkan fikiran anda, dan ia menghalang anda daripada bertindak secara rasional. Lebih buruk lagi, dalam proses itu ia menyakiti mereka yang anda sayangi. Cara yang jauh lebih baik untuk menangani kesakitan adalah dengan menangis, kerana ia tidak menyakiti sesiapa dan ia benar-benar, benar-benar melegakan.

Pada satu ketika saya berada di bilik saya dan telah mencapai titik terendah. Saya sangat sakit dan telah kehilangan berat badan yang banyak. Saya berteriak, bersumpah kepada Tuhan, memukul dinding di bilik saya, dan kemudian ayah saya masuk. Dia menutup pintu di belakangnya.

Ayah saya adalah seorang bekas penagih alkohol. Melalui AA, beliau belajar tentang Kuasa Yang Lebih Tinggi, beliau belajar tentang Tuhan. Ayah saya melihat saya dan berkata, "Kamu tahu Steve, saya tidak dapat membantu kamu. Doktor kamu tidak dapat membantu kamu. Ibu kamu tidak dapat membantu kamu. Kamu pun tidak dapat membantu diri kamu sendiri. Satu-satunya yang boleh membantu kamu sekarang hanyalah Tuhan." Dan dia keluar dari bilik itu dan menutup pintunya.

Bolehkah Tuhan Membantu?

Saya baru sahaja selesai memaki Tuhan, jadi saya rasa saya tidak berada dalam kedudukan yang betul untuk meminta pertolongan Tuhan. Tetapi saya tiada pilihan lain. Saya jatuh berlutut, dan sambil menangis saya berkata, "Baiklah Tuhan, jika Engkau di sana, tolonglah saya dan saya akan tolong Engkau." Dalam masa yang sangat singkat, saya kembali mendapatkan semua berat badan saya.

Kiraan sel-T saya meningkat kepada kira-kira 365, yang agak baik. Dan saya rasa hebat. Saya rasa hebat… begitu sahaja. Dan saya fikir, "Baiklah, terima kasih Tuhan. Itu baik. Selamat tinggal."

Saya tamat pengajian dan pergi ke kolej untuk mengambil ujian penempatan saya pada musim panas sebelum tahun pertama saya. Inilah ketika saya bertemu dengan rakan sebilik saya. Saya sampai di sana dan menyelesaikan ujian, dan ada seorang budak tinggi dan kurus berambut perang berdiri di sana.

Dia berkata, "Hei, kamu nampak normal. Mahu jadi rakan sebilik saya?" Dan saya fikir, baiklah, kamu tidak nampak normal, tetapi..."Boleh." Kami menjadi rakan sebilik, dan lama-lama kami menjadi sahabat baik. Saya dapati bahawa rakan sebilik saya adalah seorang Kristian. Pada masa itu saya mempunyai gambaran tentang apa itu seorang Kristian. Bagi saya, seorang Kristian adalah seorang yang munafik, sombong, dan menghukum orang. Itulah seorang Kristian bagi saya. Tetapi rakan sebilik saya berbeza.

Dia mempunyai masalah disleksia. Saya perhatikan bahwa apabila dia belajar dan mencapai titik kekecewaan -- titik di mana saya akan memukul dinding dan merosakkan barang -- dia hanya berhenti, menutup mata, berdoa, mengambil nafas dan kembali bekerja. Itu membuat saya teruja. Saya fikir, "Bagaimana kamu boleh tidak memecahkan sesuatu? Kamu harus memecahkan sesuatu!" Saya benar-benar terkagum.

Rakan sebilik saya menjemput saya pergi bercuti musim bunga bersamanya ke Daytona Beach. Semasa di sana, rakan saya mula bercakap dengan lelaki di sebelah kami di pantai. Pada mulanya kami bercakap tentang perkara biasa, perkara normal. Kemudian rakan saya memutuskan untuk membincangkan isu-isu yang mendalam dan berat.

Saya tidak mahu terlibat dalam perbualan itu. Saya telah berjuang dengan banyak perkara. Sukar untuk mengetahui bahawa anda sedang menghadapi kematian pada usia yang begitu muda. Dan saya sebenarnya tidak mahu bercakap tentang perkara itu dengan orang yang tidak dikenali di pantai itu, jadi saya melarikan diri dari perbualan itu.

Mereka terus bercakap, dan akhirnya mereka sampai pada titik di mana rakan saya cuba menjelaskan apa yang dia percayai sebagai seorang Kristian. Saya selalu mempunyai gambaran tentang apa itu seorang Kristian, tetapi saya sebenarnya tidak pernah tahu apa yang mereka percayai atau fikirkan. Jadi saya mendengar apa yang dia katakan.

Apa Yang Ditawarkan oleh Tuhan

Saya tidak tahu sama ada saya boleh menjelaskannya dengan baik seperti dia, tetapi dia berkata sesuatu seperti ini: "Saya percaya kepada Tuhan. Dan saya percaya bahawa Tuhan menciptakan kita untuk berhubungan dengan-Nya. Tetapi kita tidak mahu berada dalam hubungan itu dengan-Nya, jadi kita menolak-Nya.

Menolak Tuhan itu, pemberontakan itu -- sama ada secara aktif memberontak terhadap-Nya atau sekadar sikap acuh tak acuh -- Alkitab menyebutnya sebagai dosa. Saya tidak suka kata "dosa", jadi saya fikir ia hanya menolak Tuhan. Dan kerana kita melakukan itu, dan kerana kita dicipta untuk berada dalam hubungan dengan-Nya, maka ada hukumannya.

Hukuman bagi pemberontakan kita adalah kematian, kita mati. Dan ada kematian rohani, kita terpisah daripada-Nya." Saya fikir, Oh, itu menyedihkan.

Jadi saya berkata, "Tetapi Tuhan mencintai kita." Dan dia berkata, "Tetapi Tuhan juga adil. Kasih tanpa keadilan tidak bermakna." Itu tidak benar-benar masuk akal bagi saya. Jadi dia berkata, "Cuba bayangkan orang yang paling anda sayangi di dunia, orang yang anda sanggup korbankan nyawa anda sendiri.

Kemudian bayangkan anda menolak orang itu dan tidak melihatnya lagi untuk waktu yang lama. Kemudian suatu hari anda melihat orang itu lima puluh meter jauhnya, dan anda berlari ke arahnya dan merangkulnya, tetapi mereka menghentikan anda dan berkata: 'Tidak, kamu menolak saya, ingat?' Sekarang bayangkan menolak Tuhan, kasih terbesar di alam semesta ini."

Dan saya berpikir, "Wow. Itu tidak baik." Dan dia berkata, "Ya tetapi itu tidak berakhir di situ. Karena Tuhan sangat mencintai kita dan begitu peduli terhadap kita, Dia memutuskan untuk membayar penebusan bagi kita. Dia mengutus Anak-Nya, Yesus, untuk mati di atas salib sebagai gantinya. Dan karena Yesus (yang menjadi Tuhan dalam daging) hidup tanpa dosa, Dia dapat membayar penebusan bagi orang lain. Dia membayarnya untuk kita."

Dan dia berkata, "Kemudian Yesus bangkit dari kematian tiga hari kemudian. Dia mengalahkan kematian rohani itu dan menawarkan kita kehidupan kekal. Sekarang kita tidak hanya mati, tetapi akan terus hidup untuk selama-lamanya dengan kasih yang terbesar di alam semesta ini."

Dan saya berkata, "Wow." "Tetapi," katanya, "walaupun dia menawarkan ini dan membayar hukumannya, jika kamu tidak menerima tawarannya…ia terpulang kepada kamu." Saya masih tidak benar-benar jelas tentang ini, dan nasib baik lelaki yang satu lagi tu pun begitu. Jadi, rakan saya berkata, "Baiklah, bayangkan kamu memandu di jalan di sini. Kamu memandu pada kelajuan 90 dan had laju adalah 35."

"Kamu sedang memandu laju di jalan raya dan seorang polis mengejar anda serta menulis saman kepada anda. Untuk membayar saman itu, kamu perlu pergi ke mahkamah esok hari. Ketika kamu berjalan masuk ke dalam mahkamah dan melihat ke atas, kamu melihat hakimnya adalah ayahmu. Dan kamu berfikir, 'Hey, itu ayah saya.' Ayah kamu memandang kamu dan berkata, 'Steve, adakah kamu melanggar undang-undang?' Dan kamu berkata, 'Ya.' Jadi ayah kamu berkata, 'Okey, denda $500 atau dua hari penjara.' Dia mengetuk palu dan itu sahaja".

"Sekarang, kerana dia adil, dia terpaksa menjatuhkan hukuman. Tetapi kemudian dia beranjak dari kerusi hakimnya, menanggalkan jubahnya, mengambil wang dari sakunya dan memberikan $500 kepada kamu. Kerana dia mengasihi kamu, dia akan membayar denda itu untuk kamu. Tetapi kamu perlu menerima pembayaran itu. Dia berdiri di sana dengan 500 dolar, berkata 'Ini dia.' Begitu juga, dengan Tuhan, kamu boleh berkata, 'Tidak, saya akan menghabiskan selama-lamanya terpisah daripada-Mu.' Ia adalah pilihan yang kamu perlu buat."

Mengenal Tuhan

Kawan saya berkata cara kita menerima pembayaran itu adalah melalui doa. Dia berkata, "Kamu hanya perlu menerima pembayaran Tuhan. Ia adalah oleh anugerah Tuhan. Tidak ada yang perlu kamu lakukan untuk memperoleh ini. Ia hanyalah hadiah dari Tuhan." Ini adalah kali pertama saya mendengar tentang anugerah. Dia berkata, "Ini adalah hadiah yang kamu terima dengan iman melalui doa." Dan kawan saya menawarkan untuk berdoa dengan lelaki ini. Dan semasa dia berdoa dengan lantang, saya juga berdoa, tetapi dalam diam.

Sejak saat itu, hidup saya mempunyai perspektif yang baru sepenuhnya. Saya tidak lagi perlu tidur setiap malam dengan kebimbangan sama ada saya akan hidup keesokan harinya. Saya tidak lagi takut mati, kerana kematian tidak akan berakhir dalam kegelapan. Sekarang apabila saya mati, saya akan menghabiskan selama-lamanya dengan cinta terbesar di alam semesta. Ia sangat membebaskan.

Ibu bapa saya juga menerima pembayaran itu. Mereka berdoa kepada Tuhan seperti yang saya lakukan. Dan mereka juga mengalami kehidupan baru. Adalah mengagumkan untuk berfikir bahawa mereka membiarkan saya pergi jauh dari mereka, mengetahui bahawa saya mungkin hanya mempunyai enam bulan untuk hidup. Dan anda boleh bayangkan betapa sukarnya bagi mereka untuk hanya berdiri di sana dengan tangan di sisi mereka dan hanya menonton anak mereka mati di hadapan mereka. Tiada apa yang mereka boleh lakukan. Tetapi sekarang satu-satunya sebab mereka dapat menghadapi itu, dan satu-satunya sebab saya dapat menanganinya, adalah kerana kami masing-masing mempunyai Kristus dalam hidup kami.

Bolehkah saya menawarkan anda peluang untuk menerima pembayaran Tuhan untuk anda? Jika anda mempunyai penawar untuk AIDS, saya pasti anda akan menawarkannya kepada saya. Saya tahu bagaimana untuk mencapai kehidupan kekal, bahawa ia adalah hadiah dari Tuhan. Jadi saya cuba menawarkannya kepada anda.

Jika anda sedang menghadapi sesuatu yang anda tidak boleh tangani sendiri, dan anda mahukan seseorang yang akan berdiri di sisi anda dan menyokong anda apabila seluruh dunia menendang dan menikam anda dari belakang, maka saya minta anda untuk berdoa bersama saya sekarang.

Ini bukan satu ungkapan atau jampi ajaib. Dan ia bukan satu perjalanan emosi atau pemikiran besar. Sebaliknya, ia adalah permulaan hubungan peribadi dengan Tuhan. Dan seperti mana-mana hubungan, ia memerlukan masa. Ia memerlukan usaha. Tetapi saya mendesak anda: jika anda benar-benar merasakan anda memerlukannya, jangan lepaskan peluang ini. Ia percuma.

Jadi saya akan berdoa. Berdoa tidak ada hubungannya dengan menutup mata atau membungkukkan kepala atau melipat tangan atau berteriak "Alleluia!" Tidak ada yang seperti itu. Ini adalah sikap hati anda.

Nyatakan kepada Tuhan, "Tuhan, saya telah melanggar hukum. Saya telah menolak-Mu. Dan saya ingin kembali dengan menerima pembayaran-Mu." Jika anda merasa anda memerlukan ini, anda boleh berdoa seperti ini. "Tuhan Yesus, saya memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendakmu. Amin"

Sekarang, jika anda baru saja berdoa dengan tulus doa itu, anda telah memulai hubungan terbesar yang pernah anda miliki -- hubungan dengan Tuhan. Dan ini tidak berhenti dengan doa. Hubungan dengan Tuhan adalah sebuah proses.

Ia bermaksud percaya kepada Tuhan setiap hari, cuba melakukan bukan sahaja apa yang anda mahu atau apa yang terasa baik, tetapi apa yang anda fikir Tuhan mahu anda lakukan. Saya pernah ada orang berkata kepada saya, “Kristianiti berfungsi untuk anda dan itu hebat. Bukankah agama lain juga begitu? Ia berfungsi untuk orang lain juga.” Itu adalah soalan yang baik. Saya percaya Tuhan memberikan kita satu jalan untuk mendekati-Nya -- melalui kematian Yesus di atas salib -- walaupun terdapat unsur kebenaran dalam agama lain.

Mereka pada umumnya adalah kod moral -- "Lakukan ini tujuh kali sehari dan ini akan mendekatkan anda kepada Tuhan." Tetapi jika anda cuba untuk mendekati Tuhan, berapa banyak usaha yang mencukupi? Bagaimana anda tahu bila anda telah mencapai titik itu?

Saya berfikir di sinilah Kekristenan menemui kebenarannya: dalam kasih karunia Tuhan. Mengetahui bahawa kita tidak pernah dapat mencapai kesempurnaan Tuhan, kita boleh bergantung kepada pengampunan Tuhan. Matlamatnya adalah berjalan di jalan-Nya, walaupun kita sering melakukan kesilapan.

Anda membuat kesilapan, tetapi anda teruskan, anda terus bekerja keras, mempercayai karunia Tuhan. Anda berdoa. Anda membaca Alkitab. Anda mencari tahu apa yang Tuhan mahukan dari anda. Suatu hari nanti, anda akan mencapai ketenangan. Mungkin tidak sehingga anda sampai syurga, tetapi selepas itu adalah untuk selama-lamanya.

Jika anda sedang menghadapi simptom HIV, hemofilia, atau hepatitis C seperti Steve -- atau mungkin anda menghadapi masalah lain dalam hidup -- dan anda ingin melihat penjelasan lain tentang apa yang cuba dikongsikan oleh Steve, sila lihat Bagaimana Mengenal Tuhan Secara Peribadi.

 Saya baru sahaja menerima Yesus dalam hidup saya (maklumat berguna berikut)…
 Bagaimana memulakan hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Steve Sawyer meninggal dunia akibat kegagalan hati yang disebabkan oleh hepatitis C pada 13 Mac 1999. Semoga kisah sebenarnya memberi semangat kepada anda untuk menerima Yesus, seperti yang dilakukan oleh Steve. Pada hari-hari terakhir hidup Steve, dia berkata dia ingin bercakap kepada 'sekadar satu kampus lagi.' Mengapa? “Jika saya perlu mendapatkan penyakit-penyakit ini yang sedang membunuh saya supaya satu orang itu memahami bahawa mereka boleh mempunyai hubungan dengan Kristus, maka ia berbaloi. Dalam pandangan kekekalan, itulah yang penting."

Kita boleh memiliki kehidupan kekal, dengan menerima Yesus. Kita tidak mencapai syurga dengan melakukan perbuatan baik. Kehidupan kekal adalah hadiah percuma bagi mereka yang percaya kepada Yesus. Dari Alkitab…

"Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal." (Yohanes 3:16)

"Kita semua tersesat seperti domba, setiap orang menyimpang menurut jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kesalahan kita semua." (Yesaya 53:6)

“Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar." (Yohanes 5:24)

"Wahai Maut, di manakah kemenanganmu? Wahai Maut, di manakah sengatmu?" (1 Korintus 15:55)

"Kesaksian itu ialah: Tuhan memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya. Sesiapa yang memperoleh Anak itu, memperoleh hidup itu. Dan sesiapa yang tidak memperoleh Anak Tuhan, tidak memperoleh hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada nama Anak Tuhan agar kamu mengetahui bahawa kamu memperoleh hidup yang kekal" (1 Yohanes 5:11-13)

Foto: Guy Gerrard & Tom Mills © Worldwide Challenge


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email