×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Persoalan Kehidupan

Mengapa Hidup Begitu Susah?

"Mengapa?" Apabila hidup susah, adakah cara untuk mencapai ketenangan?

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Bagaimanakah kita menjelaskan apa yang kita lihat di dunia ini? Serangan pengganas, perhambaan seks, perkauman, kelaparan dunia?

Secara tidak sedar, kita mungkin sering bertanya soalan-soalan seperti ini. Tetapi secara sedar, kita jarang melakukannya. Kita begitu sibuk menjalani hidup sehingga jarang berhenti dan bertanya "MENGAPA?"

Tetapi kemudian sesuatu berlaku untuk membangkitkan kita. Ibu bapa kita bercerai. Gadis di jalanan itu diculik. Seorang saudara mendapat kanser. Saat itu membuatkan kita sedar. Tetapi kemudian kita sering kembali dalam penafian. Iaitu, sehinggalah tragedi lain dan ketidakselarasan lain menimpa. Kemudian baru kita mula berfikir,ada sesuatu yang tidak betul di sini. Sesuatu yang salah dan tidak betul. Ini bukanlah cara hidup yang sepatutnya!

Jadi, MENGAPAKAH perkara buruk berlaku?

Mengapa bukankah dunia ini menjadi tempat yang lebih baik?

Dalam Alkitab ada jawapan untuk semua soalan MENGAPA itu, akan tetapi jawapan ini bukanlah jawapan yang kebanyakan orang suka dengar: dunia ini seperti yang adanya sekarang kerana dalam tanggapan kita inilah dunia yang kita minta dan inginkan.

Pelik bukan?

Apa atau siapakah yang boleh membuat dunia ini berbeza daripada apa yang ada sekarang? Apa atau siapakah yang boleh menjamin bahawa semua orang dapat hidup bebas dari kesakitan untuk sepanjang masa?

Tuhan boleh. Tuhan boleh mencapainya. Tetapi Tuhan tidak melakukannya. Sekurang-kurangnya bukan pada masa ini. Akibatnya kita marah dengan-Nya dan berkata, "Tuhan bukan maha kuasa dan maha pengasih. Jika Dia sedemikian maka dunia ini tidak akan seperti yang ada sekarang!"

Kita berkata sedemikian dengan harapan bahawa Tuhan akan mengubah pendiriannya dalam perkara ini. Harapan kita ialah dengan cara menanamkan rasa bersalah pada-Nya supaya membuat Tuhan mengubah cara-Nya melakukan sesuatu. Tetapi Tuhan tidak kelihatan mahu berubah.

MENGAPAKAH Tuhan tidak berubah dan bertindak sedemikian?

Tuhan tidak berubah - Tuhan tidak mengubah semua perkara pada masa ini kerana Tuhan memberikan kita apa yang kita minta: sebuah dunia di mana kita boleh memperlakukan-Nya seolah-olah Tuhan tidak hadir dan tidak diperlukan.

Ingat cerita Adam dan Hawa? Mereka makan "buah terlarang." Buah itu adalah idea bahawa mereka boleh mengabaikan apa yang Tuhan katakan atau berikan kepada mereka, dan memulakan kehidupan tanpa kehadiran Tuhan. Bagi Adam dan Hawa seolah-olah berharap mereka boleh menjadi seperti Tuhan, tanpa Tuhan.

Mereka menerima tanggapan bahawa ada sesuatu yang lebih berharga wujud berbanding dengan Tuhan sendiri, sesuatu yang lebih bernilai daripada mempunyai hubungan intim peribadi dengan Tuhan. Dan dalam sistem dunia ini - semua kesalahan yang wujub adalah akibat dan - hasil daripada pilihan yang mereka buat.

Kisah mereka adalah kisah kita semua, bukankah begitu? Siapa yang tidak pernah berkata - jika tidak secara lisan, paling tidak dalam hati mereka - Tuhan, saya rasa saya boleh melakukannya tanpa Engkau. Tetapi saya akan melakukannya sendirian dan terima kasih atas tawaran itu.

Kita semua cuba untuk menjalani kehidupan tanpa Tuhan.

Mengapakah kita melakukannya? Mungkin kerana kita semua beranggapan bahawa ada sesuatu yang lebih berharga, lebih penting, daripada Tuhan. Bagi orang yang berlainan, hal itu ada bezanya, tetapi pemikiran itu adalah sama: Tuhan bukanlah yang paling penting dalam kehidupan. Malah, saya lebih suka melakukannya tanpa-Nya sama sekali.

Apakah respon Tuhan terhadap perkara itu?

Tuhan membenarkannya. Kebanyakan orang mengalami hasil yang menyakitkan daripada pilihan orang lain atau pilihan mereka sendiri yang bertentangan dengan kehendak Tuhan … pembunuhan, penderaan seksual, keserakahan, pembohongan/ penipuan, fitnah, perzinaan, penculikan, dll.

Semua ini boleh jelas ternyata di mana orang yang enggan memberikan Tuhan akses dan pengaruh ke atas kehidupan mereka. Mereka menjalani kehidupan mereka sebagaimana yang mereka inginkan, dan mereka dan penderitaan orang lain.

Apakah pandangan Tuhan tentang semua ini?

Tuhan tidak sombong. Malah, Tuhan boleh memperlihatkan diri-Nya dengan penuh kasih, berharap kita akan berpaling kepada-Nya agar Tuhan dapat membawa kehidupan yang sebenar kepada kita.

Yesus berkata, "Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan."1 Tetapi bukan semua orang rela datang kepada-Nya. Yesus mengulas perkara ini apabila Dia berkata: "Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Tuhan! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu."2

Sekali lagi, Yesus membawa isu ini kembali kepada hubungan kita dengan-Nya. “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.”3

Tetapi apa kata jika kehidupan itu tidak adil, apabila perkara-perkara buruk menimpa kita?

Bagaimana dengan keadaan yang mengerikan itu menimpa kehidupan kita yang disebabkan oleh seseorang selain daripada kita sendiri? Apabila kita merasa dan menjadi mangsa dianiayai, adalah perlu kita sedar bahawa Tuhan sendiri telah menanggung perlakuan yang mengerikan daripada orang lain. Tuhan lebih memahami apa yang anda alami.

Tidak ada apa yang lebih menyakitkan dalam kehidupan kita daripada apa yang Yesus tanggung atas nama kita, apabila Dia ditinggalkan oleh kawan-kawannya, diolok-olokkan oleh mereka yang tidak percaya kepada-Nya, dipukul dan diseksa sebelum penyaliban-Nya, kemudian dipaku di atas salib untuk tontonan awam yang memalukan dan mati secara perlahan-lahan akibat penyeksaan.

Dia menciptakan kita, tetapi membenarkan manusia mempunyai kebebasan untuk melakukan semua ini untuk memenuhi Kitab Suci dan memerdekakan kita daripada dosa kita. Ini bukan suatu kejutan bagi Yesus. Dia sedar apa yang akan terjadi dan mengetahui semua butir-butir, kesakitan dan semua penghinaan.

"Ketika Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem, Dia mengajak dua belas orang murid-Nya ke tepi dan berkata hanya kepada mereka: “Dengarlah, kita sekarang ke Yerusalem. Di sana Anak Manusia akan dikhianati dan diserahkan kepada ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya. Kemudian mereka akan menyerahkan-Nya ke tangan bangsa asing. Dia akan diejek, disebat dan disalib oleh mereka. Tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan semula."4

Bayangkan jika anda mengetahui sesuatu yang mengerikan itu akan berlaku kepada anda. Yesus memahami keperitan emosi dan psikologi. Pada malam itu Yesus tahu mereka akan menangkap-Nya, Dia pergi untuk berdoa, tetapi membawa beberapa sahabat dengan-Nya.

"Yesus membawa bersama-Nya Petrus dan kedua-dua anak Zebedeus. Dia mula berasa dukacita dan resah. Dia berkata kepada mereka, “Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.”Yesus pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, “Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki."5

Walaupun Yesus percaya kepada tiga orang sahabat-Nya, tetapi mereka tidak memahami kedalaman seksaan-Nya, dan ketika Yesus kembali dari berdoa, Dia mendapati mereka tertidur. Yesus memahami Dia harus melalui kesakitan dan kesedihan yang teramat itu seorang diri.

Di sinilah diringkaskan, seperti yang John gambarkan dalam Injilnya: "Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Tuhan kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya."6 "Tuhan mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan. Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal."7

Tidak ada persoalan bahawa ada kesakitan dan penderitaan yang hebat di dunia ini.

Sebahagian daripadanya diterangkan sebagai akibat tindakan mementingkan diri sendiri dan penuh kebencian oleh pihak lain. Sebahagian daripadanya menentang penerangan dalam kehidupan ini. Tetapi Tuhan memberikan kita diri-Nya. Tuhan memberikan kita pengetahuan bahawa Dia juga telah menanggung, dan menyedari kesakitan dan keperluan kita. Yesus berkata kepada para murid-Nya, "Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Janganlah resah hatimu dan janganlah takut."8

Banyak sebab untuk kita takut, bimbang, tetapi Tuhan dapat memberikan kita ketenangan-Nya, yang lebih besar daripada masalah di hadapan kita. Dia pada dasarnya adalah Tuhan, Pencipta. Yang sedia ada semenjak mencipta alam semesta dengan kekuasaan-Nya.

Namun, dalam kuasa-Nya, Dialah juga yang mengenal kita dengan intim dan mendalam, malah butiran-butiran yang paling kecil dan tidak bermakna. Dan dalam hidup kita, kita percaya dan menyandar kepada-Nya dan bergantung kepada-Nya, walaupun kita berhadapan dengan kesulitan, Dia akan memelihara kita dengan selamat.

Yesus berkata, "Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia."9 Dia mengalami ancaman utama kita iaitu kematian dan mengatasinya. Dia dapat membawa kita melalui keadaan sulit dalam kehidupan ini, dan kemudian membawa kita ke dalam kehidupan kekal, jika kita percayakan diri kita kepada-Nya.

Kita boleh menjalani kehidupan ini bersama dengan Tuhan atau tanpa Dia.

Yesus berdoa, "Bapa Yang Maha Benar! Dunia tidak mengenal-Mu, namun Aku mengenal-Mu, dan kesemua mereka ini tahu bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku. Aku telah menyatakan nama-Mu kepada mereka. Aku akan terus berbuat demikian, supaya kasih-Mu kepada-Ku bertapak kukuh dalam hati mereka dan supaya Aku di dalam mereka."10

Anda mungkin mendapati diri anda bertanya, "Mengapa hidup begitu susah?" Tanpa Tuhan, manusia dengan mudah diheret ke dalam kebencian, perkauman, penderaan seksual dan saling membunuh.

Yesus berkata, “Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.”11 Untuk mengetahui bagaimana memulakan hubungan dengan Tuhan, sila lihat Bagaimana untuk Mengenal Tuhan Secara Peribadi.

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Matius 11:28 (2) Matius 23:37 (3) Yohanes 8:12 (4) Matius 20:17-19 (5) Matius 26:37-39 (6) Yohanes 1:10-12 (7) Yohanes 3:17,16 (8) Yohanes 14:27 (9) Yohanes 16:33 (10) Yohanes 17:25,26 (11) Yohanes 10:10


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email