×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Hubungan

LGBTQ dan Kasih Tuhan

Jika anda seorang LGBTQ, mari lihat bagaimana Tuhan dan kasih-Nya menyambut anda…

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Oleh Marilyn Adamson

Kehidupan ini selalunya memerlukan kelayakan tertentu. Untuk mendapatkan lesen memandu, anda perlu lulus ujian. Untuk mendapat pekerjaan tertentu, anda harus menunjukkan bahawa anda mempunyai kelayakan yang sesuai untuk pekerjaan tersebut.

Jika "A," maka "B." Buktikan bahawa anda layak. Buktikan bahawa anda telah memenuhi syarat. Buktikan bahawa anda "diterima."

Pada titik manakah anda boleh mengetahui bahawa Tuhan menerima anda sepenuhnya?

Berbeza dengan semua yang anda alami, hubungan dengan Tuhan tidak bermula dengan anda mengisi ruang kosong, "Tuhan, terimalah saya kerana…."

Ia bermula dengan Tuhan berkata, "Saya menerima kamu." "Saya menyambut kamu."

Sama ada anda seorang gay, lesbian, biseksual, transgender atau mempunyai banyak persoalan, Tuhan bukanlah musuh anda. Jika anda belum memulakan perhubungan dengan-Nya, Tuhan menginginkan satu perhubungan peribadi dengan anda. Dia menawarkan ini kepada sesiapa sahaja.

Di dalam Alkitab, anda akan melihat hanya satu kumpulan yang secara konsisten membuat Yesus marah… golongan agamawan yang sombong.

Yesus kelihatannya selesa dikelilingi oleh semua orang, termasuk pelacur dan penjenayah. Bagaimanapun, golongan elit agama sangat menjengkelkan dan menyedihkan Yesus. Dia melihat mereka sebagai orang yang suka menghakimi, angkuh, tiada kasih dan munafik.

Anda mungkin telah melihat kata-kata tersebut dan terus terfikir tentang orang-orang yang beragama yang telah menyakitkan, kasar atau menghakimi anda. Adakah itu mencerminkan hati Yesus? Tidak. Yesus berkata kita mengasihi jiran kita seperti kita mengasihi diri sendiri. Bagaimana kata-kata yang menyakitkan dapat memenuhi itu? Tidak begitu baik.

Inilah isi hati Yesus. Yesus berkata, "Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberikanmu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jwamu akan tenang."1

Adakah anda pernah berpeluang dengan serius mempertimbangkan Yesus ?

Berbeza dengan mana-mana orang yang pernah hidup, Yesus dapat menjelaskan makna kehidupan kepada anda... bagaimana untuk mengalami kehidupan yang berkelimpahan. Yesus adalah Pencipta segala yang ada, tetapi menjadi manusia, supaya kita boleh mengenal-Nya, mengenal Tuhan Sang Pencipta.

Yohanes, salah seorang sahabat Yesus, membuat komen ini tentang Yesus, "Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia demi kasih kurnia; kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus."2

"Kasih kurnia" bukanlah perkataan yang selalu kita guna. Kasih kurnia bermaksud kebaikan Tuhan yang diberikan kepada kita, tanpa kita mengusahakannya. Yesus menawarkan kepada kita baik kebaikan dan kebenaran-Nya, untuk memimpin kita menjalani kehidupan yang membingungkan ini.

Saya juga pernah berfikir apa yang diperlukan supaya Tuhan menerima saya. Mungkin anda akan terperanjat seperti saya dulu. Inilah yang diperlukan:

Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. Tuhan mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan. Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukuman. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya sudahpun dijatuhi hukuman, kerana dia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Tuhan.”3

Adakah anda menangkapnya? "Barangsiapa percaya kepada-Nya." Barangsiapa percaya kepada-Nya akan memiliki hidup yang kekal. Barangsiapa percaya kepada-Nya diselamatkan oleh Yesus. Barangsiapa percaya kepada-Nya tidak dihukum.

Inilah yang Yesus minta dari kita…untuk percaya kepada-Nya.

Yohanes berkata tentang Yesus, "Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Tuhan…"4

Yesus bukan sekadar seorang nabi atau guru atau pemimpin agama. Yesus mengatakan bahwa mengenal-Nya adalah mengenal Tuhan. Percaya kepada-Nya adalah percaya kepada Tuhan. Inilah yang menyebabkan Yesus disalibkan. Mereka menuduh-Nya dengan hujatan. Orang-orang berkata bahwa Yesus, "malah juga mengatakan Tuhan itu Bapa-Nya, iaitu menyamakan diri-Nya dengan Tuhan."5

Dia menawarkan bukti. Yesus telah melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh manusia, menyembuhkan mereka yang buta dan yang tidak dapat berjalan, atau yang berjuang dengan pelbagai jenis penyakit.

Tetapi Yesus jauh melampaui itu semua. Dia mengatakan, dalam banyak kesempatan, bahwa Dia akan ditangkap, dipukul dan disalibkan… dan pada hari yang ketiga Yesus bangkit dari kematian. Itu bukti yang sangat kuat. Tidak ada penjelmaan semula, tidak ada "anda akan melihat saya dalam mimpi anda." Tidak. Tiga hari setelah dikuburkan, Dia akan bangkit dari kematian.

Para Romawi tahu tentang perkara ini dan mereka menempatkan seluruh penjaga tentara untuk menjaga makam Yesus.

Bagaimanapun, tiga hari setelah disiksa dan dibunuh di kayu salib, Yesus bangkit secara fisik dari kubur. Tubuh-Nya hilang, dan hanya kain kapan kuburannya yang ada. Yesus muncul secara fizikal beberapa kali dalam 40 hari berikutnya. Inilah yang memulai iman orang Kristian. Yesus membuktikan bahwa Dia adalah segala sesuatu yang Dia tuntut… Tuhan secara manusiawi, setara dengan Tuhan Bapa.

Yesus jelas tentang ini: "Bapa tidak menghakimi sesiapa. Dia telah menyerahkan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya. Dengan demikian, semua orang menghormati Anak sebagaimana mereka Bapa. Jika sesiapa tidak menghormati Anak, ertinya dia tidak menghormati Bapa yang mengutus-Nya. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang medengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar."6

Anda mungkin bertanya, "Baiklah. Hidup kekal itu hebat. Tetapi bagaimana dengan sekarang, dalam kehidupan ini?"

Anda boleh menjalani kehidupan ini dengan mengetahui bahawa Tuhan mengasihi anda.

Setiap orang perlukan kasih. Kasih manusia itu penting. Namun setiap orang yang mengasihi anda, mengasihi anda dengan kasih yang tidak sempurna, kerana manusia adalah tidak sempurna.

Tetapi Tuhan mampu mengasihi anda dengan sempurna. Dia mengasihi kita kerana itu adalah sifat-Nya untuk mengasihi, itu tidak berubah dan tidak pernah berhenti.

Kita semua melakukan kesilapan. Kita semua gagal untuk memenuhi piawaian kita sendiri, apatah lagi piawaian Tuhan. Tetapi Tuhan tidak menerima kita berdasarkan prestasi kita. Dia menerima kita jika kita mahu percaya kepada-Nya, datang kepada-Nya, mengundang-Nya untuk menjadi Tuhan di dalam hidup kita.

Yesus menggambarkan bagaimana perhubungan kita dengan-Nya seperti ini:

"Sebagaimana Bapa mengasihi-Ku, demikian juga Aku mengasihimu. Tetaplah dalam kasih-Ku. Jika kamu menurut perintah-Ku, kamu akan tetap dalam kasih-Ku; sebagaimana AKu menurut perintah Bapa dan tetap dalam kasih-Nya. Aku berkata demikian kepadamu supaya kebahagiaan-Ku ada dalam diri-Mu dan sempurnalah kebahagiaanmu. Perintah-Ku: Kasihilah sesama sendiri, seperti Aku mengasihimu."7

Apa yang akan berlaku jika anda menerima-Nya? Apa yang akan berlaku jika anda memulakan satu perhubungan dengan Tuhan?

Semua perhubungan penting yang anda ada dalam hidup anda telah memberi kesan kepada anda, sama ada positif atau negatif. Betul? Ini benar bagi semua orang. Semakin penting hubungan itu, semakin besar kesannya.

Memang masuk akal apabila kita mengenal siapa Tuhan yang benar, ini akan membawa kita kepada satu perhubungan yang bererti dan penting dalam hidup kita. Tuhan akan memimpin anda bagaimana hidup dalam kasih dan kehendak-Nya. Anda masih membuat keputusan. Anda mengekalkan kehendak bebas anda. Dia tidak akan mengambil alih hidup anda, atau memaksa anda bertindak seperti yang Dia mahukan. Saya mendapati diri saya sangat kagum dengan kebijaksanaan-Nya, kebaikan-Nya, dan cara Tuhan memandang setiap orang dan kehidupan.

Tuhan tidak akan mengambil tandanya dari apa yang didiktekan oleh masyarakat. Tuhan, yang menciptakan alam semesta, sesungguhnya tidak memerlukan masyarakat untuk membimbing-Nya, betulkan? Saya suka itu. Saya mendapati ini sangat membebaskan.

Inilah yang Tuhan lakukan dalam hidup saya, apabila saya memulakan perhubungan dengan-Nya.

Saya pernah menjadi seorang atheis. Percaya kepada Tuhan, membaca Alkitab, mengenal Tuhan, ini adalah satu perubahan besar dalam hidup saya. Ia benar-benar satu peristiwa monumental.

Dua bulan selepas menerima Yesus masuk ke dalam hidup saya, kawan terdekat saya bertanya, "Adakah anda perasan perubahan dalam hidup anda?" Dan saya berkata, "Apa maksud anda?" Dia berkata, "sejak kebelakangan ini saya boleh berkongsi perkara dengan anda dan anda tidak membuat lawak. Anda kelihatan benar-benar mendengarkan saya."

Saya merasa malu apabila kawan saya mengatakannya. Maksud saya, ini adalah kawan terdekat saya yang memberitahu bahawa saya akhirnya bertindak seperti seorang manusia yang baik dan mendengarnya!

(Dia sangat kagum dengan apa yang dia lihat di dalam hidup saya, sehingga dia sendiripun mengambil keputusan untuk menerima Yesus masuk ke dalam hidupnya juga.)

Ini adalah apa yang saya fikir sedang berlaku dalam hidup saya.

Apabila saya memulakan perhubungan dengan Tuhan, saya menjadi sangat sedar tentang kasih-Nya kepada saya. Ini benar-benar mengejutkan saya. Semua perkara yang saya baca dalam Alkitab seperti pesan peribadi daripada Tuhan untuk saya tentang betapa Dia mengasihi saya. (Saya membesar dengan pemikiran bahawa Tuhan agak marah kepada kita kerana tidak mencapai piawaian.) Jadi ini sangat menakjubkan saya - bahawa Tuhan mengasihi kita.

Saya fikir keperluan emosi saya untuk dikasihi telah dipenuhi oleh Tuhan pada tahap yang sangat mendalam, sehingga saya menjadi seorang yang lebih stabil secara emosi. Saya mulai lebih banyak berfikir, lebih mengambil berat tentang orang lain daripada diri sendiri. Saya menjadi seorang pendengar yang lebih baik dan prihatin. Saya juga mendapati prasangka perkauman dalam diri saya juga mulai berkurangan.

Yesus berjanji kepada kita bahawa apabila kita membiarkan-Nya mengajar dan membimbing kita, Dia berkata, "Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu."8

Jika anda memulakan satu perhubungan dengan Yesus, anda akan melihat perubahan dalam sikap anda, atau harapan anda, atau cara anda memandang orang lain, atau cara anda menghabiskan masa anda. Hanya Tuhan yang tahu. Tetapi apabila anda mengenali-Nya, Dia akan memberi pengaruh dalam hidup anda. Tanyalah sesiapa yang telah mengikuti Yesus, dan mereka akan memberitahu anda bagaimana mengenali Yesus telah mempengaruhi hidup mereka.

Yesus cenderung memberi kita keinginan yang lebih besar untuk memilih cara-Nya dan bagaimana Dia melakukan ini adalah di luar jangkaan kita. Ini bukan seperti Dia memberi anda satu set perintah baru yang anda mesti patuhi. Ini bukan usaha diri anda atau anda melakukannya untuk Tuhan Yesus. Ini juga bukan satu dedikasi agama. Ini adalah satu perhubungan, persahabatan intim dengan Tuhan Yesus. Yesus yang secara peribadi membimbing anda dan mengajar anda tentang diri-Nya, tentang kehidupan. Yesus masuk ke dalam hidup kita apabila kita mengundang-Nya masuk dan mempengaruhi seluruh hidup kita (hati, jiwa dan minda).

Yesus menawarkan anda lebih banyak dalam kehidupan. Anda tahu bagaimana perhubungan, pekerjaan, sukan, hiburan...semuanya mempunyai detik-detik hebat, tetapi kepuasan itu sekejap sahaja. Kepuasan itu tidak membuat kita kenyang. Tidak ada apa-apa di dunia ini yang pernah membuat kita kenyang.

Kita sentiasa lapar untuk sesuatu yang bersifat kekal, yang boleh dipercayai. Yesus berkata kepada mereka, “Akulah roti hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi."9 Yesus mengakhiri kenyataan-Nya dengan, “…Aku tidak akan menolak seorangpun yang datang kepada-Ku.”9

Selama bertahun-tahun saya mencari falsafah hidup yang boleh dipraktikkan dalam semua situasi kehidupan. Apabila saya mengenali Yesus, pencarian saya berakhir dan saya mendapati Yesus boleh dipercayai.

Perhubungan anda dengan Yesus tidak sama dengan perhubungan-Nya dengan orang lain. Anda adalah seorang individu dengan pengalaman, pemikiran, minat, impian, dan keperluan yang unik. Bacalah Injil dan anda akan melihat Yesus berhubungan dengan setiap individu…sebagai seorang individu.

Pada ketika ini saya bimbang yang saya hanya menunjukkan sisi baik tentang mengenal Tuhan kepada anda.

Hubungan dengan Tuhan bukan jaminan bahawa anda akan terlindung dari perkara-perkara yang sangat sukar dalam hidup. Anda mungkin menghadapi tekanan kewangan, penyakit serius, kemalangan, gempa bumi, kekecewaan dalam perhubungan dan sebagainya.

Tiada persoalan bahawa terdapat penderitaan dalam hidup ini. Anda boleh menghadapinya sendiri. Atau anda boleh yakin dengan kasih Tuhan, kehadiran-Nya dan keintiman-Nya, di tengah-tengah semua penderitaan itu.

Berikut adalah satu lagi amaran. Dia mungkin akan memimpin anda ke dalam beberapa kerjaya yang sangat mencabar, dengan pengorbanan peribadi, untuk menjaga orang lain.

Kebanyakan murid-murid Yesus (dan ramai pengikut Yesus hari ini) telah melalui penderitaan yang luar biasa. Sebagai contoh, Paulus sering ditangkap, dipukul dengan tongkat dan dicambuk berkali-kali. Pernah sekali dia hampir dibunuh oleh sekumpulan orang yang marah. Dia beberapa kali mengalami kapal karam, berhari-hari tanpa makanan, dan sering melarikan diri untuk menyelamatkan nyawanya.

Jelas sekali, pengikut Yesus tidak menjalani kehidupan yang mudah. Namun Paulus, dan orang-orang percaya yang lain, tetap yakin dengan kasih Tuhan kepada mereka.

Paulus menulis, "Tidak! Dalam semua hal ini kita lebih daripada penakluk melalui Dia yang mengasihi kita. Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apapun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang di dalam Kristus Yesus. Tuhan kita."10

Anda tidak merancang jalan hidup anda. Jika anda seorang gay, lesbian, biseksual, transgender, atau mempersoalkan seksualiti anda…jika anda membiarkan-Nya, Yesus akan membimbing hidup anda. Dan ia lebih besar daripada apa yang anda boleh bayangkan. Yesus berkata, "Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup."11

Anda boleh memulakan perhubungan dengan Tuhan sekarang juga dengan cara ini.

Apa pun yang telah anda lakukan dalam hidup, Yesus menawarkan pengampunan penuh kepada anda. Dosa kita tidak sekadar diabaikan. Ia telah dibayar, oleh Yesus di kayu salib, mengorbankan diri-Nya untuk kita.

Pernahkah anda mempunyai seseorang yang berkorban untuk anda? Inilah yang Yesus lakukan dengan tahap yang tertinggi. Dia sangat mengasihi anda. Yesus memberi anda satu tawaran untuk masuk ke dalam hati anda dan membina satu perhubungan dengan anda.

Adakah anda ingin mengenali Tuhan? Jika anda belum melakukannya, saya mendorong anda untuk membiarkan Dia masuk ke dalam hidup anda. Dia berkata bahawa INILAH perhubungan yang memuaskan kita. Kita tidak pernah lahir ke dunia dan menjalani hidup ini tanpa-Nya.

Anda boleh bercakap dengan-Nya menggunakan apa saja kata-kata yang anda mahu. Jika anda memerlukan bantuan, inilah yang anda boleh katakan:

"Tuhan Yesus, saya percaya kepada-Mu. Ampunkan saya untuk semua cara saya yang salah. Terima kasih kerana mati untuk dosa saya dan menawarkan satu perhubungan dengan-Mu. Saya mahu Engkau menjadi Tuhan dalam hidup saya, saya mahu mengenali Engkau, mengalami kasih-Mu, dan sekarang, saya minta Engkau memimpin hidup saya. Amin".

 Saya baru sahaja menerima Yesus dalam hidup saya (maklumat berguna berikut)…
 Bagaimana memulakan hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Matius 11:28-29 (2) Yohanes 1:16,17 (3) Yohanes 3:16-18 (4) Yohanes 1:11,12 (5) Yohanes 5:18 (6) Yohanes 5:22-24 (7) Yohanes 15:9-12 (8) Yohanes 8:32 (9) Yohanes 6:35,37 (10) Roma 8:37-39 (11) Yohanes 8:12


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email