×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Hubungan

Bagaimana untuk Mengatasi Kebencian Diri

Kita yang mengenali diri kita dengan baik sering kali amat kecewa dengan diri sendiri. Dengan inilah anda boleh melepaskan diri daripada merasakan kurang harga diri…

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Oleh A. Lee

Pernahkah Anda Benci Dengan Siapakah Diri Anda?

Ia adalah perkara yang menakutkan untuk menyedari bahawa anda bukanlah seorang yang anda inginkan atau idamkan. Begitu menakutkan, sehingga ramai daripada kita tidak pernah mengungkapkannya. "Saya tidak suka pada diri saya, saya tidak suka siapa diri saya," adalah perkara yang menakutkan untuk diungkapkan.

Kita merasakannya terlebih dahulu sebelum kita mengeluarkannya. Perasaan benci pada diri yang begitu banyak antara kita alami sering kali tinggal di tempat-tempat yang kita sembunyikan dari diri kita sendiri dan orang lain.

Mungkin anda pernah mengalami peristiwa hancur berkecai, peristiwa runtuh secara peribadi, hari-hari di mana anda merasa benci pada diri anda dan hidup anda sehingga anda tidak mahu bangun dari katil.

Anda pernah mengalami rasa bersalah secara peribadi yang teruk mengenai cara-cara anda gagal melakukan apa yang anda tahu anda sepatutnya lakukan, atau terhadap orang-orang yang anda telah berbuat salah.

Mungkin anda pernah merasa malu yang begitu besar atas perkara-perkara yang dilakukan kepada anda oleh orang lain yang sebenarnya bukan salah anda.

Benj Pasek dan Justin Paul menulis lirik lagu yang hampir sempurna meringkaskan ketakutan dan keadaan tidak boleh bergerak yang benci pada diri sendiri boleh ciptakan, "Apa jika semua orang melihat? Apa jika semua orang tahu? Adakah mereka suka dengan apa yang mereka lihat, atau mereka juga membenci?"

Kita sering merasakan bahawa kita tidak layak untuk dikasihi kerana perkara-perkara yang secara dalaman menjadi sebahagian daripada kita. Kita percaya bahawa jika sesiapa melihat kita sebenarnya, tidak ada cara kita akan dikasihi. "Anda tidak dikasihi atau boleh dikasihi," adalah sesuatu yang bermain ulang dalam minda kita.

Jika anda seperti saya, anda sering mencari cara untuk melarikan diri, mengabaikan atau mendiamkan kata hati ini untuk sementara dengan menyembunyikannya di tempat yang dalam, enggan mengakui kewujudannya. Dan kadang-kadang, tembok itu pecah dalam penuh kebencian diri yang tidak dapat kita abaikan lagi.

Percubaan Gagal untuk Mencintai Diri Sendiri

Di manakah bantuan untuk menangani perasaan ini? Bagaimana saya boleh mencintai diri saya? Apakah jalan penyelesaian bagi kebencian diri saya?

Luka-luka yang saya alami disebabkan orang lain bukanlah salah saya, tetapi ia adalah nyata. Dan pilihan-pilihan yang saya buat, cara-cara saya menyakiti orang lain - itu juga nyata.

Sangat sukar untuk mematikan suara yang mengatakan, "Anda tidak boleh dikasihi," kerana di dalam hati, saya merasa suara itu sekurang-kurangnya sedikit betul.

Itulah sebabnya kata-kata hikmat seperti, "Cintailah diri anda seperti mana anda sekarang," atau, "Jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa anda perlu berubah," sentiasa kelihatan terlalu mudah dan tidak membantu bagi saya.

Saya masih tahu bahawa saya sering meledak dalam kemarahan terhadap orang-orang yang saya cintai. Saya tahu bahawa saya menyakiti orang dengan kata-kata saya dengan sengaja. Saya tahu bahawa saya benar-benar bermusuhan terhadap orang-orang yang tidak bersetuju dengan saya. Saya tahu saya memilih untuk menjadi sombong.

Diberitahu bahawa tidak ada yang salah dengan saya adalah keselesaan yang basi dan tidak memuaskan.

Jadi, untuk diberitahu bahawa saya sepatutnya mencintai diri saya kerana saya tidak perlu merasa bersalah tentang apa-apa yang telah saya lakukan adalah tidak bermakna. Untuk menghiburkan diri dengan mengatakan, "Saya sebenarnya seorang yang baik," mengabaikan pengalaman saya sendiri tentang diri saya.

Untuk memastikan mencintai diri sendiri merupakan sesuatu yang berkekalan, saya tidak perlu meyakinkan diri bahawa saya dikasihi kerana tiada yang salah dengan diri saya. Sebaliknya, saya perlu tahu bahawa ada sesuatu yang sangat tidak betul dengan saya, dan saya dikasihi di tengah-tengahnya.

Dan itu perlu menjadi kasih yang sebenar dan sejati.

Pengalaman telah mengajar kita bahawa kasih sayang terhadap orang lain boleh mengecewakan kita, menjatuhkan kita ke dalam kebencian diri yang lebih mendalam. Tidak cukup untuk dikasihi sebahagian sahaja atau untuk sesaat - saya perlu dikasihi sepenuhnya, dan untuk selama-lamanya.

Saya telah menemukan hanya ada satu yang begitu dapat diandalkan, yang mengenali saya dengan baik dan dapat mencintai saya dengan sempurna seperti itu. Dan itulah Dia yang menciptakan saya. KasihNya benar-benar dapat dirasai dan sangat nyata.

Inilah apa yang Tuhan katakan: "Aku telah mencintai kamu dengan kasih yang kekal."1

Tuhan yang menciptakan kita dan mengetahui segalanya tentang kita, juga mengasihi kita dengan paling tulus dan tanpa syarat.

Bagaimana Rasanya Untuk Diketahui

Ya TUHAN, Engkau telah menelitiku dan mengenalku.
Engkau mengenal dudukku dan berdiriku;
Engkau memahami fikiranku dari jauh.
Engkau meneliti jalanku dan baringku;
serta mengerti semua caraku.
Sebelum ada sepatah kata di lidahku, ya TUHAN,
Engkau telah mengetahui seluruhnya.2

Untuk sepenuhnya menerima diri Anda, untuk dibebaskan dari rasa malu, untuk merasa menghormati diri yang kukuh memerlukan lebih dari sekadar pandangan baru tentang diri Anda. Ia memerlukan diri yang baru.

Hubungan dengan Tuhan, mengalami kasihNya, membawa kita ke dalam diri yang baru. Kita mulai melihat kehidupan dari sudut pandangNya, dipandu oleh kebenaranNya, dan itu membebaskan. Ini adalah hubungan yang paling penting yang dapat dimiliki oleh seseorang.

Untuk menggambarkan kasihNya yang tanpa syarat, Yesus menceritakan kisah ini.

Apa yang Bapa Lakukan

Yesus berkata seterusnya: “Ada seorang yang mempunyai dua orang anak lelaki. Anak bongsu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, berilah aku sekarang bahagian harta yang akan menjadi pusakaku.’ Lalu bapa itu membahagikan hartanya kepada kedua-dua anaknya itu.

“Tidak lama kemudian, yang bongsu itu menjual hartanya dan merantau ke negeri yang jauh. Di situ dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya. Setelah dia menghabiskan kesemua wangnya, suatu kebuluran yang teruk berlaku di negeri itu dan dia dalam keadaan serba kekurangan. Dia pergi bekerja dengan seorang penduduk negeri itu dan disuruh menjaga babi di ladangnya. Dia ingin mengisi perutnya dengan sekam kacang yang dimakan oleh babi tetapi tiada seorang pun yang memberikan apa-apa kepadanya.

“Akhirnya, dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji bapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan! Aku hendak kembali kepada bapaku, dan aku akan berkata kepadanya: Ayah, aku telah berbuat dosa kepada syurga dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah aku ini sebagai salah seorang gaji ayah.’

Dia pun kembali kepada bapanya.

Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia. Hatinya penuh dengan belas kasihan dan dia berlari menemuinya. Bapanya memeluk dan menciumnya.

Anak itu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, aku telah berbuat dosa kepada syurga dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut anak ayah.’”3

Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, ‘Segeralah ambil pakaian yang terbaik dan pakaikanlah kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin pada jarinya dan pakaikan kasut pada kakinya. Pilihlah dan sembelihlah anak lembu yang tambun, dan marilah kita mengadakan jamuan dan bersuka ria; kerana anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali.’ Lalu mereka mula bersuka ria.

Yesus memberitahu kisah ini untuk menunjukkan bahawa sebagai Tuhan, Dia menyambut kedatangan sesiapa yang datang kepada-Nya. Sementara kita bergelut dengan percubaan untuk memperbaiki diri sendiri, Dia menawarkan pendekatan yang berbeza.

Yesus seringkali berkata, “Datanglah kepadaKu.” “Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang.”4

Kita Boleh Diterima, Seperti Mana Kita Sekarang

Yesus tahu bagaimana kita kadang-kadang berharap untuk menjadi "kita" yang berbeza. Dia boleh mengubah pandangan kita dari dalam, membenarkan kita melihat kehidupan dari sudut pandang-Nya yang membawa kita kepada kebebasan. Yesus berkata,”Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.”5

Ini bukan berdasarkan kebaikan diri kita atau kelayakan untuk mempunyai hubungan dengan Tuhan. Dia mencintai dan menerima kita sebagaimana kita seadanya, walaupun dengan kecacatan kita, walaupun dengan dosa kita. Walaupun begitu, dosa tidak boleh dianggap remeh.

Apabila orang berdosa kepada kita ataupun kita berdosa kepada mereka, kesakitan pasti akan berlaku. Tindakan salah seperti penderaan, kata-kata penuh kebencian, kekerasan, keserakahan, kesombongan, dan pengabaian menyebabkan kesakitan emosi dan psikologi kepada orang yang teraniaya.

Semua ini juga memberi kesan kepada hati Tuhan. Ini adalah penghinaan terhadap kesucian-Nya, kasih-Nya kepada semua orang.

Yesus melangkah sebagai Penyelamat kita. Dia membayar dosa kita, untuk kita. Yesus mengambil dosa-dosa kita ke atas diri-Nya dan membayar untuk dosa-dosa itu, mati dengan kematian yang menderita, tubuh-Nya dipaku ke atas kayu salib. Kemudian Dia bangkit dari mati secara fizikal tiga hari kemudian, seperti yang Dia janjikan. Sekarang Dia menawarkan kita pengampunan sepenuhnya dan hubungan kekal dengan-Nya.

Dalam pembalikan mengejutkan dari yang kita mungkin jangkakan, bukannya kita yang tetap setia kepada Tuhan, tetapi setelah kita memulakan hubungan dengan Tuhan, Dia tetap setia kepada kita. Yesus berkata, “Semua yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak seorang pun yang datang kepada-Ku.”6

Apa Yang Dia Lakukan dalam Kehidupan Kita

Dia membawa kita keluar dari kebencian diri dan rendah diri dengan menunjukkan kepada kita jalan yang lain.

Bukan hanya menyuruh saya untuk melupakan kelemahan sebenar saya, Dia membuat saya melihat mereka melalui mata-Nya. Dia mengajak saya untuk memahami kesan mereka terhadap orang lain. Secara luaran , mungkin kedengarannya ini akan membawa saya kepada kebencian diri yang lebih mendalam. Tetapi tidak.

Saya hanya boleh berharap untuk mencintai diri saya dalam keselamatan kasih dari seseorang yang melihat segala keburukan saya dan tetap mencintai saya. Yesus memberi saya keselamatan itu.

Tetapi juga, Dia mahu kehidupan saya menjadi lebih baik. Jika kita tidak peduli tentang seseorang, kita tidak akan peduli untuk membantu mereka berhenti membuat pilihan yang merosakkan mereka. Tetapi Yesus, seperti sahabat terbaik yang kita boleh bayangkan, tidak akan biarkan saya tetap sebagaimana cara saya sekarang. Dalam kebanyakan waktu, Dia dengan lembut meminta saya mengakui kesalahan saya dan kemudian Dia membimbing saya denga cara yang lebih baik.

Saya menemui kebebasan dalam kasih-Nya. Pertempuran dengan rendah diri telah menghilang. Rasa rendah diri telah terputus.

Yesus, yang melihat kita dan mengenal kita sepenuhnya, menerima kita sepenuhnya walaupun dengan kelemahan kita. Kasih-Nya yang kukuh mengembalikan harga diri kita, rasa identiti yang bernilai. Hanya Tuhan, yang sempurna, boleh mencintai kita dengan sebaik-baiknya seperti ini.

Adakah anda ingin mempunyai hubungan dengan Tuhan? Adakah anda mahu dibimbing oleh-Nya, mengenal kasih-Nya yang tidak bersyarat dan mula melihat kehidupan anda dengan betul dari sudut pandang Dia yang mencipta anda? Secara ringkas, adakah anda mahu Tuhan dalam hidup anda? Jika ya, berikut ini menerangkan bagaimana.

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Yeremia 31:3 (2) Mazmur 139:1-4 (3) Lukas 15:12-24 (4) Matius 11:28,29 (5) Yohanes 8:32 (6) Yohanes 6:37


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email