Oleh Marilyn Adamson
Pernahkah anda mengenali seseorang yang sungguh mempercayai Tuhan?
Ketika saya masih menjadi seorang ateis, saya memiliki seorang sahabat baik yang sering berdoa. Setiap minggu, dia akan bercerita kepada saya tentang perkara yang dia percayakan kepada Tuhan akan mengurusnya.
Setiap minggu pula, saya akan melihat Tuhan melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menjawab doanya. Tahukah anda betapa sukarnya bagi seorang ateis untuk mengamati hal ini minggu demi minggu? Setelah beberapa waktu, "kebetulan" mula terdengar seperti hujah yang sangat lemah.
Jadi mengapa Tuhan menjawab doa sahabat saya?
Alasan utamanya adalah kerana dia mempunyai hubungan dengan Tuhan. Dia ingin mengikut Tuhan dan dia benar-benar mendengarkan apa yang Tuhan katakan. Dalam pemikirannya, Tuhan berhak untuk mengarah dia dalam kehidupannya, dan dia dengan senang hati menerima hal itu!
Ketika dia berdoa untuk sesuatu, itu adalah bahagian biasa hubungannya dengan Tuhan. Dia merasa sangat selesa datang kepada Tuhan dengan segala keperluannya, kekhuatirannya dan apa sahaja masalah yang sedang dihadapinya dalam hidup. Selain itu, dia yakin daripada apa yang dibacanya dalam Alkitab, bahwa Tuhan menginginkan dia untuk bergantung kepada-Nya sedemikian.
Alkitab berkata, "Kita dapat menghadap Tuhan dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya.1 "Kerana mata Tuhan tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar doa mereka, tetapi wajah Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat.”2
Hal itu mungkin kerana mereka tidak memiliki hubungan dengan Tuhan. Mereka mungkin tahu bahwa Tuhan wujud, dan mereka mungkin juga menyembah Tuhan dari masa ke masa. Tetapi mereka yang kelihatannya tidak pernah mendapatkan jawapan atas doa mereka mungkin tidak memiliki hubungan yang benar dengan-Nya.
Selanjutnya, mereka belum menerima pengampunan sepenuhnya dari Tuhan atas dosa-dosa mereka. Apa hubungannya dengan itu, anda bertanya? Ini adalah penjelasannya. “Sesungguhnya, tangan TUHAN tidak kurang berkuasa untuk menyelamatkan, dan pendengaran-Nya tidak tumpul untuk mendengar. Tetapi kesalahanmu telah menjadi pemisah antara kamu dengan Tuhanmu, dan dosa-dosamu membuat Dia menyembunyikan diri daripadamu sehingga Dia tidak mendengar.”3
Mungkin anda pernah merasai pemisahan daripada Tuhan?
Apabila seseorang ingin meminta sesuatu daripada Tuhan, apa yang sering berlaku? Mereka bermula dengan, "Tuhan, saya sangat memerlukan pertolongan-Mu dalam masalah ini…" Kemudian berhenti seketika dan bermula semula… "Saya sedar bahawa saya bukanlah orang yang sempurna, bahawa sebenarnya saya tidak mempunyai hak untuk meminta hal ini daripada-Mu…" Terdapat kesedaran akan dosa peribadi dan kegagalan. Orang tersebut juga tahu bahawa Tuhan juga sedar akan hal itu. Terdapat perasaan seperti, "Adakah saya sedang bergurau?"
Apa yang mereka mungkin tidak tahu adalah bagaimana mereka boleh menerima pengampunan Tuhan untuk segala dosa mereka. Mereka mungkin tidak tahu bahawa mereka boleh mengadakan hubungan dengan Tuhan agar Tuhan akan mendengarkan mereka. Inilah asas kepada Tuhan menjawab doa anda.
Anda harus memulakan hubungan dengan Tuhan dahulu. Inilah sebabnya:
Andaikan bahawa Joe sedang berjalan di jalan bandar dan mengenali seorang presiden syarikat datang dari arah yang lain. Joe tidak pernah berjumpa dengan presiden ini, tetapi Joe memutuskan untuk dengan sopan meminta presiden ini untuk menandatangani pinjaman kereta untuknya.
Walaupun presiden itu mungkin seorang yang baik, tetapi beliau tidak mungkin akan menambahkan namanya ke dalam pinjaman kereta itu. Tetapi, jika anak perempuan presiden tersebut yang meminta ayahnya untuk menandatangani pinjaman kereta untuknya, itu tentu tidak menjadi masalah. Hubungan itu penting.
Bagi setiap orang yang telah memilih untuk menjadi anak Tuhan, Tuhan mengenal mereka dan mendengarkan doa mereka.
Yesus berkata, “Akulah gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal Aku… Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku.”4
Maka persoalannya adalah, adakah anda benar-benar mengenal Tuhan dan adakah Dia mengenal anda? Adakah anda mempunyai hubungan dengannya yang membenarkan Tuhan menjawab doa-doa anda?
Jika tidak, teruskan membaca dan anda akan melihat betapa mudahnya untuk memulakan hubungan dengan Tuhan.
Yesus nampaknya sangat bermurah hati dengan tawarannya: "Sekiranya kamu tetap di dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap di dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan."5 Yesus sedang memberitahukan kepada kita apa yang diperlukan.
Untuk "tetap" di dalam-Nya dan membenarkan perkataan-perkataan-Nya tetap di dalam mereka bermaksud bergantung kepada-Nya, mendengar apa yang dikatakan-Nya. Mereka boleh meminta apa saja kepada-Nya apa yang mereka mahukan.
Ini adalah satu lagi syarat: “Kita dapat menghadap Tuhan dengan keyakinan bahawa Dia mengabulkan segala doa kita yang selaras dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia sentiasa mendengar permohonan kita ke hadirat-Nya. Kita tahu juga bahawa Dia mengurniakan apa yang kita minta daripada-Nya."6
Di mana kita tersilap menganggap bahawa kita tahu kehendak Tuhan, kerana sesuatu perkara tertentu yang masuk akal bagi kita! Kita menganggap bahawa hanya ada satu "jawapan" yang betul untuk satu doa tertentu, dengan beranggapan bahawa pasti ITU yang menjadi kehendak Tuhan.
Walau bagaimanapun, kita hanyalah manusia biasa, dengan kejahilan dan pengetahuan yang terhad akan masa hadapan. Kita hanya mempunyai maklumat separa tentang sesuatu situasi dan implikasinya. Tuhan tidak mempunyai had-had tersebut. Lagi pula, kasih-Nya kepada kita tidak berkesudahan.
Boleh diisi muka surat dan muka surat tentang niat Tuhan terhadap kita. Berikut hanya beberapa contoh:
"Itulah sebabnya TUHAN menanti-nantikan saat untuk mengasihani kamu, itulah sebabnya Dia bangkit untuk menyayangi kamu,kerana TUHAN sememangnya Tuhan yang adil. Berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia!"7 Adakah anda dapat menangkapnya?
"Dia bangkit untuk menunjukkan belas kasihan kepadamu" seperti seseorang yang bangun dari kerusinya untuk datang menolong anda.
"Jalan Tuhan itu sempurna; … Dialah perisai pelindung semua yang bernaung kepada-Nya."8 “TUHAN meredai mereka yang takut kepada-Nya, mereka yang berharapkan kasih setia-Nya."9
Tentu saja orang boleh sakit, bahkan mati; masalah kewangan adalah nyata, dan segala macam situasi yang sangat sukar boleh muncul. Kemudian bagaimana?
Tuhan memberitahu kepada kita untuk menyerahkan kerunsingan kita kepada-Nya. Bahkan ketika situasi terlihat suram, “Serahkan segala kerunsinganmu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentangmu.”10
Keadaan mungkin kelihatan tidak terkawal, namun tidak sedemikian. Apabila seluruh dunia seolah-olah sedang berkecai, Tuhan dapat memulihkan kita kembali. "Tuhan ada berhampiran. Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Tuhan. Dan sejahtera Tuhan yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.”11
Tuhan mungkin memberikan penyelesaian, solusi kepada masalah yang jauh melampaui apa yang anda bayangkan mungkin. Mungkin setiap orang Kristian dapat menyenaraikan contoh-contoh seperti ini dalam kehidupan mereka sendiri.
Tetapi apabila keadaan belum membaik, Tuhan masih boleh memberikan kita damai-Nya di tengah-tengah semua itu, hanya kerana kita telah belajar bahawa Tuhan dapat dipercayai.
Yesus berkata, "Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Janganlah resah hatimu dan janganlah takut.”12
Tuhan meminta kita untuk percaya kepada karakter-Nya dan kasih-Nya kepada kita. Dia berkata, "Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal,sebab itu Aku menuntun engkau dengan kasih abadi.”13 “Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku;curahkan isi hatimu di hadirat-Nya, Tuhan Pelindung kita.”14
Dua Doa yang Tuhan Sentiasa Jawab
Ada dua doa yang Tuhan akan sentiasa dengar dan jawab. Dan mereka saling berkaitan. Iaitu:
Tidak kira dosa apa yang pernah anda lakukan dalam hidup ini. Tidak ada batasan untuk apa yang Tuhan sedia untuk mengampuni.
Alkitab adalah jelas: “Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. Tuhan mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan.”15
Yesus telah sepenuhnya membayar dosa-dosa anda dengan mati di kayu salib untuk dosa-dosa itu. Dia dipukul dan disiksa. Tubuh-Nya dipaku ke kayu salib, dan kemudian salib itu didirikan di mana Yesus digantung sampai mati.
Dia dikuburkan dan tiga hari kemudian, Yesus bangkit secara fizikal bangkit dari antara orang mati, sebagaimana yang Dia katakan, membuktikan keilahian-Nya.
Mengapa Dia melewati semua itu? Dia melakukan ini kerana kasih. Dia membayar dosa-dosa seluruh dunia.
Dia menawarkan kepada setiap orang pengampunan yang lengkap dan kekal. Yang perlu anda lakukan hanyalah percaya kepada Yesus dan memulakan hubungan dengan-Nya.
Dia tidak hanya ingin mengampuni anda. Dia ingin anda mengenal-Nya sekarang, dalam kehidupan ini, bergantung kepada-Nya, dipimpin oleh-Nya, dan mengalami kasih-Nya untuk anda.
Yesus berkata, “Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah"16
Yesus juga ingin memberikan anda hidup kekal. Dengan memulakan hubungan dengan-Nya sekarang, ia adalah hubungan yang kekal. Dia tidakakan pernah meninggalkan anda.
Adakah anda ingin Tuhan mengampuni anda? Adakah anda ingin hubungan yang sebenar dengan Tuhan yang akan kekal selamanya? Maka ini adalah peluang anda untuk percaya kepada-Nya dan menerima-Nya ke dalam hidup anda.
Sekali lagi, Dia berkata, “Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal."17
Yesus berkata, “Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku”18
Anda boleh meminta Yesus masuk ke dalam hidup anda sekarang. Anda boleh menggunakan kata-kata anda sendiri, atau ini adalah doa cadangan:
“Yesus, Engkau tahu segala sesuatu tentang hidupku. Terima kasih telah mati di kayu salib untukku. Ampunilah dosa-dosaku sekarang dan masuklah ke dalam kehidupanku. Aku ingin mengenal Engkau dan belajar mengikuti-Mu. Terima kasih telah memberikanku sebuah hubungan yang kekal dengan Engkau. Amin.”
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) 1 Yohanes 5:14 (2) 1 Petrus 3:12 (3) Yesaya 59:1,2 (4) Yohanes 10:14,27-28 (5) Yohanes 15:7 (6) 1 Yohanes 5:14,15 (7) Yesaya 30:18 (8) Mazmur 18:30 (9) Mazmur 147:11 (10) 1 Petrus 5:7 (11) Filipi 4:5-7 (12) Yohanes 14:27 (13) Jeremiah 31:3 (rsv) (14) Mazmur 62:8 (15) Yohanes 3:16,17 (16) Yohanes 10:10 (17) Yohanes 3:16 AVB (18) Wahyu 3:20