Alkitab ditulis dalam jangka masa 1500 tahun, oleh 40 penulis. Tidak seperti tulisan-tulisan agama lain, Alkitab dibaca sebagai laporan berita fakta tentang peristiwa sebenar, tempat, orang dan dialog. Para sejarawan dan ahli arkeologi telah berulang kali mengesahkan kesahihannya.
Dengan menggunakan gaya penulisan dan personaliti para penulis, Tuhan menunjukkan siapa Dia dan bagaimana rasanya mengenal-Nya.
Terdapat satu mesej utama yang konsisten dibawa oleh semua 40 penulis Alkitab: Tuhan, yang menciptakan kita semua, menginginkan hubungan dengan kita. Dia memanggil kita untuk mengenal-Nya dan percaya kepada-Nya.
Alkitab tidak hanya memberi inspirasi kepada kita, tetapi menerangkan tentang kehidupan dan Tuhankepada kita. Ia tidak menjawab semua pertanyaan yang mungkin kita ada, tetapi mencukupi sebahagian daripadanya.. Alkitab menunjukkan kepada kita bagaimana hidup dengan bertujuan dan berbelas kasihan. Bagaimana berhubungan dengan sesama. Ini mendorong kita untuk bergantung kepada Tuhan untuk kekuatan, hala tuju dan menikmati kasih-Nya kepada kita. Alkitab juga memberitahu kita bagaimana kita dapat memiliki hidup kekal.
Beberapa kategori bukti menyokong ketepatan sejarah Alkitab serta tuntutannya sebagai karya ilahi. Berikut beberapa alasan mengapa anda boleh percaya kepada Alkitab.
Ahli arkeologi secara konsisten telah menemukan nama-nama pegawai kerajaan, raja, kota dan perayaan yang disebutkan dalam Alkitab — kadang-kadang ketika sejarawan tidak fikir orang atau tempat tersebut (wujud. Sebagai contoh, Injil Yohanes menceritakan Yesus menyembuhkan seorang lumpuh di tepi Kolam Betesda. Teks tersebut bahkan menggambarkan lima portik jalur yang mengarah ke kolam tersebut. Para cendekiawan tidak fikir kolam itu wujud, sehingga ahli arkeologi menemukannya di empat puluh kaki di bawah tanah, lengkap dengan lima portik.1
Alkitab mengandungi banyak butir-butir sejarah yang besar, oleh itu tidak semua yang disebutkan di dalamnya telah ditemui melalui arkeologi. Namun, tidak ada satu pun penemuan arkeologi yang bertentangan dengan apa yang dicatat dalam Alkitab.2
Sebagai perbandingan, wartawan berita Lee Strobel memberi komen mengenai Kitab Mormon: "Arkeologi berulang kali gagal untuk mengesahkan tuntutannya tentang peristiwa yang kononnya berlaku lama dahulu di Amerika. Saya ingat pernah menulis kepada Institut Smithsonian untuk menanyakan tentang apakah ada bukti yang menyokong tuntutan Mormonisme, hanya untuk diberitahu dengan jelas bahwa arkeologinya tidak melihat 'hubungan langsung antara arkeologi Dunia Baru dan subjek buku itu.'" Ahli arkeologi tidak pernah menemui kota-kota, individu, nama, atau tempat-tempat yang disebutkan dalam Kitab Mormon.3
Banyak lokasi kuno yang disebut oleh Lukas dalam Kitab Kisah Para Rasul di Perjanjian Baru telah dikenalpasti melalui arkeologi. "Secara keseluruhan, Lukas menyebut tiga puluh dua negara, lima puluh empat kota, dan sembilan pulau tanpa sebarang kesalahan."4
Arkeologi juga telah menolak banyak teori yang tidak beralasan tentang Alkitab. Sebagai contoh, satu teori yang masih diajar di beberapa kolej hari ini mengatakan bahwa Musa tidak mungkin menulis Pentateukh (lima kitab pertama dalam Alkitab), karena penulisan belum ditemukan pada zaman-Nya. Kemudian arkeolog menemukan Stele Hitam. "Pada stele itu terdapat huruf-huruf berbentuk kuneiform dan berisi hukum-hukum rinci Hammurabi. Apakah itu setelah Musa? Tidak! Itu sebelum Musa; bukan hanya itu, tetapi itu sebelum Abraham (2,000 SM). Itu mendahului tulisan-tulisan Musa setidaknya tiga abad."5
Arkeologi secara konsisten mengesahkan ketepatan sejarah Alkitab.
Click di sini untuk melihat carta yang menyenaraikan beberapa penemuan arkeologi utama.
Senarai beberapa penemuan arkeologi utama…
PENEMUAN ARKEOLOGI | KEPENTINGAN |
Tablet Mari | Lebih dari 20,000 tablet cuneiform yang berasal dari zaman Abraham menjelaskan banyak tradisi patriarkal dalam Kejadian. |
Tablet Ebla | Lebih dari 20,000 tablet yang mengandungi banyak undang-undang yang serupa dengan kod undang-undang Deuteronomi. Lima kota di dataran dalam Kejadian 14 (Sodom, Gomora, Adma, Zeboiim, dan Zoar) yang sebelumnya dianggap fiksyen dikenal pasti. |
Tablet Nuzi | Mereka merinci adat istiadat abad ke-14 dan ke-15 yang sejajar dengan kisah-kisah patriarkal seperti hamba yang melahirkan anak untuk isteri yang mandul. |
Black Stele | Membuktikan bahawa tulisan dan undang-undang bertulis wujud tiga abad sebelum undang-undang Musa. |
Dinding Kuil di Karnak, Mesir | Menandakan rujukan abad ke-10 SM kepada Abraham. |
Undang-undang Eshnunna (ca. 1950 SM); Kod Lipit-Ishtar (ca. 1860 SM); Undang-undang Hammurabi (ca. 1700 SM) | Menunjukkan bahawa kod undang-undang dalam Pentateukh tidak terlalu canggih untuk tempoh tersebut. |
Tablet Ras Shamra | Memberikan maklumat tentang puisi Ibrani. |
Surat-surat Lachish | Menggambarkan serangan Nebukadnezar ke atas Yehuda dan memberikan wawasan tentang masa Yeremia. |
Meterai Gedaliah | Merujuk kepada Gedaliah yang disebut dalam 2 Raja-raja 25:22. |
Silinder Cyrus | Mengesahkan penerangan alkitabiah mengenai dekri Cyrus untuk membenarkan orang Yahudi membina semula kuil di Yerusalem (lihat 2 Tawarikh 36:23; Ezra 1:2-4). |
Batu Moab | Memberikan maklumat tentang Omri, raja keenam Israel. |
Obelisk Hitam Shalmaneser III | Menggambarkan bagaimana Yehu, raja Israel, terpaksa tunduk kepada raja Asyur. |
Prisma Taylor | Mengandungi teks Asyur yang merinci serangan Sennacherib ke atas Yerusalem semasa zaman Hizkia, raja Israel. |
DAKWAAN LAMPAU OLEH PENGKRITIK | DIJAWAB OLEH ARKEOLOGI |
Musa tidak mungkin menulis Pentateukh kerana dia hidup sebelum penemuan tulisan. | Tulisan wujud berabad-abad sebelum Musa. |
Kota asal Abraham, Ur, tidak wujud. | Ur telah ditemui. Salah satu tiangnya mempunyai tulisan "Abram." |
Kota yang dibina dari batu padat yang disebut "Petra" tidak wujud. | Petra telah ditemui. |
Kisah kejatuhan Yerikho adalah mitos. Kota itu tidak pernah wujud. | Kota itu ditemui dan digali. Didapati bahawa dinding-dindingnya runtuh dengan cara yang tepat seperti yang diterangkan dalam naratif alkitabiah. |
"Orang Het" tidak wujud. | Ratusan rujukan kepada tamadun Het yang menakjubkan telah ditemui. Malah, seseorang boleh mendapatkan doktorat dalam kajian Het di Universiti Chicago. |
Belsyazar bukan raja sebenar Babel; dia tidak ditemui dalam rekod. | Tablet Babilonia menerangkan pemerintahan raja bersama ini dan anak kepada Nabonidus. |
Sesetengah orang berpendapat bahawa Alkitab telah diterjemahkan "begitu banyak kali" sehingga ia rosak di peringkat penterjemahan. Ini mungkin benar jika terjemahan dibuat dari terjemahan lain. Tetapi terjemahan sebenarnya dibuat secara langsung dari teks sumber asli Bahasa Yunani, Ibrani , dan Aramaik berdasarkan ribuan manuskrip kuno.
Ketepatan Kitab Perjanjian Lama hari ini disahkan pada tahun 1947 apabila ahli arkeologi menemui "Skrol Laut Mati" di sepanjang Tebing Barat Israel hari ini. "Skrol Laut Mati" mengandungi skrip Kitab Perjanjian Lama yang berusia 1,000 tahun lebih tua daripada mana-mana manuskrip yang kita ada. Apabila dibandingkan manuskrip yang ada dengan yang 1,000 tahun lebih awal ini, kita dapati persetujuan 99.5% pada masa itu. Dan perbezaan 0.5% adalah perbezaan kecil dari segi ejaan dan struktur ayat yang tidak mengubah makna ayat.
Berkenaan dengan Kitab Perjanjian Baru, ia merupakan dokumen purba yang paling boleh dipercayai manusia.
Semua manuskrip kuno ditulis di atas papyrus, yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Maka, orang menyalin semula yang asal untuk mengekalkan mesej dan mengedarkannya kepada orang lain.
Ada orang yang meragui penulisan Plato "The Republic." Ia merupakan klasik, ditulis oleh Plato sekitar 380 SM. Salinan awal yang kita ada bertarikh pada tahun 900 M, yang merupakan ketinggalan 1,300 tahun dari penulisannya. Hanya tujuh salinan yang wujud.
"Gallic Wars" Caesar ditulis sekitar 100-44 SM. Salinan yang kita ada pada hari ini bertarikh 1,000 tahun selepas penulisannya. Kita mempunyai sepuluh salinan.
Apabila sampai kepada Kitab Perjanjian Baru, ditulis antara 50-100 M, terdapat lebih daripada 5,000 salinan. Semua dalam lingkungan 50-225 tahun dari penulisan asal mereka. Selanjutnya, berkaitan dengan Scripture, jurutulis (biarawan) sangat teliti dalam menyalin manuskrip asal. Mereka memeriksa dan menyemak semula kerja mereka, untuk memastikan ia sepadan sepenuhnya. Apa yang ditulis oleh penulis asal Kitab Perjanjian Baru dipelihara lebih baik daripada mana-mana manuskrip kuno lain. Kita boleh lebih yakin dengan apa yang kita baca tentang kehidupan dan perkataan Yesus, daripada tulisan-tulisan Caesar, Plato, Aristotle dan Homer.
Untuk perbandingan Kitab Perjanjian Baru dengan tulisan purba lain, klik di sini.
Perbandingan Perjanjian Baru dengan tulisan kuno lain…
Berikut adalah perbandingan Perjanjian Baru dengan tulisan kuno lain*:
Pengarang | Buku | Tarikh Ditulis |
Salinan Terawal |
Jurang Masa |
Jumlah Salinan |
Homer | Iliad | 800 SM | c. 400 SM | c. 400 tahun | 643 |
Herodotus | Sejarah | 480-425 SM | c. 900 M | c. 1350 tahun | 8 |
Thucydides | Sejarah | 460-400 SM | c. 900 M | c. 1300 tahun | 8 |
Plato | 400 SM | c. 900 M | c. 1300 tahun | 7 | |
Demosthenes | 300 SM | c. 1100 M | c. 1400 tahun | 200 | |
Caesar | Gallic Wars | 100-44 SM | c. 900 M | c. 1000 tahun | 10 |
Tacitus | Annals | 100 M | c. 1100 M | c. 1000 tahun | 20 |
Pliny Secundus |
Sejarah Semula Jadi |
61-113 M | c. 850 M | c. 750 tahun | 7 |
New Testament | 50-100 M | c. 114 M (bahagian) c. 200 M (buku) c. 325 M (Perjanjian Baru lengkap) |
c. +50 tahun c. 100 tahun c. 225 tahun |
5366 |
*McDowell, Josh. The New Evidence that Demands a Verdict (Thomas Nelson Publishers, 1999), p. 55.
Empat penulis Perjanjian Baru menulis biografi mereka masing-masing mengenai kehidupan Yesus. Ini dipanggil empat injil, empat buku pertama Kitab Perjanjian Baru. Apabila sejarawan cuba menentukan jika sebuah biografi boleh dipercayai, mereka bertanya, "Berapa banyak sumber lain yang melaporkan butiran yang sama tentang orang ini?"
Begini, bagaimana ia berfungsi. Bayangkan anda mengumpul biografi Presiden John F. Kennedy. Anda mendapati banyak biografi yang menerangkan tentang keluarganya, presidensinya, matlamatnya untuk menempatkan seorang lelaki di bulan, dan caranya mengendalikan Krisis Peluru Beracun. Mengenai Yesus, adakah kita menemui banyak biografi yang melaporkan fakta-fakta serupa tentang kehidupannya? Ya. Berikut adalah contoh fakta tentang Yesus, dimana anda akan menemui fakta yang dilaporkan itu di setiap biografi mereka.
Matius | Mark | Lukas | Yohanes | |
Yesus dilahirkan oleh seorang perawan | 1:18-25 | - | 1:27, 34 | - |
Dia dilahirkan di Betlehem | 2:1 | - | 2:4 | - |
Dia tinggal di Nazaret | 2:23 | 1:9, 24 | 2:51, 4:16 | 1:45, 46 |
Yesus dibaptis oleh Yohanes Pembaptis | 3:1-15 | 1:4-9 | 3:1-22 | - |
Dia melakukan mukjizat penyembuhan | 4:24, etc. | 1:34, etc. | 4:40, etc. | 9:7 |
Dia berjalan di atas air | 14:25 | 6:48 | - | 6:19 |
Dia memberi makan lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan |
14:7 | 6:38 | 9:13 | 6:9 |
Yesus mengajar orang-orang biasa | 5:1 | 4:25, 7:28 | 9:11 | 18:20 |
Dia meluangkan waktu dengan orang-orang terbuang sosial |
9:10, 21:31 | 2:15, 16 | 5:29, 7:29 | 8:3 |
Dia berdebat dengan elit agama | 15:7 | 7:6 | 12:56 | 8:1-58 |
Elit agama merencanakan untuk membunuhnya | 12:14 | 3:6 | 19:47 | 11:45-57 |
Mereka menyerahkan Yesus kepada orang Romawi | 27:1, 2 | 15:1 | 23:1 | 18:28 |
Yesus dicambuk | 27:26 | 15:15 | - | 19:1 |
Dia disalibkan | 27:26-50 | 15:22-37 | 23:33-46 | 19:16-30 |
Dia dimakamkan di dalam kubur | 27:57-61 | 15:43-47 | 23:50-55 | 19:38-42 |
Yesus bangkit dari kematian dan muncul kepada para pengikutnya |
28:1-20 | 16:1-20 | 24:1-53 | 20:1-31 |
Dua dari biografi injil ditulis oleh rasul Matius dan Yohanes, lelaki yang mengenal Yesus secara peribadi dan mengembara dengannya selama lebih tiga tahun. Dua buku lain ditulis oleh Mark dan Lukas, rakan rapat dengan para rasul. Penulis-penulis ini mempunyai akses langsung kepada fakta-fakta yang mereka catatkan. Pada masa penulisan mereka, orang yang telah mendengar Yesus berbicara, menonton dia menyembuhkan orang dan melakukan mukjizat, masih hidup.
Maka gereja awal mudah menerima empat injil ini kerana mereka bersetuju dengan apa yang sudah menjadi pengetahuan umum tentang kehidupan Yesus.
Setiap injil Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes dibaca seperti laporan berita, akaun fakta peristiwa hari ini, setiapnya dari perspektif masing-masing. Deskripsi adalah unik untuk setiap penulis, tetapi fakta-fakta adalah sehaluan.
Untuk sampel dari salah satu Injil, klik di sini.
Sampel dari salah satu Injil…
Injil disajikan secara langsung, "inilah yang sebenarnya terjadi." Bahkan laporan tentang mukjizat yang dilakukan Yesus ditulis tanpa sensasionalisme atau mistik. Salah satu contoh yang tipikal adalah kisah dalam Lukas, bab 8, di mana Yesus membangkitkan seorang anak perempuan. Perhatikan perincian dan kejelasan dalam laporan ini:
Kemudian datanglah seorang laki-laki bernama Yairus, seorang pemimpin rumah ibadat, dan tersungkur di kaki Yesus, memohon kepada-Nya untuk datang ke rumahnya karena anak perempuannya yang satu-satunya, seorang anak perempuan berumur kira-kira dua belas tahun, sedang nazak.
Sementara Yesus dalam perjalanan, orang banyak hampir menghimpit-Nya. Dan ada seorang wanita yang sudah dua belas tahun menderita pendarahan, tetapi tidak ada yang boleh menyembuhkannya.
Wanita itu maju dari belakang dan menyentuh ujung jubah-Nya, dan seketika itu juga pendarahannya berhenti.
"Siapa yang menyentuh Aku?" tanya Yesus. Ketika semua orang menyangkalnya, Petrus berkata, "Guru, orang banyak ini mengerumuni dan mendesak-Mu." Tetapi Yesus berkata, "Ada seseorang yang menyentuh Aku; Aku tahu bahwa kuasa telah keluar dari-Ku."
Kemudian wanita itu, melihat bahwa dia tidak boleh menyembunyikan diri, datang dengan gemetar dan tersungkur di kaki-Nya. Di hadapan semua orang, dia menceritakan mengapa dia menyentuh-Nya dan bagaimana dia langsung disembuhkan. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Anak, imanmu telah menyembuhkanmu. Pergilah dengan damai."
Sementara Yesus masih berbicara, datanglah seseorang dari rumah Yairus, pemimpin rumah ibadat itu. "Anak perempuanmu sudah mati," katanya. "Jangan repotkan guru lagi." Mendengar hal ini, Yesus berkata kepada Yairus, "Jangan takut; percayalah saja, dan dia akan sembuh."
Ketika Yesus tiba di rumah Yairus, Dia tidak membiarkan siapa pun masuk kecuali Petrus, Yohanes, Yakobus, dan ayah serta ibu anak itu. Sementara itu, semua orang meratap dan menangis untuk anak itu. "Berhentilah menangis," kata Yesus. "Dia tidak mati tetapi tidur." Mereka menertawakan-Nya, karena mereka tahu bahwa anak itu sudah mati.
Tetapi Yesus memegang tangannya dan berkata, "Nak, bangunlah!" Roh anak itu kembali, dan seketika itu juga dia berdiri. Kemudian Yesus menyuruh mereka memberinya sesuatu untuk dimakan. Orang tuanya tercengang, tetapi Dia memerintahkan mereka untuk tidak memberitahu siapa pun tentang apa yang telah terjadi.
Seperti laporan lain tentang Yesus menyembuhkan orang, kisah ini memiliki nuansa keaslian. Jika itu fiksi, ada bagian-bagian yang mungkin akan ditulis dengan cara yang berbeda. Sebagai contoh, dalam cerita fiksi, tidak akan ada gangguan dengan peristiwa lain yang terjadi. Jika itu fiksi, orang-orang yang berduka mungkin tidak akan menertawakan pernyataan Yesus; mereka mungkin akan marah atau terluka oleh perkataan itu, tetapi tidak menertawakan. Dan dalam penulisan fiksi, apakah Yesus akan menyuruh orang tua anak itu untuk diam? Anda mungkin mengharapkan penyembuhan itu membuat suatu poin yang besar. Tetapi kehidupan nyata tidak selalu mulus. Ada gangguan. Orang bereaksi dengan cara yang aneh. Dan Yesus memiliki alasan sendiri untuk tidak ingin orang tua anak itu menyiarkan peristiwa ini.
Ujian terbaik untuk mengukur keaslian Injil adalah dengan membacanya sendiri. Apakah ia terasa seperti laporan peristiwa nyata, atau seperti fiksi? Jika ia nyata, maka Tuhan telah menyatakan diri-Nya kepada kita. Yesus datang, hidup, mengajar, menginspirasi, dan membawa kehidupan kepada jutaan orang yang membaca kata-kata dan kehidupan-Nya hari ini. Apa yang dinyatakan Yesus dalam Injil, banyak yang menemukan kebenarannya: "Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan." (Yohanes 10:10)
Pada tahun-tahun awal selepas kematian dan kebangkitan Yesus, tidak ada keperluan yang jelas untuk biografi bertulis tentang Yesus. Mereka yang tinggal di kawasan Jerusalem adalah saksi-saksi Yesus dan sedar tentang pelayanannya.6
Walau bagaimanapun, apabila berita tentang Yesus tersebar di luar Jerusalem, dan saksi-saksi yang pernah melihat tidak lagi dapat diakses, ada keperluan untuk akaun bertulis untuk mendidik orang lain tentang kehidupan dan pelayanan Yesus.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Yesus, artikel ini akan memberi anda ringkasan yang baik tentang kehidupannya: Mengapa Yesus adalah Tuhan.
Gereja awal menerima buku-buku Kitab Perjanjian Baru hampir sebaik sahaja ianya ditulis. Sudah dinyatakan bahawa penulis adalah rakan Yesus atau pengikut terdekatnya,lelaki yang diberi kepercayaan oleh Yesus untuk memimpin gereja awal. Penulis Injil Matius dan Yohanes adalah antara pengikut paling rapat dengan Yesus. Mark dan Lukas adalah teman-teman rasul, memiliki akses kepada akaun rasul tentang kehidupan Yesus.
Penulis Kitab Perjanjian Baru lain juga mempunyai akses langsung kepada Yesus: Yakub dan Yudas adalah saudara tiri Yesus yang pada awalnya tidak mempercayai Dia. Peter adalah salah satu dari 12 rasul. Paulus bermula sebagai penentang yang ganas terhadap Kristian dan ahli kelas pemerintahan agama, tetapi beliau telah menjadi pengikut Yesus yang rajin, yakin bahawa Yesus bangkit dari kematian.
Laporan dalam buku-buku Kitab Perjanjian Baru selari dengan apa yang dilihat sendiri oleh ribuan saksi.
Apabila buku lain ditulis beratus-ratus tahun kemudian, tidak sukar bagi gereja untuk mengenal pasti ianya sebagai palsu. Sebagai contoh, Injil Yudas ditulis oleh Mazhab Gnostic, sekitar 130-170 M, selepas kematian Yudas. Injil Thomas, ditulis sekitar 140 M, adalah contoh lain penulisan palsu yang salah, membawa nama seorang rasul. Ini dan injil Gnostic lain bertentangan dengan ajaran yang diketahui tentang Yesus dan Kitab Perjanjian Lama, dan sering mengandungi pelbagai kesilapan sejarah dan geografi.7
Pada tahun 367 M, Athanasius secara formal menyenaraikan 27 buku Kitab Perjanjian Baru (senarai yang sama yang kita miliki hari ini). Tak lama selepas itu, Jerome dan Augustine menyebarkan senarai yang sama ini. Walau bagaimanapun, senarai ini tidak diperlukan untuk kebanyakan Kristian. Secara umum, seluruh gereja telah mengenali dan menggunakan senarai buku yang sama sejak abad pertama selepas Kristus.
Apabila gereja berkembang diluar tanah berbahasa Yunani dan perlu menterjemahkan Scripture, dan apabila mazhab pecahan terus muncul dengan kitab suci mereka sendiri yang bersaing, maka adalah lebih penting untuk mempunyai satu senarai yang muktamad.
Bukan sahaja kita mempunyai salinan manuskrip asli yang terpelihara dengan baik, tetapi kita juga mempunyai kesaksian dari sejarawan Yahudi dan Romawi.
Injil melaporkan bahawa Yesus dari Nazareth melakukan banyak mukjizat, dihukum mati oleh Romawi, dan bangkit dari mati. Banyak sejarawan purba menyokong catatan Alkitab tentang kehidupan Yesus dan pengikut-pengikutnya:
Cornelius Tacitus (55-120 M), sejarawan Rom purba abad pertama, dianggap sebagai salah satu sejarawan paling tepat dalam dunia purba.8 Satu petikan dari Tacitus memberitahu kita bahawa Maharaja Nero "mengenakan seksaan paling halus kepada kelas ... yang dipanggil Kristian. ... Christus [Kristus], dari mana nama itu mempunyai asalnya, menderita hukuman paling ekstrim semasa pemerintahan Tiberius di tangan salah satu pemerintah kami, Pontius Pilatus .… "9
Flavius Josephus, sejarawan Yahudi (38-100 M), menulis mengenai Yesus dalam Antikuiti Yahudi. Dari Josephus, "kita belajar bahawa Yesus adalah seorang yang bijak yang melakukan perbuatan mengejutkan, mengajar ramai, memenangi pengikut dari kalangan orang-orang Yahudi dan Yunani, diyakini menjadi Mesias, dituduh oleh pemimpin-pemimpin Yahudi, dihukum mati disalib oleh Pilatus, dan dianggap dibangkitkan semula."10
Suetonius, Pliny yang Lebih Muda, dan Thallus juga menulis mengenai ibadat Kristian dan penindasan yang konsisten dengan akaun Kitab Perjanjian Baru.
Malah Talmud Yahudi, yang pastinya tidak bersikap prejudis terhadap Yesus, bersetuju mengenai peristiwa-peristiwa utama dalam kehidupannya. Dari Talmud, "kita belajar bahawa Yesus dikandung di luar nikah, mengumpulkan pengikut, membuat dakwaan ajaran sesat tentang dirinya sendiri, dan menjalankan mukjizat, tetapi mukjizat ini disifatkan sebagai sihir dan bukan kepada Tuhan."11
Ini adalah maklumat yang luar biasa mengingatkan bahawa kebanyakan sejarawan purba memberi tumpuan kepada pemimpin politik dan ketenteraan, bukan pada rabbi yang tidak dikenali dari wilayah-wilayah jauh Empayar Rom. Walau bagaimanapun, sejarawan purba (Yahudi, Yunani dan Rom) menyokong peristiwa-peristiwa utama yang terdapat dalam Kitab Perjanjian Baru, walaupun mereka sendiri bukan penganut.
Ya. Untuk iman benar-benar ada nilai, ia haruslah berdasarkan fakta realiti. Ini sebabnya. Jika anda mengambil penerbangan ke London, anda mungkin mempunyai keyakinan bahawa pesawat diisi minyak dan mekanik boleh dipercayai, juruterbang dilatih, dan tiada pengganas di dalam. Iman anda, bagaimanapun, bukanlah yang membawa anda ke London. Iman anda berguna kerana ia membawa anda ke dalam pesawat. Tetapi apa yang sebenarnya membawa anda ke London adalah integriti pesawat, juruterbang, dan lain-lain. Anda boleh bergantung pada pengalaman positif penerbangan lepas. Tetapi pengalaman positif anda tidak cukup untuk membawa pesawat ke London. Apa yang penting adalah objek iman anda - adakah ia boleh dipercayai?
Adakah Kitab Perjanjian Baru adalah persembahan Yesus yang tepat dan boleh dipercayai? Ya. Kita boleh percaya kepada Kitab Perjanjian Baru kerana terdapat fakta sokongan yang besar untuknya. Artikel ini menyentuh beberapa perkara berikut: sejarawan bersetuju, arkeologi bersetuju, empat biografi Injil bersepakat, penyelenggaraan salinan dokumen yang luar biasa, dan ketepatan yang lebih tinggi dalam terjemahan. Semua ini memberikan asas yang kukuh untuk percaya bahawa apa yang kita baca hari ini adalah apa yang penulis asal telah tulis dan alami dalam kehidupan nyata, di tempat yang sebenarnya.
Yohanes, salah seorang penulis, merangkumkannya dengan baik, "Sekarang Yesus melakukan banyak tanda di hadapan para murid, yang tidak tertulis di dalam kitab ini; tetapi ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Yesus adalah Kristus, Anak Tuhan, dan dengan percaya kamu mempunyai hidup dalam nama-Nya."12
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) Strobel, Lee. The Case for Christ (Zondervan Publishing House, 1998), hlm. 132.
(2) Arkeolog Yahudi terkemuka, Nelson Glueck, menulis: "Ia boleh dinyatakan dengan kategori bahawa tiada penemuan arkeologi yang pernah menyangkal rujukan Bible." Nelson Glueck, Rivers in the Desert: History of Negev. Jewish Publication Society of America, Philadelphia, 1969, P. 176.
(3) Strobel, hlm. 143-144.
(4) Geisler, Norman L. Baker Encyclopedia of Christian Apologetics (Grand Rapids: Baker, 1998).
(5) McDowell, Josh. Evidence That Demands a Verdict (1972), hlm. 19.
(6) Lihat Kisah 2:22, 3:13, 4:13, 5:30, 5:42, 6:14, dll.
(7) Bruce, F.F. The Books and the Parchments: How We Got Our English Bible (Fleming H. Revell Co., 1950), hlm. 113.
(8) McDowell, Josh. The New Evidence that Demands a Verdict (Thomas Nelson Publishers, 1999), hlm. 55.
(9) Tacitus, A. 15.44.
(10) Wilkins, Michael J. & Moreland, J.P. Jesus Under Fire (Zondervan Publishing House, 1995), hlm. 40.
(11) Ibid.
(12) Yohanes 20:30,31