×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Soal Jawab

Adakah Yesus Pernah Mengatakan Dia Adalah Tuhan?

Apa yang Yesus katakan tentang dirinya sendiri? Adakah dia pernah mengatakan dia adalah Tuhan? Lihat sendiri…

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Orang lain yakin bahawa Yesus adalah Tuhan:
Paulus: "Dia ialah gambaran Tuhan yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan."1
Yohanes: "Dia bersama Tuhan pada permulaan."2
Petrus: "Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu."3

Tetapi apa yang Yesus katakan tentang dirinya sendiri?

Adakah dia pernah menyebut dirinya sebagai Tuhan? Menurut Alkitab…sudah tentu! Berikut adalah beberapa pernyataan yang dibuat olehnya.

Adakah Yesus Tuhan? Lihat Pernyataan Ini

Yesus Berkata Dia Wujud Sebelum Abraham
"Bapamu Abraham bersukacita melihat hari-Ku. Dia melihatnya dan bergembira.” Orang Yahudi berkata kepada-Nya, “Usia-Mu belum sampai lima puluh tahun. Bagaimana Kamu mungkin berjumpa dengan Abraham?” Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apa yang Kukatakan ini benar, sebelum Abraham dilahirkan Aku sudah ada."4

Yesus Berkata Melihat Dia adalah Sama dengan Melihat Tuhan
Yesus berseru, “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, juga percaya kepada Dia yang mengutus-Ku. Sesiapa yang melihat-Ku, juga melihat Dia yang mengutus-Ku. Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya manusia yang percaya kepada-Ku tidak akan terus tinggal dalam kegelapan."5

"Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku. Dengan mengenal-Ku, kamu mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal-Nya, malah sudah pun melihat-Nya.” Filipus berkata kepada Yesus, “Tuhan, tunjukkanlah Bapa kepada kami, supaya puaslah hati kami.” Yesus menjawab, “Sekian lama Aku bersama kamu semua, belum lagi kau kenal Aku, Filipus? Sesiapa yang telah melihat-Ku, telah melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, ‘Tunjukkanlah Bapa kepada kami?’"6

Yesus Berkata Dia Dapat Mengampuni Dosa
"....di bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa.” Kemudian Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, “Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.” Orang lumpuh itu pun bangun lalu pulang ke rumahnya. Melihat kejadian itu, orang di situ ketakutan dan memuji Tuhan…"7

Yesus berkata, “Kamu datang dari bawah; Aku datang dari atas. Kamu berasal dari dunia; Aku tidak berasal dari dunia. 24Itulah maka Kukatakan kepadamu, kamu akan mati dalam dosamu. Memanglah kamu akan mati dalam dosamu jika kamu tidak percaya bahawa Akulah Dia yang Kukatakan."8

Yesus Berkata Dia Adalah Hakim dan Dapat Memberikan Hidup Kekal
"Bapa membangkitkan manusia daripada kematian dan memberi hidup, maka demikian jugalah Anak-Nya memberi hidup kepada mereka yang dikehendaki-Nya. Bapa tidak menghakimi sesiapa. Dia telah menyerahkan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya.Dengan demikian, semua orang menghormati Anak sebagaimana mereka menghormati Bapa. Jika sesiapa tidak menghormati Anak, ertinya dia tidak menghormati Bapa yang mengutus-Nya."9

Yesus berkata kepada Marta, “Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati."10

"Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku."11

"Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir."12

Yesus Berkata Dia Adalah Sama dengan Tuhan
"Aku dan Bapa adalah satu." Selepas itu, orang Yahudi yang hadir pun memungut batu sekali lagi untuk merejam Yesus. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Aku telah banyak melakukan perbuatan baik yang diserahkan Bapa kepada-Ku. Perbuatan manakah yang mendorong kamu merejam-Ku?” Orang Yahudi itu menjawab, “Kami hendak merejam Kamu bukan kerana perbuatan-Mu yang baik, tetapi kerana Kamu mengkufuri Tuhan. Kamu hanyalah seorang manusia, tetapi Kamu menganggap diri-Mu Tuhan!”13

Adakah Yesus Tuhan? Mengapa Itu Penting untuk Kita

"Akulah Roti Kehidupan"
Yesus berkata kepada mereka, “Akulah roti hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi."14

"Akulah jalan, kebenaran, hidup"
Yesus menjawab, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku."15

"Akulah Cahaya Dunia"
“Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.”16

"kamu akan mengetahui kebenaran"
"Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, “Kalau kamu mengikut ajaran-Ku, kamu murid-Ku yang sejati.Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu."17

"mempunyai hidup, berlimpah-limpah"
"Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.....Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku"18

"Saya akan mengasihi dia"
"Sesiapa yang menerima dan mematuhi perintah-perintah-Ku, mengasihi-Ku. Sesiapa yang mengasihi-Ku akan dikasihi oleh Bapa-Ku, dan Aku juga akan mengasihinya serta memperlihatkan diri-Ku kepadanya.”"19

"Saya akan bersama kamu selalu"
"...taat, Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman."20

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Kolose 1:15 (2) Yohanes 1:2 (3) 1 Petrus 3:15 (4) Yohanes 8:56-58 (5) Yohanes 12:44-46 (6) Yohanes 14:6-9 (7) Matius 9:6-8 (8) Yohanes 8:23,24 (9) Yohanes 5:21-23 (10) Yohanes 11:25 (11) Yohanes 10:27,28 (12) Yohanes 6:40 (13) Yohanes 10:30-33 (14) Yohanes 6:35 (15) Yohanes 14:6 (16) Yohanes 8:12 (17) Yohanes 8:31,32 (18) Yohanes 10:10,27,28 (19) Yohanes 14:21 (20) Matius 28:2


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email