×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Kewujudan Tuhan

Bagaimana Kita Mencari Tuhan yang Tidak Kelihatan?

Di mana Tuhan? Orang berkata, "tunjukkanlah Tuhan kepada saya." Tetapi jika Tuhan tidak kelihatan, bagaimana Dia boleh menunjukkan diri-Nya?

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Bayangkan ada dua orang di atas sehelai kertas yang rata. Mereka adalah dua dimensi, mempunyai ketinggian dan lebar tetapi tiada kedalaman; kertas adalah rentang dunia mereka. Adakah mereka dapat melihat anda? Tidak. Mereka hanya boleh melihat apa yang ada di atas kertas (dalam dunia mereka). Mereka tidak mempunyai persepsi kedalaman. Sekarang, bayangkan anda menggunakan jari anda untuk menyentuh kertas tersebut. Sekarang, adakah mereka dapat melihat anda? Mereka tidak dapat melihat anda secara keseluruhannya, tetapi mereka boleh melihat hujung jari anda, bahagian yang telah memasuki dunia mereka.

Tuhan Tersembunyi

Itu adalah satu analogi tentang situasi kita dengan Tuhan. Tuhan wujud di luar dimensi kita. Dia boleh wujud di luar masa dan ruang sebagaimana yang kita ketahui. Oleh itu, sukar untuk "melihat" Dia. Kita adalah seperti orang rata di atas kertas dua dimensi. Kita tidak boleh melihat apa yang ada dalam dimensi ketiga. Tetapi dalam kes ini, kita wujud dalam empat dimensi (ketinggian, lebar, kedalaman, masa), dan Tuhan wujud di luar itu.

Jadi bagaimana kita hendak mengetahui Tuhan sedemikian? Sama seperti "orang rata" di atas kertas tidak boleh mengetahui tentang anda kecuali anda menyentuh kertas itu, kita tidak boleh mengesan Tuhan kecuali Dia mendedahkan diri-Nya. Dia mesti "menyentuh kertas" dunia kita. Tuhan harus turun dalam dimensi.

Tuhan yang Tidak Kelihatan Didedahkan

Apabila kita mengkaji sejarah manusia, terutamanya sejarah beragama, adakah kita menemui mana-mana kejadian di mana Tuhan "menyentuh kertas" dunia kita? Pertimbangkan bahawa "jari" Tuhan telah menyentuh dunia kita dalam seseorang yang dikenali sebagai Yesus Kristus. Yesus mendakwa dirinya sebagai Tuhan1, berkata bahawa untuk melihat Dia adalah untuk melihat Tuhan2, menyatakan bahawa Dia adalah satu-satunya orang yang langsung datang dari Tuhan ke dunia kita3, dan mengampuni manusia dari dosa-dosa mereka, yang hanya Tuhan boleh melakukannya4. Banyak ayat-ayat dalam Perjanjian Baru mengesahkan tentang Tuhan yesus.5 Dia adalah Tuhan yang "menjadi manusia dan tinggal di antara kita."6 Dia adalah "gambaran Tuhan yang tidak kelihatan."7

Jika kita adalah "orang rata" maka wajarlah Pencipta yang pelbagai dimensi masuk ke dalam dunia empat dimensi kita dengan menjadi manusia. Dia mendedahkan diri-Nya kepada kita. Tetapi mengapa Tuhan melakukan itu?

Mengapa Dia Datang

Ada sebuah kisah tentang seorang petani tua yang tinggal sendirian di sebuah pondok. Di sebelah pondoknya ada sebuah bangsal. Suatu malam pada musim sejuk yang sangat dingin, burung-burung mula melanggar tingkap pondoknya, cuba melarikan diri dari kesejukan yang amat. Jadi orang tua itu keluar dan membuka pintu bangsal. Di dalam bangsal itu agak panas. Dia mengayunkan tangannya dan menjerit kepada burung-burung itu untuk masuk ke dalam bangsal, agar selamat. Tetapi mereka tidak memahaminya.

Pada masa itu, orang tua itu berharap dia dapat menjadi salah seorang dari mereka. Sekiranya dia dapat menjadi seekor burung, maka dia dapat membimbing burung-burung lain ke dalam bangsal, untuk mengelakkan kematian. Dan pada saat itu petani tua itu memahami mengapa Yesus datang. Walaupun orang tua itu tidak dapat menjadi burung, Tuhan boleh menjadi manusia. Jadi Dia melakukannya. "Kerana Tuhan begitu menyayangi dunia, sehingga Dia mengutuskan Anak tunggal-Nya, supaya sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal."8

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tuhan yang datang ke dalam dunia kita, lihat artikel ini untuk penjelasan penuh: Mengapa Jesus adalah Tuhan.

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Yohanes 8:58, 17:3 (2) Yohanes 12:45; 14:9 (3) Yohanes 3:13 (4) Markus 2:5 (5) Yohanes 1:3,4,18; Ibrani 1:1-13; Kolose 1:15-20, 2:9; Filipi 2:6 (6) Yohanes 1:14 (7) Kolose 1:15 (8) Yohanes 3:16


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email