Tuhan mencintai kita dan telah memilih untuk menampakkan sifat-Nya, pemikiran-Nya, dan hati-Nya kepada kita. Berikut adalah tujuh sifat Tuhan yang boleh kita harapkan.
Tuhan, yang menciptakan alam semesta beserta semua kebesarannya dan maklumat kreatifnya, adalah tidak tersembunyi. Dia tidak perlu jauh, berjauhan. Di suatu tempat "di luar sana". Sebaliknya, Dia menyambut kita ke dalam satu hubungan, agar kita dapat mengenal-Nya secara peribadi, seperti seorang kawan rapat.
Bukan sahaja kita boleh mengetahui tentang-Nya, kita juga boleh mengenal-Nya,secara lebih dekat.
"Akulah gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal-Ku… domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku."1
"Janganlah orang bijak bermegah kerana kebijaksanaannya,
janganlah orang kuat bermegah kerana kekuatannya,
janganlah orang kaya bermegah kerana kekayaannya,
tetapi sesiapa yang hendak bermegah, biarlah dia bermegah kerana hal ini:
bahawa dia memahami dan mengenal Aku,
bahawa Akulah TUHAN, yang menunjukkan kasih abadi,
keadilan, dan perbenaran di bumi.
Sesungguhnya, hal-hal itulah yang Kusukai,” demikianlah firman TUHAN."2
Tuhan mengundang kita untuk berbicara dengan-Nya dan membawa kepada-Nya apa yang mengkhuatirkan kita. Kita tidak perlu menyusun kehidupan kita terlebih dahulu. Demikian pula, kita tidak perlu bersopan santun, benar secara teologi, atau suci. Sifat-Nya yang penuh kasih dan menerima ketika kita datang kepada-Nya.
"TUHAN dekat dengan semua yang menyeru-Nya,
semua yang menyeru-Nya dalam kebenaran."3
"Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan."4
Segala sesuatu yang kita buat dikumpul dengan menggunakan bahan yang sedia ada atau dihasilkan dari pemikiran sebelumnya. Tuhan memiliki kebolehan untuk mengucapkan segala sesuatu kepada kewujudannya, bukan hanya galaksi dan bentuk kehidupan, tetapi penyelesaian kepada masalah pada saat ini. Tuhan adalah kreatif, bagi kita. Kekuasaan-Nya adalah sesuatu yang Dia ingin kita sedari dan andalkan.
"Maha Besar Tuhan kita dan Maha Kuasa;
pengertian-Nya tidak ada batasan."5
"...dari manakah datangnya pertolongan untukku?
Pertolongan untukku datang daripada TUHAN,
yang menjadikan langit dan bumi."6
Kita berdosa. Kita cenderung melakukan hal-hal dengan cara kita sendiri daripada cara Tuhan. Dan Tuhan melihat dan mengetahuinya. Tuhan bukan hanya mengabaikan dosa seperti itu, tetapi bersedia menghakimi dan mengutuk orang atas dosa mereka. Namun, Tuhan adalah pengampun dan akan mengampuni kita mulai dari saat kita memulakan hubungan dengan-Nya. Yesus, Anak Tuhan, menebus dosa kita dengan mati di atas kayu salib. Dia bangkit dari kematian dan menawarkan pengampunan ini kepada kita.
"Perbenaran Tuhan hanya melalui iman kepada Yesus Kristus bagi semua yang percaya. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapa pun…. Tuhan menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Tuhan berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Tuhan bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka."7
Apa yang Dia katakan, kita boleh percayai. Apa yang Dia janjikan, boleh diharap. Apabila Tuhan menjanjikan kepada kita pengampunan, kehidupan kekal, hubungan dengan-Nya… kita boleh percaya. Tuhan memberitahu kebenaran. Yesus menekankan ini dengan banyak kali Dia berkata, “Aku berkata kepadamu…” Apa yang Tuhan tunjukkan tentang diri-Nya dan tentang cara hidup di bumi ini adalah maklumat yang boleh dipercayai. Lebih pasti daripada perasaan, pemikiran, dan persepsi yang terhad, Tuhan benar-benar tepat dan jujur dalam apa yang di katakan-Nya. Setiap janji Dia kepada kita boleh dipercayai, Dia bersungguh. Kita boleh percaya pada kata-kata-Nya.
"Kedatangan firman-Mu membawa cahaya;
memberi pengertian kepada orang yang tulus.
Firman-Mu lampu bagi kakiku
dan cahaya bagi jalanku."8
"Tuhan itu jalan-Nya sempurna, firman TUHAN memang teruji."9
Bagaimana jika anda sentiasa 100% betul, tentang segala-galanya? Tuhan adalah demikian. Hikmah-Nya tidak terhad. Dia memahami semua elemen dalam suatu situasi, termasuklah peristiwa lampau dan peristiwa masa depan yang berkaitan dengannya. Kita tidak perlu mengemaskini untuk-Nya, memberi nasihat kepada-Nya, atau memujuk-Nya untuk berbuat yang betul. Dia akan berbuat yang betul, kerana Dia berkeupayaan dan niat-Nya adalah murni. Jika kita percaya kepada-Nya, Dia tidak akan membuat kesilapan, tidak akan mengecewakan kita atau memperdayakan kita. Kita boleh memberi kepercayaan penuh kepada-Nya untuk berbuat yang benar, dalam segala situasi, pada setiap masa.
"TUHAN cahayaku dan penyelamatanku —siapa perlu kutakuti? TUHAN kekuatan hidupku —siapa harus aku gentar?"10
"Sesungguhnya, janganlah biarkan sesiapa yang menantikan-Mu menanggung malu…"11
Dalam kebanyakan hubungan kita, kasih adalah bersyarat. “Aku mencintaimu jika kamu berfikir/berkelakuan dengan cara tertentu.” Atau “Aku mencintaimu kerana sifat-sifat ini dalam hidupmu.” Selagi kamu memenuhi syarat-syarat ini kamu dicintai, kamu diterima. Ini berdasarkan apa yang kamu lakukan.
Kasih Tuhan sangat unik. Ia tidak bersyarat, tanpa keperluan. Dia mengasihi kita, bukan berdasarkan sama ada kita layak mendapat kasih-Nya. Dia mengasihii kita kerana sifat-Nya untuk mengasihi. Dia menggambarkan kasih-Nya sebagai setia, tidak pudar, tidak berubah dan bersifat peribadi. Tuhan tidak hanya berjanji Dia mengasihi kita, Dia membuktikannya ketika Yesus mati di atas kayu salib untuk menebus dosa kita. Dia ingin sangat untuk kita mengenal-Nya dan mengalamii kasih-Nya.
"Begitu kasihnya Tuhan kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal. Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Tuhan tetapi Tuhan mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita."12
"Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kerana aku yakin bahawa kematian mahupun kehidupan, para malaikat mahupun para pemerintah, masa kini mahupun masa depan, baik kuasa apa pun, ketinggian mahupun kedalaman, baik apa pun yang lain dalam seluruh ciptaan, tidak akan dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan yang di dalam Kristus Yesus, Tuhan kita."13
Disini Tuhan memberitahu kita siapa Dia. Berikut adalah penjelasan bagaimana anda boleh memulakan hubungan dengan Tuhan sekarang juga: Bagaimana Mengenal Tuhan Secara Peribadi.
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) Yohanes 10:14,27,28 (2) Yeremia 9:23,24 (3) Mazmur 145:18 (4) Matius 11:28 (5) Mazmur 147:5 (6) Mazmur 121:1,2 (7) Roma 3:22,25 (8) Mazmur 119:130,105 (9) 2Sam 22:31 (10) Mazmur 27:1 (11) Mazmur 25:3 (12) 1Yohanes 4:9,10 (13) Roma 8:35, 37-39