×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Kewujudan Tuhan

Adakah Pernah Tiada?

Perjalanan pemikiran tentang permulaan masa dan asal-usul alam semesta

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Pernahkah anda memikirkan tentang permulaan itu? Apakah itu, kata anda? Anda tahu - apa-apa pun yang muncul terdahulu. Atau apa sahaja yang berada di sini terlebih dahulu, pada waktu yang paling awal. Pernahkah anda memerah otak anda untuk memikirkan tentang itu?

Tunggu sebentar, anda berkata, bukankah ada kemungkinan bahawa pada permulaan itu tidak ada apa-apa? Bukankah ada kemungkinan bahawa berjuta-juta tahun yang lalu, tidak ada apa-apa langsung? Itu tentu satu teori untuk dipertimbangkan. Maka marilah kita pertimbangkannya - tetapi pertama sekali adalah melalui analogi.

Katakan anda mempunyai sebuah bilik yang besar. Ia tertutup sepenuhnya dan bersaiz kira-kira satu padang bola sepak. Bilik itu kekal berkunci, tiada pintu atau tingkap dan tiada lubang pada dindingnya.

Di dalam bilik itu...tiada apa-apa. Langsung tiada apa-apa. Tiada zarah. Tiada udara langsung. Tiada habuk langsung. Tiada cahaya langsung. Ia adalah sebuah bilik tertutup yang gelap gulita di dalamnya. Jadi, apakah yang berlaku?

Katakanlah tujuan anda adalah untuk mendapatkan sesuatu - apa sahaja - ke dalam bilik itu. Tetapi peraturannya adalah: anda tidak boleh menggunakan apa-apa dari luar bilik itu untuk melakukannya. Jadi apakah yang anda lakukan?

Anda berfikir, bagaimana jika saya cuba membuat satu percikan api di dalam bilik itu? Maka bilik itu akan ada cahaya di dalamnya, walaupun hanya untuk seketika. Itu akan dikira sebagai sesuatu. Ya, tetapi anda berada di luar bilik. Jadi itu tidak dibenarkan.

Tetapi, anda berkata, bagaimana jika saya boleh memindahkan sesuatu ke dalam bilik itu, seperti dalam Star Trek? Sekali lagi, itu tidak dibenarkan, kerana anda akan menggunakan benda dari luar bilik.

Dilema sekali lagi : anda harus mendapatkan sesuatu dari dalam bilik itu dengan hanya menggunakan apa yang ada di dalam bilik itu. Dan, dalam kes ini, tiada apa-apa di dalam bilik tersebut.

Anda berkata, mungkin satu zarah kecil sesuatu akan muncul di dalam bilik itu jika diberi cukup masa.

Terdapat tiga masalah dengan teori ini. Pertama, masa dengan sendirinya tidak berbuat apa-apa. Perkara berlaku dari masa ke semasa, tetapi bukan masa yang menyebabkannya berlaku. Misalnya, jika anda menunggu 15 minit untuk sesuatu biskut dibakar, bukanlah 15 minit yang membakarnya, tetapi haba dalam ketuhar. Jika anda meletakkan biskut itu di atas kaunter selama 15 minit, ia tidak akan terbakar.

Dalam analogi kami, kami mempunyai sebuah bilik yang tertutup penuh dengan tiada apa-apa di dalamnya. Pada hakikatnya menunggu 15 minit tidak akan mengubah situasi. Anda berkata, bagaimana jika kita menunggu sehingga satu tempoh masa yang amat panjang berlalu? Satu tempoh masa yang amat panjang ini adalah gabungan beberapa segmen 15 minit. Jika anda meletakkan biskut anda di atas kaunter dan menunggu sehingga satu tempoh yang amat panjang berlalu, adakah tempoh itu akan membakarnya?

Bilik hitam yang tak terbatas ini tiada cahaya, tiada habuk, tiada sebarang zarah, tiada udara, tiada unsur, tiada molekul. Ia langsung tiada apa-apa. Malah, kita boleh memanggilnya Kekosongan Mutlak.

Maka, ini persoalannya: jika pada mulanya - berjuta-juta tahun yang lalu - terdapat Kekosongan Mutlak, bukankah ada Kekosongan Mutlak sekarang?

Ya. Kerana sesuatu - tidak kira betapa kecilnya - tidak datang dari Kekosongan Mutlak. Kita masih akan mempunyai Kekosongan Mutlak.

Walau bagaimanapun, sesuatu wujud. Sebenarnya, banyak perkara wujud. Anda, sebagai contoh, adalah sesuatu yang wujud, sesuatu yang sangat penting. Oleh itu, anda adalah bukti bahawa Kekosongan Mutlak itu tidak pernah wujud.

Maka, jika Kekosongan Mutlak itu tidak pernah wujud, ini bermakna sentiasa terdapat masa di mana Sesuatu telah wujud. Apakah itu?

Sesuatu yang telah wujud pada permulaan itu haruslah mampu wujud tanpa bergantung kepada apa-apa yang lain. Ia mestilah benar-benar mampu berdikari sepenuhnya. Kerana Ia bersendirian pada awal permulaannya. Dan Ia tidak memerlukan sebarang persekitaran untuk wujud.

Kedua, Sesuatu yang wujud pada awal permulaan itu mestilah mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang lain selain daripada dirinya. Kerana, jika tidak, maka hanya Sesuatu itu sahaja yang wujud pada hari ini. Tetapi Sesuatu yang Lain juga wujud pada hari ini: anda, bersama dengan orang lain dan seluruh alam dan alam semesta.

Apa yang kita lihat adalah begini: Sesuatu pada awal permulaan akan sentiasa lebih besar daripada Sesuatu yang Lain yang dihasilkannya. Sesuatu itu wujud dengan sendirinya. Sesuatu yang Lain, bagaimanapun, memerlukan Sesuatu untuk wujud. Oleh itu, Sesuatu yang Lain mempunyai keperluan. Maka, Sesuatu yang Lain adalah lebih rendah kedudukannya daripada Sesuatu, dan akan sentiasa begitu, kerana Sesuatu yang Kekal tidak memerlukan yang lain.

Sesuatu mungkin mampu menghasilkan Sesuatu yang Lain yang menyerupainya, tetapi - tidak kira apa - Sesuatu yang Lain akan sentiasa berbeza daripada Sesuatu itu dalam cara lain. Sesuatu yang Kekal akan sentiasa lebih besar kerana ia tidak pernah dihadkan oleh masa, ruang atau kuasa. Oleh itu, Sesuatu yang Kekal tidak dapat menghasilkan sesuatu yang serupa dengan dirinya. Hanya ia yang sentiasa wujud. Hanya ia yang boleh wujud bebas daripada yang lain.

Sesuatu yang Kekal memilih untuk menghasilkan Sesuatu yang Lain, atau, tiada apa-apa yang lain akan wujud.

Inilah yang telah kita bincangkan setakat ini…

(1) Kekosongan Mutlak tidak pernah wujud. Jika ada, Kekosongan Mutlak itu masih ada sekarang. Tetapi Sesuatu yang Lain wujud. Anda, sebagai contoh.

(2) Oleh kerana Kekosongan Mutlak tidak pernah wujud, maka sentiasa ada masa di mana sesuatu itu wujud. Sesuatu ini kita boleh panggil sebagai Sesuatu yang Kekal. Sesuatu yang Kekal tidak mempunyai permulaan dan tiada pengakhiran, tiada keperluan dirinya yang ia sendiri tidak dapat penuhi, dan akan sentiasa lebih hebat daripada apa pun yang ia hasilkan.

(3) Sesuatu yang Kekal bukanlah mesin, yang dikawal atau diprogram oleh apa-apa kuasa di luar dirinya. Dan Sesuatu yang Kekal tidak akan menghasilkan apa-apa diluar keperluan, kerana ia tidak mempunyai sebarang keperluan. Oleh itu, jika ia menghasilkan Sesuatu yang Lain, ia mesti memutuskan untuk berbuat demikian. Ini bermakna Sesuatu yang Kekal mempunyai kehendak; oleh itu, ia adalah peribadi. Maka , Sesuatu yang Kekal sebenarnya mesti menjadi Seseorang yang Kekal.

Dengan kemampuan melampaui masa dan ruang, adalah mungkin bahawa Seseorang yang Kekal itu kita katakan tidak kelihatan. Hanya yang mengambil ruang sahaja boleh dilihat. Jika sesuatu berada di luar ruang, bagaimanakah ia boleh dilihat? Begitu juga, Seseorang yang Kekal mungkin tidak kelihatan dan boleh wujud tanpa memerlukan apa-apa jasad atau bentuk.

Jadi, apa yang harus dilakukan oleh Seseorang yang Kekal itu jika Dia ingin dikesan oleh Sesuatu yang Lain (kita) yang terikat oleh masa dan ruang? Dia mesti "tidak mampu melampaui." Sesuatu yang tidak mampu melampaui adalah penting untuk dilihat dan dikenali. Bagaimanakah Seseorang yang Kekal itu dapat mencapai ini?

Seseorang yang Kekal boleh untuk tidak melampaui dengan memasuki masa dan ruang, dan mengambil bentuk yang sama yang Ia berikan kepada Sesuatu yang Lain (kita). Dengan tidak melampaui, Seseorang yang Kekal boleh menjadikan DiriNya kelihatan, dan boleh berinteraksi dan dikenali oleh yang lain.

Skenario yang dijelaskan di atas adalah apa yang kita lihat didalam Alkitab. Tuhan adalah Seseorang yang Kekal yang tidak melampaui dalam diri Yesus Kristus:

  • Pada mulanya adalah Firman, dan Firman itu bersama-sama Tuhan, dan Firman itu adalah Tuhan. … Firman itu menjadi daging dan diam di antara kita. (Yohanes 1:1, 1:14)

  • Dia [Jesus Kristus] adalah gambar Tuhan yang tidak kelihatan …. (Kolose 1:15)

Yesus datang untuk memberikan kita hidup dan untuk mengenal Dia secara peribadi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Yesus dan bukti yang diberikannya dalam menjadi Tuhan sepenuhnya, sila lihat Melampaui Iman Buta.

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email