Oleh Marilyn Adamson
Ketika saya masih seorang atheis, tidak ada yang lebih misteri bagi saya daripada ini: "Memiliki iman kepada Tuhan."
Saya bertanya-tanya, bagaimana orang rasional boleh mula percaya kepada Tuhan?
Adakah itu sesuatu yang terjadi begitu saja pada seseorang? Apakah itu terjadi kerana krisis di mana mereka terpaksa percaya… mereka tidak ada pilihan lain?
Atau mungkin tidak ada yang begitu dramatis. Mungkin beberapa orang hanya merasa mudah untuk percaya pada Tuhan, tanpa memerlukan banyak alasan.
Masalahnya, saya lebih jenis analitik, dan saya memiliki banyak pertanyaan yang tidak dapat diabaikan begitu saja.
Bagaimana dengan Anda? Apakah Anda ingin percaya pada Tuhan, bahkan memiliki hubungan peribadi dengan Tuhan… tetapi takut tertipu?
Saya sangat takut dengan kemungkinan mendekati Tuhan hanya untuk menemukan bahawa tidak ada apa-apa di sana -- dan saya telah melompat ke dalam kepalsuan yang boleh diketawakan dan pasti gagal.
Tidak mahu, terima kasih.
Mengapa saya memikirkan tentang Tuhan?
Kerana saya tertarik oleh seorang rakan saya yang selalu menunjukkan kasih terhadap orang lain, cerdas, dan memiliki tujuan hidup yang jelas. Dalam semua itu dia memberikan syukur kepada Tuhan.
Hal itu membuat saya tertanya-tanya, "Adakah Tuhan memang nyata?"
Saat kita memulai penjelajahan tentang ini, saya ingin menghapus beberapa kesalahfahaman.
1. Apakah anda bertanya-tanya adakah Tuhan itu jauh dan tidak benar-benar peduli tentang anda? Dalam sesi ini, saya akan menunjukkan kepada anda mengapa tidak ada yang mencintai anda, atau mengenal anda secara intim atau rapat, atau menginginkan hubungan dengan anda lebih daripada Tuhan. Tunggu dan lihat.
2. Apakah anda berharap suatu hari nanti anda akan begitu yakin, begitu terkesan dengan bukti kewujudan Tuhan, sehingga anda tidak punya pilihan selain percaya? Saya benci memberitahu anda, tetapi itu tidak akan pernah terjadi.
Tidak ada seorang pun, termasuk saya, yang 100% yakin bahwa Tuhan ada. (Dia tidak kelihatan, anda tahu.) Tuhan meminta anda untuk datang kepada-Nya, tetapi Dia tidak akan pernah memaksa anda sampai terpaksa percaya. Jika anda menunggu Dia melakukan itu, semoga berjaya.
3. Iman kepada Tuhan bukanlah suatu kepunyaan atau pengalaman. Sebenarnya itu adalah keputusan yang anda buat. Itu berdasarkan pada alasan, fakta-fakta, dan keinginan, seperti kebanyakan keputusan hidup.
Anda naik pesawat, percaya bahawa juruterbang ada kesedaran, alat-alatan berfungsi, dan tidak ada pengganas di dalamnya. Anda punya alasan untuk percaya ini, tetapi Anda tidak dapat 100% yakin. Namun, anda membuat keputusan.
Atau, bagaimana dengan perkahwinan? Daripada semua orang yang dapat anda mengahwini,adakah anda 100% yakin bahwa orang ini adalah orang yang tepat untuk anda nikahi? Bahawa mereka akan setia kepada anda? Bahawa mereka tidak akan membunuh anda semasa bulan madu? Memang tidak. Tapi anda mempunyai alasan untuk percaya bahawa itu keputusan yang baik, atau anda tidak akan berkahwin dengannya.
Dengan cara yang sama, kita akan melihat alasan yang menunjuk pada kewujudan dan perwatakan Tuhan. Kita juga akan melihat alasan menentang Tuhan (ada beberapa!). Dan kita akan mempertimbangkan beberapa alasan kukuh untuk meminta-Nya masuk ke dalam hidup anda… atau tidak.
Ada beberapa orang yang lebih suka berandaian dan berfalsafah tentang Tuhan, dan tidak pernah sampai pada keputusan apa-apa pun. Tetapi bagaimana jika penting bagi anda untuk naik ke atas pesawat?
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |