×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Kewujudan Tuhan

Siapakah Mencipta Tuhan?

Menerangkan bagaimana Tuhan wujud…

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Jika sesuatu kewujudan muncul, ia mesti telah digesa oleh sesuatu yang lain. Sebuah buku mempunyai pengarangnya. Muzik mempunyai penggubah muzik. Sebuah parti mempunyai orang yang mengadakannya! Semua perkara yang bermula, yang mempunyai permulaan, mempunyai sebab bagi permulaannya.

Pertimbangkan alam semesta. Para saintis sebelum ini berpegang kepada teori "steady-state", bahawa alam semesta telah wujud tanpa permulaan.

Bukti kosmologi kini merujuk kepada "Big bang" sebagai titik permulaan masa apabila alam semesta wujud. Alam semesta kita iaitu ruang-masa-jirim-tenaga mempunyai permulaan yang tersendiri dan tunggal.

Oleh sebab ia tidak selalu wujud, tetapi kewujudannya telah muncul (mempunyai permulaan tunggal), maka realiti lain mesti telah menyebabkan atau menciptakannya.1

Semua yang kita amati dalam alam semulajadi mempunyai permulaan. Namun, Tuhan berada dalam kategori yang berbeza, dan mesti begitu. Tuhan berbeza daripada semua alam semulajadi dan manusia serta segala yang wujud, kerana Dia selalu wujud, tidak bergantung pada apa-apa yang dicipta oleh-Nya. Tuhan bukanlah makhluk yang bergantung, tetapi sendiri mencukupi dan wujud sendiri. Hal ini menepati penerangan Alkitab perihal Tuhan, dan cara Tuhan telah mendedahkan diri-Nya. Mengapa Tuhan mesti demikian?

Alam semesta kita tidak boleh dijelaskan dengan cara lain. Alam semesta tidak boleh mencipta dirinya sendiri. Ia tidak selalu wujud. Ia tidak boleh dicipta oleh sesuatu yang sendirinya juga dicipta. Mengapakah tidak?

Adalah tidak konsisten jika kita berbahas bahawa alam semesta telah dicipta oleh Tuhan, tetapi Tuhan pula dicipta oleh Tuhan yang kedua, yang pula dicipta oleh Tuhan yang ketiga, dan seterusnya. Sebagaimana yang diperdebatkan secara logik oleh Aristotle, terdapat realiti yang membawa sebab tetapi sendiri tidak disebabkan (atau, sejenis kewujudan yang bergerak tetapi sendiri tidak digerakkan). Mengapa? Kerana jika terdapat regresi sebab yang tidak terhingga, maka mengikut definisinya proses keseluruhan tidak mungkin bermula.2

Adakah anda ingin tahu lebih banyak bukti tentang kewujudan Tuhan? Sila baca Adakah Tuhan Wujud?

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Kenneth Richard Samples; Connections 2007; Suku Tahun 3; www.reasons.org (2) Ibid.


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email