×
CARI
PersoalanHidup.com
Tempat Selamat untuk Menjelajahi
 Soalan-soalan Mengenai Hidup dan Tuhan
Kewujudan Tuhan

Bagaimana Seorang Ateis Menemui Tuhan

Satu kisah peribadi daripada seorang ateis yang yakin bahawa tiada tuhan wujud, dan apa fakta yang membawanya kepada Tuhan.

WhatsApp Facebook Twitter Email PDF

Oleh Marilyn Adamson

Soalan saya nampaknya mengganggu orang beragama. "Bagaimana kamu tahu bahawa Tuhan wujud?"

Mungkin mereka tertanya-tanya tentang motif saya. Atau mungkin mereka tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Kebanyakan jawapan mereka adalah, "Nah, kamu tahu saja."

Saya tidak cuba untuk menjadi sukar. Tetapi saya tentu tidak "tahu sahaja." Dan saya berharap seseorang tahu!

Selepas beberapa bulan, saya berfikir, "Inilah orang-orang yang mengatakan mereka percaya kepada Tuhan, tetapi tiada yang tahu mengapa!" Ia menjadi jelas bahawa Tuhan telah diada-adakan sepenuhnya. Mungkin sesetengah orang perlu percaya kepada Tuhan. Tetapi jelas tidak ada bukti. Tiada bukti objektif. Saya membuat kesimpulan yang paling jelas… Tuhan sebenarnya tidak wujud.

Saya memegang kepercayaan ini selama bertahun-tahun, tidak menjangkakan ia akan berubah. Tetapi kemudian saya bertemu dengan seseorang yang membuat saya berminat tentang kemungkinan Tuhan. Dia penyayang, baik hati, dan sangat pintar. Ini menghairankan saya melihat seorang yang begitu pintar boleh mempercayai Tuhan.

Dia bercerita tentang Tuhan seolah-olah Dia adalah sahabatnya yang rapat. Dia yakin bahawa Dia sangat mengasihinya. Saya tahu tentang kehidupannya. Segala kebimbangan yang dihadapi dia akan bawa kepada Tuhan, mempercayai-Nya untuk menyelesaikannya atau menjaganya dengan cara tertentu. Dia akan memberitahu saya, dengan jujur, bahawa dia hanya berdoa agar Tuhan akan bertindak atas kebimbangannya. Selama lebih dari setahun, saya kerap melihat jawapan kepada doanya. Saya menyaksikan kehidupannya melalui pelbagai keadaan, dan imannya kepada Tuhan tetap teguh.

Maka, di satu sudut yang lain saya ingin percaya kepada Tuhan, kerana saya kagum dengan kehidupannya dan kasih sayangnya terhadap orang lain. Tetapi saya tidak percaya kepada sesuatu yang bertentangan dengan pemikiran saya, bertentangan dengan penilaian saya. Tuhan tidak wujud. Idea yang baik, tetapi itu sahaja. Menginginkan sesuatu menjadi benar, tidak menjadikannya benar.

Pada masa ini, saya sedang membangunkan sebuah falsafah yang saya bina secara peribadi.

Saya mencuba sesuatu yang saya tidak pasti ramai orang melakukannya. Setiap beberapa minggu, saya akan mempelajari pandangan ahli falsafah tertentu tentang kehidupan - Nietzsche, Hume, Dostoevsky, Sartre, Plato, dan lain-lain. – dan kemudian cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan saya sendiri. Saya sedang mencari falsafah yang sempurna dan boleh diaplikasi dalam kehidupan. Berulang kali saya dapati, bahawa samada falsafah mereka banyak kekurangan,, atau amat tidak praktikal untuk dilaksanakan. Tetapi saya terus mencari.

Saya mencabar kawan saya dengan setiap soalan yang ada di dalam minda saya tentang Tuhan. Saya mendapati diri saya menulis soalan hingga larut malam. Ini berlanjutan selama lebih dari setahun. Suatu hari dia memberi saya sebuah buku1 yang memberi jawapan ringkas kepada soalan seperti, adakah Tuhan itu wujud; adakah Yesus itu Tuhan; bagaimana dengan Alkitab. Ia memberikan fakta. Tiada komen seperti, "kamu mesti percaya."

Saya melihat beberapa bukti untuk, Tuhan yang faktual dan logik. Bahagian khusus yang meyakinkan saya adalah sifat-sifat air dan kedudukan bumi ke matahari. Semuanya direka dengan sempurna, disusun dengan sempurna. Kepercayaan saya kepada "tidak ada apa-apa di sebalik segala-galanya" nampaknya lebih lemah daripada kemungkinan Tuhan.

Kemudian saya mengalami satu situasi yang benar-benar mencabar falsafah hidup saya masa itu. Apa yang ada dalam kepercayaan saya selama ini ternyata tidak mencukupi. Saya terkejut melihat bahawa saya kehilangan pendekatan hidup yang boleh dipercayai sepenuhnya. Namun, situasi itu selesai dengan sendirinya dan saya melangkah ke hadapan. Saya mempunyai personaliti yang agak stabil. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah benar-benar merasa "memerlukan". Tiada krisis yang berterusan. Tiada jurang besar atau perjuangan. Dan pastinya tiada yang membuat saya merasa bersalah.

Tetapi konsep Tuhan adalah sesuatu yang tidak dapat saya lepaskan dari fikiran saya…. adakah Dia di sana? adakah Dia wujud? mungkin ada Tuhan…..

Suatu malam saya berbicara dengan kawan saya lagi, dan dia tahu saya mempunyai semua maklumat yang saya perlukan. Dia tahu saya telah kehabisan soalan untuk ditanya. Namun saya masih cuba untuk berdebat, dan membuktikan ateisme saya adalah rasional. Pada satu ketika, tiba-tiba kawan saya berpaling kepada saya dan berkata, "Kamu tahu, saya tidak boleh membuat keputusan ini untuk kamu, dan Tuhan tidak akan menunggu selamanya."

Dengan serta merta saya tahu dia benar. Saya sedang bermain dengan satu keputusan yang sangat penting. Maka saya pulang dan memutuskan bahawa saya akan membuat keputusan. Samada saya akan percaya kepada Tuhan atau saya akan akhiri perkara ini selamanya dan tidak akan membenarkan diri saya mempertimbangkan lagi tentang kemungkinan Tuhan. Saya bosan berhadapan dengan keputusan ini. Saya bosan memikirkannya.

Maka, pada tiga atau empat jam seterusnya, saya mengimbas semula segala yang telah saya baca dan perhatikan. Saya menilai kesemuanya.

Satu fakta yang saya perlu pertimbangkan adalah jarak bumi yang sempurna dari matahari. Bumi hanya sekecil titik berbanding matahari, dan terletak pada jarak yang sempurna untuk mengelakkan kita dari maut terbakar atau membeku. Ia juga berputar pada paksinya dengan kelajuan yang sangat tinggi, membolehkan siang/malam setiap 24 jam, untuk pemanasan dan penyejukan yang stabil dan jumlah cahaya matahari yang tepat diterima oleh tumbuh-tumbuhan. Selama ini, ia berputar mengelilingi matahari hampir 500,000 bsj, setiap 365 hari. Tidak berubah. Boleh diukur secara matematik. Dipercayai.

Saya juga mendapati sifat-sifat air sungguh menakjubkan. Air mempunyai tegangan permukaan yang unik, menarik air menentang graviti hingga ke pokok yang tertinggi. Takat didih yang sempurna mengekalkan suhu badan kita pada 98.6 darjah. Ia adalah pelarut universal, membolehkan kita mengambil makanan dan memecahkannya untuk diserap oleh kapilari yang paling kecil. Ia lengai secara kimia, tidak mengubah nutrien atau ubat-ubatan yang kita ambil. Dan banyak lagi.

Ini adalah fakta sains yang saya tidak dapat abaikan dengan kata-kata falsafah. Ketepatan dan ketergantungan yang rumit membuatnya kelihatan tidak logik untuk mengatakan semua itu terjadi secara kebetulan. Juga, bukti sejarah tentang Yesus dan kebolehpercayaan Alkitab lebih menuju kepada kesimpulan yang paling rasional ini: Tuhan, kuasa yang berpengetahuan lebih hebat daripada kita memang wujud. Ini tidak dapat dinafikan lagi.

Kemudian tiba masa untuk saya membuat satu keputusan lain. Saya tahu saya perlu bertindak berdasarkan kesimpulan itu.

Dengan hanya membuat kesimpulan secara bijak tentang kewujudan Tuhan adalah terlalu mudah. Ia seperti membuat keputusan… kewujudan kapal terbang. Kepercayaan terhadap kapal terbang tidak bermakna apa-apa. Walau bagaimanapun, jika anda perlu pergi ke suatu tempat dan kapal terbang adalah caranya, maka anda perlu membuat keputusan untuk bertindak dan pergi menaiki kapal terbang itu.

Saya perlu membuat keputusan untuk benar-benar bercakap dengan Tuhan. Saya perlu meminta-Nya untuk hadir di dalam hidup saya.

Selepas beberapa jam berfikir, saya menghadap Tuhan, "Okey, kamu menang. Saya meminta engkau untuk hadir di dalam hidup saya, dan engkau boleh melakukan apa yang engkau kehendaki." (Ia sepertinya masuk akal bagi saya, memandangkan Tuhan itu wujud, Tuhan mempunyai hak untuk mempengaruhi dan mengarahkan hidup saya, jika Dia mahu.)

Pagi berikutnya saya masih mempunyai banyak persoalan, tetapi sekarang soalannya adalah tentang Tuhan. Saya rasa saya baru sahaja mengambil langkah pertama dan sekarang ingin mengenal Tuhan ini yang kini saya percaya. Bagaimana Tuhan melihat kehidupan kita? Apa yang Dia nilai? Apa yang Dia ingin saya tahu tentang-Nya?

Semasa saya membaca Alkitab, nampaknya Tuhan sedang menunjukkan siapa Dia dan bagaimana Dia melihat hubungan ini dengan-Nya. Ia menakjubkan. Apa yang benar-benar mengejutkan saya adalah bagaimana Dia seringkali bercerita mengenai kasih-Nya. Saya tidak menjangkakan itu. Dalam fikiran saya, saya hanya mengakui keberadaan Tuhan. Ia adalah kesimpulan yang logik bahawa Tuhan itu wujud. Saya tidak mempunyai harapan terhadap-Nya, tetapi semasa saya membaca Alkitab, Dia memilih untuk menyampaikan kasih-Nya kepada saya. Itu merupakan satu kejutan.

Sekarang, sifat asal saya yang ragu-ragu masih ada. Beberapa bulan pertama atau tahun, saya akan bertanya kepada diri saya sendiri, "Adakah saya benar-benar percaya kepada Tuhan? Dan, mengapa saya percaya?" Dan saya secara sistematik akan mengkaji lima alasan objektif mengapa saya percaya Tuhan wujud. "Kerana jarak bumi kepada matahari, kerana sifat-sifat air, kerana…" Maka "iman" saya kepada Tuhan tidak berpaksikan pada perasaan, tetapi pada fakta, pada alasan.

Bagi saya, ia seperti asas sebuah bangunan. Fakta/alasan menyokong iman saya. Ia seperti seseorang yang memandu melintasi Jambatan Golden Gate. Mereka boleh merasakan apa sahaja yang mereka suka tentang jambatan itu. Tetapi pembinaan/reka bentuk/bahan-bahan jambatan itu sendiri yang membolehkan seseorang itu selamat sampai dari hujung ke hujung yang lain.

Dengan cara yang sama, realiti objektif tentang Tuhan - yang logik, sejarah, alasan saintifik untuk percaya tentang keberadaannya, adalah penting bagi saya. Ada orang yang seperti tidak memerlukannya. Tetapi saya tidak suka diperbodohkan, dan saya kurang memberi perhatian terhadap pemikiran yang berupa khayalan. Alasan yang menyokong keberadaan Tuhan penting bagi saya.

Pengalaman Saya, Bahagian 2 – Bukti Lanjut Mengenai Tuhan

Sejak itu, dan sekarang setelah saya membina hubungan dengan Tuhan selama beberapa tahun - mengapa sekarang saya percaya kepada Tuhan? Apa alasan saya untuk terus percaya kepada Tuhan?

Saya tidak pasti mana-mana daripada ini boleh dipercayai oleh anda. Tetapi saya akan cuba mengatasi kebimbangan itu dan berterus terang dengan anda. Sebelum ini, soalan saya adalah tentang keberadaan Tuhan. Selepas memulakan hubungan dengan Tuhan, saya melihat bukti tambahan bahawa Tuhan itu nyata. Seperti…

1. Apabila saya mempunyai soalan, kebimbangan, atau ingin mendapatkan pandangan mengenai sesuatu perkara, Tuhan berbicara kepada saya melalui Alkitab.

Tuhan menawarkan diri untuk melakukan ini pada sesiapa yang mempercayai-Nya. "Firman-Mu adalah pelita bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku."2

Apa yang Tuhan tunjukkan kepada saya dalam Alkitab sentiasa sesuai dengan persoalan saya, dan jawapan yang lebih baik, lebih memuaskan daripada yang saya jangkakan. Berikut adalah contoh.

Suatu hari, jadual saya, tarikh akhir, dan saya merasa terbeban dengan tanggungjawab saya. Anda tahu perasaan apabila anda begitu terlalu dibebani sehingga anda tidak tahu apa yang perlu anda dilakukan terlebih dahulu?

Maka saya mengambil sehelai kertas dan pen, dan meminta Tuhan: "Beritahu saya apa yang Anda mahu saya lakukan, dan saya akan lakukannya." Saya telah bersedia untuk memikul 100% tanggungjawab, dan pada dasarnya meminta Tuhan hanya menetapkan keutamaan, memberitahu saya bagaimana untuk mendekatinya semua, dan saya akan melakukannya.

Kemudian saya membuka Alkitab dan terus membaca bahagian di mana Yesus berbicara dengan seorang lelaki yang buta. Yesus bertanya kepadanya, "Apakah yang kamu mahu saya lakukan untuk mu?"

Saya membacanya lagi. Yesus bertanya: "Apakah yang kamu mahu saya lakukan untuk mu?" Agak teruja, saya mengambil pen dan mula menulis senarai kebimbangan yang berbeza yang saya ingin Tuhan bertindak. Ini, saya dapati, iaitu ciri Tuhan. Mengingatkan kita bahawa Dia ada di sana. Bahawa Dia mengambil berat, Dia berkemampuan, dan Dia mahu saya bergantung kepada-Nya.

Saya memilih contoh itu kerana ia ringkas. Tetapi saya boleh mengemukakan ratusan contoh di mana saya bertanya kepada Tuhan soalan dan Dia menjawab saya dengan sempurna, secara menyeluruh. Ini mungkin ciri Tuhan yang paling saya hargai dan nilai - bahawa Dia bersedia menjawab soalan saya.

Ini bukan sesuatu yang saya pelajari dari orang Kristian lain. Ini hanya bagaimana hubungan saya dengan Tuhan beroperasi. Saya bertanya, dengan sikap yang saya benar, saya ingin memberikan kebebasan kepada Tuhan untuk memberitahu saya apa sahaja yang Dia mahu....untuk membetulkan pemikiran saya, untuk menunjukkan bahagian dalam hidup saya yang tidak betul, untuk menunjukkan di mana saya tidak mempercayai-Nya, apa sahaja. Dan Dia selalu dengan penuh kasih berbicara kepada saya.

2. Begitu juga, apabila saya memerlukan petunjuk untuk membuat keputusan, Dia memberikannya. Saya percaya bahawa Tuhan mengambil berat tentang keputusan kita. Saya percaya Dia mempunyai rancangan untuk hidup kita, bahawa Dia peduli tentang siapa yang saya kahwini, pekerjaan apa yang saya ada, dan beberapa keputusan yang lebih kecil daripada itu. Saya tidak percaya Dia peduli tentang ubat gigi yang saya beli, atau keputusan rutin harian saya. Tetapi keputusan yang akan mempengaruhi hidup saya atau apa yang Dia ingin capai melalui hidup saya...saya fikir Dia peduli.

Bilakah Tuhan memberi saya arahan yang jelas?

Suatu ketika saya perlu membuat keputusan tentang perjalanan ke Timur Tengah. Ada risiko yang terlibat, dan saya hanya bersedia untuk pergi jika Tuhan ingin saya pergi. Ia penting bagi saya untuk mengetahui apa yang Dia mahu.

Dua kali saya bertanya kepada Tuhan tentang pekerjaan. Kedua-dua kali arahan-Nya begitu jelas, sehingga sesiapa sahaja akan membuat kesimpulan yang sama. Disini saya beri satu contoh.

Semasa tahun terakhir saya di universiti, saya mengambil keputusan untuk menerima satu pekerjaan dimana saya perlu berpindah dari Chicago ke California.

Pada masa cuti Krismas, saya melawat ibu bapa saya. Suatu petang, saya berseorangan dan memikirkan tentang semua rakan-rakan saya. Saya tertanya-tanya, "Siapakah yang boleh saya ajak berpindah ke California supaya dapat berkongsi apartmen dengan saya?"

Seorang bernama Christy terlintas di fikiran saya. Dia telah tamat pengajian pada tahun sebelumnya dan bekerja tetap di Iowa. Saya berfikir dialah paling sesuai untuk menjadi rakan sebilik saya , tetapi sudah beberapa bulan saya tidak berbual dengannya. Hanya 30 minit kemudian Christy menelefon saya.

Ayat pertama dia ialah, "Saya dengar kamu akan bekerja di California." Saya terkejut kerana saya hanya memberitahu seorang kawan, di Ohio.

Kenyataan Christy seterusnya ialah, "Ok, saya dah dapat periuk dan kuali dan pinggan mangkuk." Saya berkata, "APA?!" Dia akan berpindah ke bandar yang sama di California dan menelefon untuk bertanya jika saya mahu berkongsi bilik dengannya.

Okey, jadi anda lihat maksud saya.

Alasan lain mengapa saya masih percaya kepada Tuhan…

3. Penjelasan tentang kehidupan - mengapa kita di sini, apa tujuan hidup ini, apa yang penting dalam hidup, apa yang perlu dihargai atau dicapai - Tuhan mempunyai jawapan yang lebih baik daripada apa yang pernah saya baca di mana-mana. Saya telah mengkaji beberapa falsafah dan agama dan pendekatan hidup yang lain. Dalam Alkitab, melihatnya dari perspektif Tuhan, semuanya masuk akal.

Masih banyak lagi yang akan saya baca dalam Alkitab dan menutup Alkitab sambil berkata, "Saya tidak faham." Saya tidak bermaksud mencadangkan bahawa saya memahami sepenuhnya semua dalam Alkitab. Sebaliknya, saya mengatakan bahawa kehidupan hanya masuk akal dari perspektif apa yang Tuhan telah nyatakan. Ia seperti membaca manual untuk mengendalikan kehidupan di bumi, hanya kita tidak dibiarkan sekadar mengikuti manual itu. Pencipta sedang menjelaskan kepada kita bagaimana kehidupan berfungsi, dan kemudian menawarkan untuk membimbing kita secara peribadi melaluinya, setiap hari.

4. Kasih Tuhan adalah lebih dalam daripada keintiman dengan mana-mana manusia. Saya berkata saya sudah berkahwin, dengan dua anak, dan ramai kawan rapat. Kasih-Nya sangat sempurna. Dia sangat pemurah. Dia membawa saya ke tempat saya berada dan memberi petunjuk. Campur Tangan-Nya dengan tindakan yang membuatkan saya kagum sebagai seorang pemerhati. Dia bukan satu kepercayaan atau doktrin. Saya melihat Dia bertindak dalam hidup saya.

5. Dia telah melakukan banyak perkara dengan hidup saya daripada apa yang saya lakukan sendiri. Ini bukan kenyataan tentang kurangnya kepercayaan diri atau kurang keyakinan diri. Saya bercakap dari segi pencapaian yang jauh melebihi daripada apa yang pernah saya bayangkan. Dia memberikan idea, hala tuju, penyelesaian, hikmah, dan motif yang lebih baik daripada apa yang saya boleh impikan sendiri.

Ada lebih banyak lagi, tetapi saya fikir itu sudah mencukupi. Saya tidak pasti jika anda percaya mana-mana daripada itu , tetapi saya menyatakannya dengan jujur.

Jika anda ingin melihat bukti-bukti lain yang membawa saya dari pengalaman sebagai seorang ateis kepada percaya kepada Tuhan, sila lihat dua artikel ini:
      Adakah Tuhan Wujud?
      Mengapa Yesus itu Tuhan

Kesimpulan

Apabila saya memikirkan nilai bila mengenali Tuhan, ini dia: bahawa kita boleh memahami kehidupan, kita boleh melangkah dengan jelas, kita boleh mengelakkan rintangan, kita boleh dipimpin oleh Tuhan, mengetahui kebenaran, diberikan kekuatan/harapan/ketenangan, dan menikmati hubungan yang paling penting, dengan seseorang yang akan setia kepada kita dan sentiasa mengasihi kita. Tuhan, yang menciptakan kita, menyediakan ini, sebab tiada yang lain boleh melakukannya.

Untuk melalui kehidupan ini dengan kejayaan dan keyakinan, kita mesti berhubung dengan-Nya, bergantung kepada-Nya. Sehingga kita mengenal Dia, kita akan sentiasa mencari, sentiasa menguji kemungkinan lain, dan mendapati mereka ada kekurangan. Tetapi apabila kita menerima tawaran Tuhan untuk berhubungan dengan-Nya, kita akan puas, lengkap. Kita sekarang dilengkapi untuk menjalani kehidupan ini dengan rancangan dan dengan Seseorang yang dapat memimpin kita.

 Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan
 Saya mempunyai soalan…

Nota Kaki: (1) Paul E. Little, Kenali Mengapa Anda Percaya, IVP Books (2) Mazmur 119:105


KONGSI HALAMAN INI
WhatsApp Facebook Twitter Email