Para saintis percaya bahawa alam semesta kita bermula dengan satu letupan tenaga dan cahaya yang besar, yang kini kita panggil Dentuman Besar. Ini adalah permulaan tunggal kepada segala yang wujud. Permulaan alam semesta, permulaan ruang, dan bahkan juga permulaan masa itu sendiri.
Tiada yang kita perhatikan hari ini wujud sebelum kejadian itu.
Tambahan pula ia adalah sesuatu di luar masa, di luar ruang dan di luar daripada perkara yang menyebabkan kemunculan semua ini.
Kesedaran bahawa alam semesta kita bermula dan tidak selalu wujud telah membawa cabaran besar kepada saintis bukan teistik.
Adakah saintis yakin dengan Teori Dentuman Besar ini? Ya. Pada akhir tahun 1920-an, ahli astronomi Edwin Hubble telah melihat melalui teleskopnya bahawa galaksi-galaksi (beberapa juta tahun cahaya jauhnya) bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan kelajuan yang tinggi. Ini bukan disebabkan oleh sesuatu daya yang memaksa mereka menjauhi antara satu sama lain. Sebaliknya, mereka masih bergerak hasil daripada letupan primitif , semuanya berasal dari satu titik.
Pada titik asal ini, semua jisim di alam semesta dimampatkan menjadi satu titik tunggal berketumpatan tak terhingga… lebih kecil daripada satu atom tunggal.1 Kemudian dalam letupan kosmik - Dentuman Besar - alam semesta muncul. Steven Weinberg, seorang penerima Nobel dalam Fizik, memberikan keterangan lanjut, "Pada kira-kira satu per seratus saat, masa paling awal untuk kita menyatakan dengan yakin, suhu alam semesta adalah kira-kira seratus ribu juta (10) darjah Celsius. Ini jauh lebih panas daripada di tengah-tengah bintang yang paling panas, sangat panas, sehingga tiada komponen jirim biasa, molekul, atau atom, atau bahkan nukleus atom, dapat bertahan bersama."2 Dia meneruskan, "Alam semesta dipenuhi dengan cahaya."
Ini selari dengan rekod, "Pada mulanya, Tuhan mencipta langit dan bumi… dan Tuhan berfirman, 'Jadilah cahaya,' dan muncullah cahaya."3 Ia datang bukan daripada jirim, tetapi daripada pernyataan. "Jadilah cahaya."
Melihat kepada teks-teks suci semua agama utama yang lain, hanya Alkitab yang menerangkan apa yang telah ditemui oleh saintis : terdapat letupan cahaya dan permulaan kepada alam semesta kita… dari luar alam semesta itu sendiri. Dengan itu datanglah permulaan kepada ruang, jirim dan masa. Ia adalah titik permulaan tunggal untuk segala-galanya. Berulang kali dalam Kitab Kejadian adalah penerangan, "Dan Tuhan berfirman…." diikuti oleh "…dan jadilah demikian."
Sebaliknya, mungkinkah alam semesta kita terjadi melalui Hukum fizik: seperti graviti, elektromagnetisme, kelajuan cahaya, dll.? Tidak, kerana perkara-perkara itu belum lagi wujud. Permulaan asal alam semesta sendiri menghasilkan Hukum fizik dan segala sesuatu bermula tanpa mereka.
Astrophysicist Robert Jastrow, seorang yang menggambarkan dirinya sebagai agnostik menyatakan, "Benih kepada segala-gala yang telah berlaku di Alam Semesta ditanam pada saat pertama itu; setiap bintang, setiap planet dan setiap makhluk hidup di Alam Semesta muncul sebagai hasil daripada peristiwa yang dimulakan pada saat letupan kosmik. Ia benar-benar merupakan saat Penciptaan. …Alam Semesta tiba-tiba muncul, dan kita tidak tahu apa yang menyebabkannya berlaku."4 Seperti yang dinyatakan, kesimpulan ini menyusahkan saintis ateistik. Untuk mengamati tindak balas dan tidak dapat mendokumentasikan penyebabnya adalah mengganggu.
Jastrow menyimpulkan, "Bagi saintis yang selama ini percaya didalam pemikiran menggunakan akal, cerita berakhir seperti suatu mimpi buruk. Dia telah mengatasi gunung-gunung ketidaktentuan; dia hampir menakluki puncak tertinggi; semasa dia menarik dirinya ke atas batu yang terakhir, dia disambut oleh sekelompok ahli teologi yang telah berada di situ berabad-abad lamanya."5
Bayangkan kelegaan para saintis ini ketika ahli astronomi Hermann Bondi, Thomas Gold dan Fred Hoyle memperkenalkan sesuatu yang dikenali sebagai alam semesta "Kekal" pada tahun 1948. Menurut teori mereka , alam semesta mempunyai usia yang tidak terhingga. Oleh itu, tiada penciptaan atau penyebab diperlukan.
Namun, pada tahun 1960-an, teori kekal ini telah terjejas teruk apabila dua jurutera radio di Bell Labs (Arno Penzias dan Robert Wilson) menemui radiasi misteri yang datang dari angkasa. Ia datang dalam jumlah yang sama dari semua arah. Apabila suhu radiasi itu diukur, sumbernya disahkan. Radiasi ini tidak selalu wujud, atau berasal dari satu bahagian alam semesta. Ia berasal dari satu titik permulaan ,masa penciptaan.
Kemudian, pada tahun 1996, satelit Cosmic Background Explorer (COBE) NASA juga telah mengesahkan bahawa latarbelakang asal radiasi mengarah kepada ledakan permulaan alam semesta. Tahap hidrogen, litium, deuterium dan helium yang wujud dalam alam semesta kita pada hari ini turut mengesahkannya.
Adakah terdapat saintis yang masih ingin menentang implikasi Teori Dentuman Besar? Ya. Terdapat saintis yang tidak selesa hidup dengan: (1) penyebab yang tidak diketahui atau (2) kesimpulan bahawa Tuhan adalah penyebabnya. Maka mereka memilih pilihan ketiga.
Apakah penjelasan yang diberikan oleh saintis ini dalam permulaan seluruh alam semesta , tenaga, masa, dan ruang?
Mereka cuba untuk menafikan premis asas yang menjadi sandaran sains: bahawa segala sesuatu yang mula wujud mestilah mempunyai penyebab.
Ahli fizik Victor Stenger mengatakan bahawa alam semesta mungkin "tanpa penyebab" dan mungkin "muncul daripada tiada."6 Ahli falsafah Bertrand Russell telah menggunakan pernyataan ini dalam debat mengenai kewujudan Tuhan. Dia berkata, "Alam semesta memang ada di sini dan itu saja."7
Satu perkara untuk menyatakan bahawa sesuatu itu kekal, oleh itu tiada "penyebab" diperlukan. Tetapi adalah amat berbeza untuk memerhati secara saintifik permulaan kepada sesuatu, permulaan seketika kepada sesuatu, dan kemudian cuba mengatakan bahawa ia tidak mempunyai penyebab.
Malah David Hume, salah seorang ahli falsafah yang paling skeptikal, menganggap ini sebagai tidak masuk akal. Walaupun bersikap skeptikal, Hume tidak pernah menafikan adanya penyebab. Pada tahun 1754, Hume menulis, "Saya tidak pernah menegaskan cadangan yang begitu tidak masuk akal seperti segala yang muncul mungkin tanpa penyebab."8
Penemuan saintifik tulen secara konsisten menuju kepada hanya satu kesimpulan: alam semesta mempunyai satu permulaan tunggal, satu letupan, di mana segala yang kita ketahui--alam semesta, masa, ruang, hukum saintifik yang kita perhatikan--kesemuanya mempunyai permulaan. Jika anda pernah mempunyai keinginan untuk percaya kepada Tuhan, tetapi tidak mahu berbuat demikian kerana bertentangan dengan fakta saintifik yang diketahui, sains memberi anda alasan untuk percaya bahawa Tuhan wujud dan berkuasa menciptakan segala-galanya.
Adalah logik untuk membuat kesimpulan bahawa Tuhan - yang dari permulaannya adalah kekal dan di luar masa - mencipta masa. Tuhan yang hadir di mana-mana dan tidak boleh terikat kepada ruang, mencipta ruang. Tuhan yang rohani, bukan fizikal dan di luar jirim adalah sumber alam semesta kita dan segala yang ada. Pesanan ini jelas diulangi di seluruh Alkitab.
"Angkatlah matamu dan pandanglah ke langit: Siapakah yang menciptakan semua ini? Tidakkah kamu tahu? Tidakkah kamu pernah dengar? Tuhan adalah Tuhan yang kekal, Pencipta hingga ke hujung bumi."9
"...kerana Dia memerintahkan dan mereka dicipta."10
Dalam alkitab ada menyatakan bahawa di awal pemikiran-Nya Tuhan menciptakan bumi untuk didiami oleh kita. Dia memberikan nafas kehidupan-Nya kepada manusia yang tinggal sebentar di bumi dengan penuh tujuan bahawa kita akan mencari Dia dan mendapatkannya. Jika kita tidak datang untuk mengenal-Nya, kita telah melepaskan kesemua tujuan kewujudan kita. Siapakah yang lebih mengetahui selain daripada Tuhan mengenai sebab keberadaan kita?
Adakah anda mahu mengenal Pengarang alam semesta? Inilah apa yang Dia janjikan, "Dekatkanlah dirimu kepada Tuhan, maka Dia akan mendekatkan dirinya kepada kamu."11 Jika kita mencari untuk mengenal-Nya, Tuhan berkata, "Aku akan dijumpai olehmu."12 Malah, Dia menyatakan, "Janganlah orang yang bijaksana bermegah dengan hikmatnya; janganlah orang yang gagah perkasa bermegah dengan kekuatannya; janganlah orang yang kaya bermegah dengan kekayaannya. Tetapi biarlah orang yang bermegah, bermegah dalam ini : iaitu dia memahami dan mengenal Aku…”13
Kita mempunyai peluang untuk mengenal Tuhan yang membawa kepada permulaan alam semesta.
Adakah anda ingin memulakan hubungan dengan Tuhan? Begini caranya: Cara Mengenal Tuhan Secara Peribadi.
Bahagian daripada artikel sains pendek ini yang menerangkan bagaimana alam semesta terbentuk diadaptasikan dari Dinesh D'Souza, What's So Great about Christianity, Regnery Publishing, Inc., 2007, Bab 11.
► | Bagaimana memulai sebuah hubungan dengan Tuhan |
► | Saya mempunyai soalan… |
Nota Kaki: (1) Dinesh D'Souza, What's So Great about Christianity, (Regnery Publishing, Inc,; 2007) m/s 118. (2) Steven Weinberg; The First Three Minutes: A Modern View of the Origin of the Universe; (Basic Books,1988); m/s 5. (3) Kejadian 1:1,3 (4) Robert Jastrow; "Message from Professor Robert Jastrow"; LeaderU.com; 2002. (5) Robert Jastrow; God and the Astronomers; (Readers Library, Inc.; 1992) (6) Victor Stenger, "Has Science Found God?" (Free Inquiry, Vol. 19. No. 1), 2004. (7) Bertrand Russell dan Frederick Copleston, "The Existence of God," dalam John Hick, ed., The Existence of God (New York: Macmillan, 1964), m/s 175. (8) J.Y.T.Greid, ed., The Letters of David Hume (Oxford: Clarendon Press, 1932), p 187. (9) Yesaya 40 (10) Mazmur 148:5 (11) Yakobus 4:8 (12) Yeremia 29:14 (13) Yeremia 9:23,24